Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2009

Pelaku Siasah...

Novel Faisal Tehrani ini dianggap antara karyanya yang paling bercita-cita besar dan provokatif. FT adalah antara penulis yang cenderung untuk mengkaji perihal sejarah Kerajaan Johor Lama – lebih kepada bersumberkan catatan & surat pedagang Belanda, Inggeris dan Dane. “Saasatul Ibaad” atau “Pelaku Siasah” atau “ Political Player” adalah gabungan karya “Saasatul Ibaad” hasil Bendahara Tun Habib dan Dato Utama Mahdi Hasan dengan diselang-selikan dengan rentetan peristiwa penting sekita 1680-an hingga membawa peristiwa revolusi 1699. Saasatul Ibaad merupakan himpunan ilmu kepimpinan yang diwarkahkan oleh Tun Habib untuk diwariskan kepada anaknya, Tun Abdul Jalil. Novel ini turut mendedahkan beberapa rentetan peristiwa yang memperlihatkan bagaimana berakhirnya institusi beraja Johro dari keturunan Kesultanan Melaka – contohnya perangai ‘pelik’ Sultan Mahmud, sehingga mencetuskan Revolusi 1699 atau lebih dikenali dalam sejarah melayu sebagai peristiwa ‘Sultan Mahmud Mangkat diJulang’. S

Qurban

Kalau ada award "blogger paling tak aktif", rasanya aku boleh menang untuk bulan November ni... hampir seluruh November aku tak menaip sesuatu di YL.. terlalu sibuk?tak ada masa?...aku pun tak tau apa alasan yang boleh digunapakai.... yang penting memang tak ada kesempatan nak luangkan masa untuk YL...bukan dah hilang minat untuk jadi 'blogger', sebenarnya banyak yang nak dikongsi, tapi entah lah.. sejak berganjak umur di awal bulan, 2-3 minggu kebelakangannya memang sangat kesuntukan masa rasanya.. selain hal kerja, banyak yang lebih penting yang perlu dikejarkan... hampir tiap hari perlu ke Putrajaya menjenguk KakLong..sekurang2 jenguk aku boleh mengurangkan sakit & sepi dia, selain menunai amanah mak abah.. selepas lebih sepuluh jam operate, doa aku agar semua kesulitan ni dapat lepas dengan tenang.. Adik pun berjuang dengan SPM-nya...harapnya semuanya sukses..."kalau ada usaha & kesungguhan, insyallah, semuanya Allah mudahkan..." Aidiladha kali i

Inglourious Basterd

kali ini sekali lagi Quantin Tarantino menjadikan gabungan pembunuhan kejam satu filem yang menarik untuk ditonton.. walaupun terdapat Inglourious Bastard versi 1978, Tarantino menegaskan Inglourious Basterd versi 2009 nya adalah idea originalnya dan bukan kesinambungan sebelumnya... Inglourious Basterd bukanlah kisah benar perang, ianya hanyalah filem epik berdasarkan persekitaran perang dunia ke-2 dan kekejaman Nazi... mungkin nampak mcm satu filem serius, tapi pada aku Inglourious Basterd satu filem yang santai, rilek dan seronok dilayan...menarik utk diikuti dari satu plot ke satu plot kerana semuanya saling berkait.. elemen humour memang ada, dan dtg dari pelbagai watak...bukanlah komedi yang dibuat2 tetapi sesuatu yang bersahaja yang boleh mengundang ketawa.. lakonan semua watak memang best...Brad mungkin diangkat sebagai watak utama, tapi pada aku lakonan Christhoper Waltz sbg Pegawai SS Nazi, Lans Lada atau "the Jew hunter"adalah impak besar utk filem ini, dan Inglo

yello!!....

yello!!...i'm back.... meng'update' blog bukanlah suatu kemestian, tapi kadang2 perkara sampingan tu akan terasa 'hilang' kalau lama ditinggalkan... sejak blk semula ke kl, kesempatan meng'update' YL makin kurang, kelapangan utk 'post' baru makin sempit... kenormalan yg dh ditinggalkan 5 bulan lalu diaktifkan semula... menjadi 'densha-otoko'....kejar tren, sesak2,rebut2,ribut2...tp jeling gadis2 ayu, amoi2 chantek & awek2 hot jgn lupa....hehe..itulah yang bestnya naik public transport...! kdg2 rasa rindu juga pada kebiasaan di Penang, tp rutin hidup skrng ni lebih menarik rasanya.... ok2, rasanya YL takkan ditinggalkan lebih lama lagi lepas ni... so, see ya!!

Sumpah, Sesumpah, Menyumpah…..Menyampah

UMNO berhimpun kembali untuk kali kedua tahun ini. Apa seronoknya bila UMNO berkumpul?? Masa inilah kita dapat lihat, pemolitik-pemolitik Melayu bertegang urat leher berucap, berkobar2 menyokong..kononnya membela nasib nusa bangsa….betul ke? Macam2 usul di usul, sampai tersasul…Macam2 program ditubuh, terkini Skuad Penyayang..siapa yang sayang menyayang? Ahli UMNO, 1 Malaysia atau najib dan Rosmah?;) Terkini yang aku baca, saudara Khairy, berucap sebagai Ketua Pemuda buat julung kali..aku tak pasti dia kena booo ke tidak kali ini, tapi yang pasti siapalah KJ dimata Najib…KJ cakap “ Pemuda UMNO berikrar nak pastikan Anwar Ibrahim takkan bentuk kerajaan…” Tapi kenapa? UMNO dan BN dah nak rasa kalah untuk PRU akan datang ke? Ikrar atau sumpah tak banyak beza…nampak gaya UMNO memang parti melayu…kalau lihat mitos dulu2, Melayu memang tak boleh rengang dengan sumpah…Mahsuri, kelembai, Mak Pekan..semuanya dikatakan mujarab sumpahnya..Boleh percaya ke?? KJ juga dh mula bersumpah…kalau dulu, S

PAPA-DOM

“Kehilangan isteri tersayang dengan tiba2? Apa akan jadi? ” Soal hati inilah inilah yang mencetus idea Afdlin Shauki untuk menghasilkan ‘PAPADOM’. Filem ini berkisar kepada kisah hidup Saadom, seorang towkey Nasi Kandar Penang terkenal. Begitu sibuk dengan bisnes, Saadom terlepas pandang perhatian terhadap Moon, isterinya dan anak mereka Miasara. Hinggalah satu kejadian dimana Moon meninggal dunia, Saadom mula panik…’bagaimana untuk memberi kasih sayang dan membesarkannya”…dan disinilah cerita sebenarnya bermula. Kisah simple ‘bapa-anak’ dalam Papadom ini diwarnakan dengan ayat2 dan situasi2 yang lawak, biasalah itu memang trademark Afdlin. Selain karekter Saadom-Moon-Mia, ada 1-2 lagi karekter yang member kesan dalam Papadom, seperti Shukor (Harun Salim Bachik) dan Wajib tayang (Que), tapi aku rasa, lawak spontan harun memang best! Satu lagi yang best dalam papadom ialah kemunculan watak arwah Moon dalam bentuk “imaginary-friend” kepada Saadom, dan begantung kepada situasi persekitara

Weekend Trip 2 – Heritage Trail - Bukit Bendera

Trip ke-2 hujung minggu lebih adventure. Panjat Bukit Bendera, tapi bukan panjat dengan Keretapi Bukit, panjat dengan kaki,’ hiking’. Sebenarnya, plan ini hampir2 tak menjadi sebab hujan pagi tu. Alhamdulillah, lepas je breakfast ‘the best roti canai in town’ di Transfer Road, hujan pun berhenti. Our journey started from ‘Moongate’ nearby Botanical Garden or Kebun Bunga around 830 AM. Trek curam yang licin sgt berbahaya so, slow & steady. “Safety first’. Perjalanan keatas merentasi 3 hutan simpan – Hutan Simpan Highland, Hutan Simpan Bukit Kerajaan, dan Hutan Simpan Penang Hill dengan jarak lebih kurang 4~5km. 1st pit stop ialah ‘Moongate 5’ selepas 30minit berjalan. Selepas rilek, dan jantung kembali normal, sambung semula perjalanan. Selepas lebih kurang hampir 1 jam, satu lagi pit stop. Kali ini, ‘stop 84’. Dari stop 84, masuk ke ‘Maniot Road’ denai berkuda satu masa dahulu. Sambung lagi jalan, sampailah ke ‘Viaduct Road East’ dimana bertemu dengan laluan keretapi bukit. Kemudi

Weekend Trip 1:Gateway to “peace & tranquility” -Pulau Aman

Hujung minggu kali ni dipenuhi dengan byk program yang best, explore tempat baru, makanan baru dan memandangkan masih dalam mood raya, rumah terbuka. Mula Sabtu tengahari, agenda pertama dalam program, Pulau Aman. Dari Georgetown, bergerak ke Jetty Batu Musang di Batu Kawan. Bot ke Pulau Aman, mengambil masa kurang lebih 10 minit (tambang RM6 pergi balik). Tiba disana dalam lingkungan jam 3, perut dah lapar, perkara pertama yang dicari, Mee Udang!! Memang syok, makan mee dengan udang yang fresh, dan yang paling best, harga pun tak mahal, RM5 dengan 4 ekor udang, ok le kan? … Perut dah terisi, energy dah ter’cas’ semula, masa untuk jalan2. Pulau Aman atau ‘Island of Peace’, memang aman. Tak ada motor atau kereta, yang ada cume motorbot, so sebab tu le dia aman. Bukanlah sebuah kampong nelayan yang padat, mungkin dalam 200~300 penghuni sahaja, kebanyakkan nya orang tua dan kanak-kanak ‘riang’. Tak banyak tempat nak diexplore, dan salah satu yang dikira ‘famous attraction’ disini ialah te

menyelamatkan nyawa dalam 10 minit

Hujung minggu Syawal yang bosan, pergi menontonlah sebagai pengisiannya dan filem Korea “Tsunami at Haeundae” jadi pilihan. Plot filem ini seakan menyamai jalan cerita “Sinking of Japan”, - bencana alam sebagai tema, dengan ditambahperisakan dengan elemen kasih sayang dan pengorbanan. Rasanya penulis cerita filem ini mengambil tragedi tsunami di Acheh sebagai inspirasinya. Aku bukanlah peminat filem Korea, jadi, semua pelakon filem ini bukanlah muka yang familiar bagi aku kecuali heroin filem ni, rasanya pernah dilihat dalam filem Korea lain sebelumnya. Sekumpulan penyelidik gempa bumi/tsunami mengesan corak gempa yang semakin menghampiri Haeundae yang mungkin boleh menyebabkan ‘mega-tsunami’ dalam waktu terdekat. Macam biasalah, mesti ada satu kumpulan yang tak percaya dengan teori ini, dan pada saat-saat akhir saja, baru nak menyesal. Kebiasaan filem Korea/Japan, elemen kasih sayang hubungan manusia itu ada, tapi tak diangkat sebagai kisah utama. Ada beberapa kisah hubungan manusia d

Formula-Satu-Malaysia

TERHARU dan BIRU. Sebagai rakyat Malaysia, itulah perasaan pabila PM terchenta ‘menghadiahkan’ sebuah pasukan F1 beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Dengan muka bangga, PM Najib dan taiko2 bisnes Malaysia mengumumkan “ Pasukan F1 1Malaysia akan menjadi pasukan F1 ke-13 dalam siri F1 Grand Prix bermula tahun 2010…” Apakah rasionalnya pengumuman itu ketika ekonomi dunia sedang bergoncang, dan lebih khusus lagi, ketika beberapa pasukan F1 mula menarik diri bagi menyelamatkan diri dari muflis lebih teruk? Pada fikiran aku yang naïf berpolitik dan ber’bisnes’, pro-nya adalah lebih sedikit berbanding kontra-nya yang makin membukit. Positifnya dilihat oleh ramai sebagai medan bagi mencari publisiti/penjenamaan bagi syarikat2 gergasi Malaysia, contohnya Proton, Air Asia, NAZA dan beberapa lagi kompeni lain. Dan juga bagi menyediakan medan bagi rakyat Malaysia membuktikan kemampuan mereka dalam bidang berkaitan F1 – engineering, business dan marketing. Tapisatu soalannya, adakah kompeni

syawal 1430

hari ini 6 Syawal, dan rasenye masih belum terlewat untuk mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI" untuk semua... hari ini dah mula bekerja semula, dan mungkin korang rasa pelik kenapa aku start kerja hari Jumaat...sebabnye nak mengelak kereta2 yang banyak hari Sabtu & Ahad mendatang ni...perjalanan dari Johor ke Penang, mungkin boleh ambik masa lebih 15 jam...memang rugi.. Anyway, raya tahun ni lebih best dari tahun2 lepas, sebab dapat cuti lebih panjang, dapat bagi duit raya lebih sikit, dan yang paling penting, dapat berhari-raya dengan adik-beradik yang lengkap selepas 3 tahun... "semoga ketakwaan & keimanan bulan Ramadhan diteruskan dengan keinsafan & kesederhanaan dalam menyambut Syawal"... dengan ingatan tulus ikhlas, maaf zahir batin.....

365

17 Sept '08 ~ 16 Sept '09....365 hari.... selama itulah aku berada dalam kompeni ni... waktu bergerak pantas, tapi waktu yang berlalu itu perlu diisi dan dimanfaati... objektif mesti ada, target mesti jelas... untuk 365 hari seterusnya, apa akan terjadi?

9-9-9

Untuk memperingati yang diri ini masih wujud pada 9/9/9, Flickr utk koleksi foto adalah sebagai tandanya. Kalau rase nak tengok atau nak kutuk, bolehlah meloncat ke http://www.flickr.com/photos/yellowlentil/ Seterusnya, menunggu apa yang akan terjadi pada 10/10/10 nanti…Harapnya masih lagi bernafas...

Scirocco oh Scirocco

entah bila aku tak ingat, tapi satu masa dulu aku pernah posting pasal VW Scirocco Studie R - concept... minggu lepas, Cartrade-ABT dh start offer ABT tuning kit utk Scirocco & Golf GTi Mk6 di Malaysia. terbukak gak le rahang bila tgk Scirocco merah dengan ABT bodykit... VW Scirocco ni belum oficially launch kat Mesia, tapi yang standard pun dah RM 240K++....plus ABT kit RM50K...so, range harge dalam RM300K... Pergh..kalau tahap gaji sekarang ni, agak2 bile la geran Scirocco ni boleh tulis name aku... Must work hard.....get more money......get even more money....get rocco.....get more chicks....later spend more money......haha Anyway..ade sape2 nak beli buah pinggang??

Fallin' for You

Fallin' for You - Colbie Caillat dah ada dlm ipod aku ni sejak 2 bulan yang lepas. Tapi last week aku baru jumpa muzik video lagu ni dlm YouTube. It's a beutiful song with funny music video. Colbie is very adorable, and the video is creative and meaningful. I'm fallin' for you Colbie.. ;)

Maaf dari Sorga

Rumah bernombor 33 di Jalan Kelana Jaya menerima penyewa terbarunya, pasangan Hakiki dan Sarah. Hakiki ialah seorang pegawai bank berfikiran liberal, dan isterinya, Sarah merupakan mualaf berbangsa Australia. Rumah 33 menyimpan pelbagai misteri yang melanda setiap penyewanya. Hakiki dan Sarah mula dikunjungi peristiwa aneh dan pelik; imejan menakutkan, mimpi ngeri serta hubungan suami isteri yang makin keruh. Hakiki cuba merahsiakan konflik lama dengan keluarganya dari Sarah. Satu kejadian yang hampir mengorbankan Sarah berlaku akhirnya menjernihkan kembali keadaan. Apakah sebenarnya gangguan yang berlaku di rumah nombor 33 ini? Apakah kemaafan untuk mereka akan hadir? Kali ini Faisal Tehrani cuba memasukkan elemen misteri dalam nukilannya, tanpa mengabaikan tazkirahnya. Namun begitu, suntikan mistik ini bukanlah sesuatu yang mengarut, tetapi lebih kepada perlambangan dan ingatan terhadap menjauhi kemungkaran. ‘Maaf dari Sorga’ ini merupakan antara dokumentasi awal Faisal dalam dunia k

The Pianist

Tak berapa lama sebelum ni, YL ada mereview filem “The Boys in The Striped Pyjamas”. Sebenarnya filem ini ada persamaannya dengan filem The Pianist ni ; kekejaman tentera Nazi terhadap golongan Yahudi. Diadaptasi dari memoir seorang seorang pe’miano’ Yahudi-Poland, Wladyslaw Szpilman, ia merupakan filem yang menyaksikan perubahan persekitaran Szpilman dalam penaklukan Poland dalam era pasca Perang Dunia Ke-2 bermula sekitar akhir 1930-an. Szpilman menyaksikan kekejaman Nazi membantutkan karier muziknya, memisahkannya dengan keluarganya serta dalam skop lebih besar, kemusnahan Warsaw dan penghapusan etnik Yahudi di Poland. Takdir Szpilman lebih baik, berjaya survive dalam era perang ini walaupun berdepan ancaman bunuh, kebuluran dan perhambaan. Filem ini tertumpu kepada watak utamanya, Szpilman. Adrien Brody berjaya membawa watak Szpilman dengan bagus sehingga melayakkannya memenangi Best Actor dalam Academy 2002. Pengolahan jalan cerita kepada Filem juga begitu sgt kemas, beremosi, ‘re

Kartika, Arak & Rotan

Kartika Sari Dewi Shukarno – wanita muslim pertama di Malaysia yang akan menjalani hukuman sebat akibat kesalahan meminum arak. Adakah ini bermakna beliau juga ialah wanita muslim pertama minum arak di Malaysia?? Bukanlah mahu menuduh, tapi melihatkan situasi persekitaran, rasanya lebih ramai wanita muslim yang minum arak diluar sana selain Kartika. Kartika dijadualkan akan menjalani hukuman itu dalam minggu ini, tetapi JAIP telah menunda hukuman itu atas alasan bagi menghormati Ramadan. Kehairanan yang timbul ialah, ketika Kartika dan keluarganya telah redha dan bersedia bagi menjalani hukuman sebatan itu, ramai pula yang bersuara agar Kartika merayu atas hukumannya itu. Ini termasuklah PM Najib Razak, Shahrizat Jalil dan beberapa NGO menyuarakan pendapat ini . Kenapa? Kenapa Najib & Sharizat perlu takut?? Takut isteri atau diri sendiri disebat sama?? Atau lebih ramai wanita ‘sosial’, artis atau anak2 kenalan mereka bercalar badan kerana disebat?? Itu belum lagi jika Hudud dilaksa

Kebijakkan atau Kebodohan

Hak pengundi berdaftar ialah keluar mengundi dan memilih wakil mereka. Hari ini di N11, Permatang Pauh, Penang, wakil mereka di DUN akan dipilih. Rohaizat, calon BN, seorang bekas Peguam akan menentang , En Salleh Man, P/Jaya Pas Penang yang juga seorang usahawan dengan kelayakan Sarjana Muda. Kredibiliti wakil rakyat amat penting, tapi mengapa BN begitu tersinggung jika PAS dan PR menyerang peribadi Rohaizat, bukankah rakyat berhak memilih wakil yang bersih, cekap dan amanah? Banyak cerita panas tentang Rohaizat yang kita dengar. Isu pecah amanah, dilucutkan kelayakan Peguam serta kisah rumahtangganya, semuanya mewarnai kempen. Tidak pula kita dengar BN memainkan isu peribadi calon PAS, mungkin kekeringan idea, atau tiada apa untuk digossipkan. TPM, Muhyiddin Yassin, dengan lantang menggesa pengundi ‘bijak’ memilih wakil rakyat. Adakah tafsiran ‘bijak’ itu ialah mengundi BN, dan maksudnya pengundi di lima negeri dalam PRU tahun lepas semuanya ‘bodoh’ kerana memilih PR? Tapi BN lebih g

Ramadhan....datang lagi

esok 1 Ramadan... untuk 3o hari seterusnya, tiada lagi rutin sarapan pagi selepas mandi, tiada lagi hidangan tengahari, tiada lagi minum petang..., rutin perlu diubah kerana kemuliaan Ramadan itulah yang perlu direbut, dan dimanfaati.... Selamat Berpuasa dan Beribadah...Moga Ramadan kali ini adalah yang terbaik untuk kita.. Wassalam...

38

Membaca satu artikel dalam akhbar percuma ‘The Sun’, menyatakan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah berjaya menjimatkan RM38juta bagi belanjawan tahun 2008 mereka. Itu satu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh kerajaan baru Penang dibawah pimpinan Lim Guan Eng. Bagaimana mereka berjaya menjimatkan sejumlah wang tersebut? Terbang dengan kelas ekonomi, menerima harga tender terendah, menggunapakai kereta Exco dari kerajaan BN yang lepas serta beberapa langkah bijak lain yang menyumbang kepada penjimatan. Jika kerajaan Penang mampu menjayakannya, kenapa kerajaan negeri yang lain tak boleh? Kerajaan Persekutuan juga pernah mengumumkan langkah penjimatan semasa krisis ekonomi bermula. Tapi apakah hasilnya?Berapa banyak penjimatannya?? Misteri. PM, MB dan Ketua Menteri negeri2 lain seharusnya tabik spring pada Lim Guan Eng kerana berjaya dengan langkah belanjawan sederhana meraka. Wang yang dapat dijimatkan itu mungkin dapat disalurkan kearah projek2 yang memberi manfaat kepada rakyat kelak

Farewell

Akhirnya, harini projek Flareboom kitorang bergerak keluar. Hurray!! Walaupun projek ni tak le se’mega’ mana, tapi aku rasa puas sebab involved dari tendering stage sampai sail-away. Banyak experience baru yang rasai, walaupun kena maki & marah dengan bos berkali2, tapi it’s learning curve kan. Lepas ni, FB ni akan duduk kat tengah Laut Cina Selatan tak tahu berapa sampai bila, mungkin sampai minyak kat situ habis. This weekend, akan balik semula ke KL. Menyambung semula kehidupan normal yang sudah hilang kenormalannya 3 bulan yang lepas. No more naik ferry pagi2, berpanas kat site, berkejar sana-sini, kondo Bayswater yang best…. Farewell Bayswater, farewell Jerejak, farewell Penang….see u again next project…

SETEM

Jangan menipu sang penipu, jangan mencuri dari pencuri. SETEM.Tajuknya ringkas, ideanya juga mudah. Menjejak dan mencilok setem lama bernilai RM4 juta. Tapi pengkisahan disebalik menjejaki setem itulah yang menjadikan filem ini menarik. Khabir Bhatia membariskan para pelakon mantap bagi menjayakan filem aksi-komedi pertamanya ini. Jika sebelumnya Khabir datang dengan Cinta dan Sepi, kali ini dia mencuba genre komedi pula dan pada aku, dia sangat berjaya. Perjalanan cerita sangat menarik. Plot filem Setem adalah ala Ocean’s dan Snatch. Satu objektif, dan sub-group dengan method jenayah yang berbeza diselitkan dengan komedi. Dalam setem ini ada beberapa group kumpulan berbeza. Geng Anak Yatim, Geng Tosai, Geng Bakso, Geng Piranha dan Yang teraniya. Melihatkan line-up pelakon Setem, kita boleh jangka ini satu filem komedi yang best. Afdlin Shauki, Sathia, Harun Salim Bachik semuanya member dimensi lawak yang berbeza. Itu belum dikira lagi dialog2 dari watak2 lain. Banyak ayat-ayat simple

Liqayatali

Sebelum ni, aku ada cerita pasal satu kedai nasi kandaq yang start bisnes pukul 10 malam sampai pagi. So, awal pagi Ahad yang lepas, lepas balik kerja, kitorang pun mencuba nasib le. Nama kedai tu, ‘Restoran Liqayatali’ ataupun nama famousnya ‘Nasi Kandar Beratur’. Bersebelahan dengan Masjid Kapitan Keling..masjid klasik. Tak tau la aku apa specialnya nasi kandaq kat kedai tu…aku tengok dan rasa sama je dengan nasi & lauk kat kedai lain…nasi letak kari…lauk panadai2 pilh…ada 2-3 famili gak makan pukul 3 pagi tu..couple amoi & abeng baru balik clubbing pun ada gak…aku pun tak tau le…mungkin dah kena kas2 kari. ataupun family tu tengah rehearsal nak sahur Ramadan akan dating…barangkali… So, kalau nak toray makan nasik kandaq yang kena beratur, datanglah ke Liqayatali ni..tapi jangan pulak panas hati kena beratur, sebab banyak lagi kedai nasi kandaq yang tak kena beratur kat Georgetown ni… Tak salah mencuba….

Midnight at 'the Alcatraz of Malaysia'....

'Alcatraz of Malaysia'???kat mana tu? Pulau Jerejak..Penang... Malam minggu yang lepas ni aku habiskan masa tengah malam aku di Alcatraz of Malaysia... kenapa? sebab yard projek aku kat sini...ofis aku kat sini...so kira aku kena kerja la tengah malam tu...sedih..sebab load-out kene buat tgh malam..apa punya sangap le load-out team ni... sebelum ni paling awal aku ke yard around 5a.m. le...tapi kali ni, stayback dari 10p.m sampai lebih kurang 2a.m...rare experience... kenapa Jerejak dapat nama 'Alcatraz of Malaysia'? tu korang kene cari sendiri le jawapannya....kat internet kat ada .....

Thick as Thieves

bosan lagi??Movie lagi... "Never Thrust a Thief" Morgan Freeman sbg Keith Ripley, seorang perompak veteran, telah merekrut Gabriel (Antonio Banderas) untuk bersama-samanya melakukan satu rompakan terakhir bagi melangsaikan hutangnya dengan seorang jutawan Russia. Apa target mereka? "Feberge Eggs" di Romanov's. Ape tu? kalau nak tu tngok movie ni la... Ok, sebenarnya cerita ni ada 'trick' ala Ocean 11, 12 & 13; merompak dengan teknik2 sofistikated & hi-tech gadjet..cuma pada fikiran aku, jalan cerita/trick cerita ni tidak selancar dan sebijak cerita siri Ocean, jauh sekali Lock, Stock & 2 Smoking Barrel dan Snatch. Kenapa? Pertama, kerana Ripley dan Gaby ni nampak terlalu power dan hebat dan juga mereka takde geng lain yang cuba mengacau plan mencuri mereka kecuali Polis. Tapi bagi menjadikan jalan ceritanya menarik, trick cerita ini bukanlah pada plan merompak telur, tapi lebih kepada Ripley menipu Gaby. Kenapa? Sebab Gaby juga adalah Polis..

Body of Lies

apa lagi nak buat kalau bosan? Movie... Body of Lies adalah filem adaptasi novel yang mengisahkan tiga intelligent yang memerangi 'terrorist' - Ferris (LeonardoDiCaprio), Hoffman (Russel Crowe) & Hani Salaam (Mark Strong). Al-Saleem adalah kumpulan pengganas yang dijejaki oleh mereka. Ferris & Hoffman adalah CIA, manakala Hani ialah Ketua Intelligent Jordan. Dipermulaannya, Ferris menjejak Al-Saleem di Iraq. Namun setelah berlaku satu insiden, Ferris berpindah ke Jordan bagi menjejak Al-Saleem. Di Jordan Ferris bersekutu dengan Hani, tapi kerjasama mereka sedikit rapuh kerana kurang percaya masing2. Sebenarnya, filem ini hanyalah satu filem aksi yang terselit didalamnya propaganda 'keikhlasan' atau 'kehero-an' Amerika dalam memerangi pengganas. Al-Saleem adalah gambaran mereka bagi Al-Qaeda dalam dunia sebenar. Muslim masih dilebel sebagai pengganas, dan itulah hujah yang dikuatkan dalam Body of Lies ini. Ketua Al-Saleem digambarkan sebagai seorang musli

The Boy in the Striped Pyjamas

Kali ini ‘The Boy in the Striped Pyjamas’ – filem Brit-Amerika 2008 menjadi pengisi masa santai. Ia diadaptasi dari novel nukilan John Boyne dan berlatar belakang zaman perang dunia kedua. Ianya mengenai perspektif seorang budak lelaki terhadap persahabatan, serta perspektif satu golongan yang rakus den taksub dengan ideology mereka. Bruno, budak lelaki berusia 8 tahun, ialah anak kepada Komanden Nazi, Ralf. Ralf dinaikkan pangkat dan mereka sekeluarga berpindah dari Berlin ke suatu kawasan terpencil. Bruno terasa kehilangan kawan2nya diBerlin dan memulakan hidup dirumah baru dengan penuh kebosanan. Bruno dapat mengintai dari tingkap rumah mereka satu ‘kebun’ yang terletak jauh di belakang rumah meraka. Apa yang menjadi persoalan bagi Bruno – mengapa semua orang dikebun itu memakai ‘baju tidur belang’?... Sifat ingin tahu Bruno yang tinggi membawanya ke ‘kebun’ itu secara rahsia. Disitu dia melihat satu kem yang dipagari dawai elektrik. Disitu juga dia bertemu Shmuel budak lelaki sebay

Back to back with Brad

Nak ke yard malas, so hanya duduk2 di rumah saja hari Ahad lepas.Nak pusing2 Penang, udara berjerubu, nk shoot pun tak cantik, so, duduk rumah layan DVD je la. So, hujung minggu ni tema ‘movie marathon’ , Brad Pitt. 1. Snatch Filem jenayah komedi kedua dari Guy Ritchie ni mula release pada 2000. Selepas debut filem Guy ‘Lock, Stock & Two Smoking Barrels’ (LSTSB) – which is my all time fav movie, formula Snatch kali ini juga sama, jenayah underground teknikal Brit style plus elemen komedi. Jika dlm LSTSB, temanya, ganja, kali ni, Snatch ialah mengenai ‘berlian’ dan tinju, tapi still mengekalkan ‘gambling’ sbg core subject. LTSB menampilkan hampir 100% actor/actress British, tp kali ini, Guy menyuntik elemen Amerika dengan penampilan Brad Pitt dan Benicio Del Toro, elemen populariti barangkali. Berbanding siri Ocean 11,12 & 13 yang mana jenayah teknikalnya lebih kepada ‘head to head collision’ group yang besar, filem2 Guy ini lebih kepada sub-team yang banyak, yang saling berkai

Jalan-jalan, Makan-makan...

Jalan2 dan makan2 adalah dua perkara berbeza. Untuk jalan2, harus ada transport, untuk makan2 harus ada makanan. Walaupun dah lebih dua bulan aku kat Penang ni, tp 2 aktiviti ni aku baru mula dalam 3 minggu terbelakang ni…Kenapa? Entah.. Memang tipu lah kalau orang cakap susah cari makan kat Penang ni. Aku rasa hamper setiap jalan kat Penang ni ade kedai makan. Kecuali le Penang Bridge tu, takda kedai makan, tapi kalau ikut idea design Pak Lah, 2nd Bridge ni pun akan ade tempat rehat2 makan2 kat tengah-tengah laut. Kita tengok je la nanti. Mungkin lifestyle org Penang ni suka makan luar, mungkin sbb dah sibuk cari duit siang hari. So, malam2 diorang pun beserakkan la keluar makan, sampai le tengah pagi. Sampai ada satu kedai nasi lemak tu, diorang stat berniaga pukul 2 pagi. Tak ke gile makan namanye tu?MAkan nasi lemak pagi2, macam nak sahur. Padang Kota, Padang Brown, Jalan Chulia, Free School, Jalan Penang, Gurney drive tu sume nama2 famous foodcourt kat Penang yang aku tau dan aku

Manik Mengurai

Manik Urai bukanlah sebuah metropolitan ataupun ibu negeri Kelantan, tapi sejak 2-3 minggu kebelakangan ini, aku fikir graf popularitinya sudah menyamai KL atau Kg Buah Pala kat Penang…haha…Semua berpusu-pusu ke Manik Urai ; PM, TPM, Menteri, YB2, tokoh2 korporat, kompeni2 kroni,geng2 parti lawan, wartawan dan juga tukang sorak dan tukang sibok. Tapi semua tu takkan ada lagi minggu depan kerana pabila tamat sahaja sesi mengundi Pilihanraya Kecil DUN petang ini, semua gerombolan2 ini akan berduyun2 pulang. Lambat atau cepat, semuanya bergantung kepada keputusan malam ini.Kalau menang, sampailah pagilah kokoknya, kalau ada bayangan kekalahan, cepat2 angkat kai sebelum kene maki…. Macam2 janji, macam2 kontroversi ada…Konflik dalaman parti lah, Janji2 kalau menang lah, isu royalty minyak, nak bikin jambatan baru, PPSMI dimansuh, janji2 100hari jadi PM…semuanya mewarnakan kempen….itu belum kira yang datang tolong cat rumah, tar jalan, bagi sumbangan rakyat miskin atau melawat orang2 tua uzu

'Sutan Baginda' bukanlah 'Baginda Sultan'

Karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1989. Sutan Baginda diimaginasikan sebagai satu karekter tokoh politik yang penuh dengan ketidakjujuran, ketidakikhlasan dan kurangnya iman. Mengisahkan politik gelabah hodoh yang diperalat semata-mata untuk ‘glory’ dan ‘power’ bagi mengejar kekayaan dan bukan sebagai amanah yang sewajibnya disanjung dan dijaga. Dalam 3 babak pertama, watak Sutan anak Baginda cucu Murtaza cicit Salehuddin ini dilihat dari kacamata 3 wanita dalam hidupnya, Uji, Dahlia dan Fidah. Sutan amat pintar dalam memanipulasi ketiga-tiga wanita ini bagi menjadikannya tokoh politik yang intelek dan berstrategi dan dalam masa yang sama mampu menuturkan ayat2 Al-Quran dan sabda nabi untuk menyakinkan penyokong dan rakyat. Objektif Sutan hanya satu, menumbangkan orang nombor satu parti, Nirwan walau dengan apa cara sekalipun. Namun, sepertimana janji tuhan, politik kotor Sutan ini diakhiri dengan kehancuran yang memakan dirinya. Mencerna kar

Remembering Micheal

Entah berapa lama aku tak menulis sesuatu di YL ini. Entah 2 minggu entah lebih. Entah kenapa…Tiada perkara menarik untuk dititipkan? Bukan. Terlalu sibuk dengan kerja? Mungkin… Blog terakhir sebelum ini ialah pada 24 June. Tapi sepanjang masa itu sehingga sekarang, banyak proses yang berlaku, banyak perkara yang terjadi. Paling utama pada 25 June, bilamana dunia dikejuti dengan kematian Superstar Micheal Jackson. Aku bersedih dengan kematiannya? Tak perlu..Aku terasa kehilangannya? Mungkin juga.. Aku bukanlah fanatik pada MJ ataupun pengumpul memorabiliany..namun aku rasa dunia telah kehilangan sesuatu yang istimewa dalam MJ. Lupakan dulu pada kontroversinya atau evolusi hitam-putihnya..aku rasa MJ lebih dikenang kerana versatalitinya. Penyanyi, composer, dancer, kareografer, pelakon, businessman, pencetus kontroversi – itulah MJ. Komitmennya perlu dicontohi. Aku baca dari satu column tulisan dari TIME, menyatakan Jacko sangat komited dalam sesuatu. Sbg contoh, dalam satu konsert meng

TRANSFORMERS:Revenge of The Fallen

Popcorn N’ Wednesday kitorang minggu ni terpaksa dicepatkan kehari Selasa disebabkan TRANSFORMERS 2 dah kuar!! Satu perkataan tentang filem ni…Marvelous!!! Tak seperti filem pertama Transformers, kali ini, dari mula sampai habis – non-stop action… Tak perlulah rasanya aku ceritakan filem ni, sebab korang mmg patut. Dengan geng2 Autobots dan Decepticon lebih variasi, terutama Decepticon, dibantu konco2 Constructicon terutama Devestators, misi mereka ialah menyelamatkan Megatron dan seterusnya memusnahkan Matahari dan Bumi. Filem Transformers kali ini lebih komplikated kerana penonton perlu mendalami sejarah Transformers, Dynasty of Primes, Sun Harvestor (didalam Pyramid), kemunculan The Fallen – ketua Decepticon. Eelemen2 kisah Sam lebih dikurangkan dan lebih tertumpu kepada usahanya untuk menyelamatkan dunia besama2 Autobots. Apa yang mendatangkan ‘rahang terbukak’ bagi aku ialah teknik CGI dalam filem ini, jalan cerita yang digabungkan dengan sejarah Mesir Purba serta kehebatan ketent

THE HOLIDAY

DVD ke-3 yang dilayan pada hujung minggu ni, bukanlah sebuah cerita baru, tapi pada aku cerita yang tak jemu untuk aku layan. The Holiday (2006) berkisar kepada 2 watak utama Amanda(Cameron Diaz) dan Iris (Kate Winslet) disamping Jude Law sbg Graham, abang kepada Iris serta Miles (Jack Black) rakan industry Amanda. Amanda dan Iris bertukar lokasi untuk becuti dan melupakan masalah cinta mereka. Dan dari situ bermula kisah mereka dengan kedua-dua pria ini, Graham dan Miles. Tak perlu rasanya untuk menghuraikan cerita ini sebab aku rasa ramai yang dah menonton ‘the holiday’ ini. Bagi aku filem ini merupakan antara all-time favourite ‘love story’ aku, sama seperti ‘Serendipity’ yang juga berlatarkan kisah dua individu dipisahkan dengan jarak tetapi ditemukan secara kebetulan. So, kalau dah bosan tu, layan perasaan le dengan movie ni…:) Cheers!

Feast of Love

Satu lagi DVD yang dilayan hujung minggu terbaru ni….”Feats of Love” Masa untuk mencari cinta, bercinta atau ‘membuat cinta’? semuanya ada dalam movie ni. Bukanlah satu filem baru, tetapi telah mula ditayang pada 2007. Morgan Freeman sebagai Prof. Harry Stevenson, memerhatikan beberapa siri percintaan individu disekelilingnya dalam satu komuniti di Portland, Oregon. Terdapat beberapa kisah cinta yang memperlihatkan magik, misteri dan kadangkala kepedihan dalam menifestasi cinta. Dari cinta seorang pemilik café, Bradley dengan isterinya Kathryn (Salma Blair) yang jatuh cinta kepada seorang Lesbian, Jenny, cinta Oscar pekerja dicafe Bradley dengan homeless girl, Chloe. Kisah Bradley – seorang yang kurang bernasib baik dalam cinta - dicambahkan lagi dengan adventurnya mencari cinta sejati, cinta dengan Diana, wanita yang berskandal dengan suami orang dan akhirnya menemui cinta sejati dengan seorang doktor. Harry sendiri tidak terkecuali dengan cintanya pada isteri dan anaknya. Kisah ini d

LEATHERHEADS

Satu daripada latest DVD yang dilayan ujung minggu ni... George Clooney sebagai Producer, Director serta watak utama dalam “Leatherheads”. Sebuah filem komedi retro mengenai pemain professional “American Football” dalam tahun 1920-an. Clooney sebagai Dodge Connolly seorang kapten veteran yang cuba menyelamatkan pasukannya Duluth Bulldogs daripada bankrupt. Sesudah penaja mereka menarik diri, Duluth Bulldogs begitu nazak sehinggakan dalam satu game, diisytihar kalah kerana kehilangan bola (diorang ada 1 bola jek untuk match). Akhirnya Duluth Bulldogs terpaksa keluar dari liga. Connolly mengambil langkah berani untuk menyelamatkan Bulldog dengan mengambil Carter Rutherford, seorang pemain bintang dari kolej, yang juga seorang hero Perang Dunia. Langkah drastik itu mendatangkan hasil apabila stadium kembali penuh dan Buldog kembali menjadi pasukan yang kuat. Dalam masa yang sama, Lixie (Renee Zellwager) – wartawan dari Chicago Tribune – cuba untuk mengorek rahsia Carter menjadi hero peran

Hatiku Terluka di Bukhara

Bukhara – Sebuah kota lama di Asia Tengah yang terletak di Uzbekistan, pernah berada dibawah takluk United Soviet Socialist Republic (USSR) sebelum merdeka pada 1993. Imam Al Bukhari dan Ibnu Sina merupakan antara tokoh sejarah tamadun Islam yang datang dari bumi Bukhara. Buku ini merupakan travelog hasil catatan Wan Hashim Wan Teh menjelajah ke bandar-bandar di Asia Timur dan Asia Tengah – Moscow, Irkutsk, Siberia, Bratsk, Tashkent, Bukhara dan Leningard disekitar tahun 1983. Ketika lawatannya, kawasan ini masih berada dibawah wilayah USSR. Penulisannya santai, ringkas dan direct, dimana penulis bercerita kepada pembaca tentang kisah perjalanannya. Novel ini sedikit berbeza dengan beberapa karya H.M Tuah Iskandar seperti Steffe Isle dan Enrique Mengundang Jauh yang juga mengenai perantauan, tetapi dihibridkan dengan kisah lain bagi menjadikannya lebih komplikated dan menarik. Dalam kisah ini watak perantaunya adalah Abd Rahman, seorang pelajar Melayu yang menuntut di England. Lawatann

The Bucket List

Perkara apa yang dirasakan perlu ditunaikan sebelum menemui kematian? Carter (Morgan Freeman), adalah seorang mekanik biasa yang mempunyai pengetahuan sejarah yang hebat manakala Edwards (Jack Nicholson) adalah seorang tycoon - pemilik hospital yang kaya raya. Kedua2nya didiagnos menghidap kanser pada tahap terakhir. Mereka ditempatkan dalam bilik yang sama dihospital kepunyaan Edwards. Dari situ mereka mula menjadi sahabat. Hingga satu hari bila Carter mula menulis ‘the bucket list’, Edwards berpendapat, mengapa tidak dihabiskan masa mereka melakukan perkara2 impian daripada hanya berbaring dihospital menunggu maut. Dari situ bermulalah eksplorasi kedua2 geng ini untuk berseronok buat kali terakhir dalam hidup mereka - berlumba kereta, skydiving, memanjat Piramid, ke Safari dan lain2. Satu insiden di Hong Kong telah membuatkan Carter terasa untuk pulang ke pangkuan keluarganya. Reunion keluarga berakhir dengan Carter terpaksa dikejar ke Hopital dimana dia akhirnya menemui ajal dimeja

TERMINATOR SALVATION

Filem fiksyen-sains bukanlah sesuatu yang aku minat kerana ia hanyalah sekadar imaginasi pembikin filem Hollywood dengan watak makhluk asing ciptaan mereka. Begitu juga dengan TERMINATOR SALVATION, ia hanyalah franchise dari siri filem Termuinator sebelumnya. Plot ceritanya hamper sama, JOHN CONNOR menentang SKYNET, Cuma kali ini mesin skynet lebih variasi. Seperti biasa akan ada Cyborg dari Skynet untuk menghapus JC. Cyborg kali ini ialah Marcus Wright, seorang banduan yang dieksplotasi tubuhnya setelah menjalani hukuman mati. Dikesudahan file mini, Marcus berpihak kepada JC hingga sanggup menghadiahkan jantung ‘power’nya kepada JC. Tiada apa2 keistimewaan file m ini selain dari memaparkan kehebatan Hollywood dalam teknik CGI dan filem aksi. Pada aku, lakonan Christian Bale sbg JC hanya sederhana tak tiada scene yang ‘remarkable’ selain dari ayat ‘ this is John Connor’….- lagipun Christian Bale ini bukanlah dalam senarai hero favourite aku. Tapi kalau sekadar nak memenuhkan masa, file

'MILK'

Latest DVD yang dilayan, ia merupakan filem biography kisah benar hidup seorang aktivis gay dan politician, Harvey Milk. Sean Penn (I Am Sam) sebagai Harvey Milk, gay pertama yg terpilih sebagai ‘member of the San Francisco Board of Supervisors’ di California. Boleh membuatkan manusia normal terasa loya dan nak muntah bila tengok movie ni, sebab movie ni mengisahkan hidup seorang gay, HARVEY MILK (lakonan Sean Penn). Tapi itu semua tak penting kerana jalan ceritanya yang boleh diambil pelajaran dan idea. Latar belakangnya ialah tahun 60 & 70-an, filem ‘Milk” bermula ketika Milk memasuki umur 40 tahun dan membuat keputusan berpindah ke San Francisco. Milk amat lantang dalam memperjuangkan hak gay dan salah satu cara terbaik untuknya memperjuangkan hak kaum ‘sejenisnya’ ialah dengan menyertai politik. Gagal dalam dua pilihanraya awal tetapi akhirnya terpilih sebagai Supervisor Daerah 5 pada 1977. Milk turut memperjuangkan hak gay untuk bekerja sebagai guru di sekolah awam California

Night at the Museum 2 : Battle of the Smithsonian

Sekuel kepada Night at the Museum (NATM), kali ini Larry adalah seorang Entrepreneur berpengaruh dengan kompeninya, Larry Devices – hasil pengalamannya sebagai ‘night guard’. Larry mendapat tahu, semua artifak di Museum of the Natural History akan dipindah ke Arkib Negara di Smithsonian Institution di Washington DC. Di malam terakhir mereka, Larry ke muzium utk berjumpa ‘patung hidup’ utk kali terakhir. Tapi malam berikutnya, Larry mendapat panggilan dari Jedadiah – mereka diserang oleh Kahmunrah – puncanya..? Dexter the Monkey dh mencuri tablet tu dan semua artifak di Arkib itu hidup… Larry kemudian ke Arkib Negara keesokkan harinya dlm misi menyalamtkan rakan2 lamanya…. Dan bermulalah pengembaraan dalam kompleks Muzium Terbesar DiDunia… Aku fikir kalau nk dibandingkan NATM, NATM2 kali ini lebih adventure. Jika dlm NATM dulu, lebih kepada kisah Larry men’discover’ kuasa tablet dan mengawal watak2 muzium, dalam NATM2, ia adalah peperangan Larry&Co. dengan Emelia dengan watak2 jahat

Pening @ Penang

aduss.. pening2.... baru seminggu aku stay kat Penang, kereta aku dh kene kopak...cipan sungguh... nasib baik aku sedar kunci boot kene kopak mlm tu, kalau tak, bye2 le 335 aku... fuh...mungkin masih rezeki aku lagi... aku tau le kereta aku tu macho & berkilat...tu yg diorang target tu..huhu... nasib baik masih sempat aku sembunyikkan kat Seberang..haha.. so rasenye, terpaksa le kete aku tu blk Shah Alam dulu...buat ape yang patut... sementara nk dpt basement parking kat apartment ni... sedihnya..xdpt le aku discover Penang sesuka hati...dan yang paling sedih, kene kuar 2-3 ratus nak repair kunci kete..aduyyai....

Heading North...

harini, sekali lagi aku menuju ke kota warisan dunia di Utara...Penang. Memang le selalu aku ke sana, tp sekejap2..kali ni, aku stay untuk satu masa yg agak pnjang...sebulan? 2 bulan? 1 tahun?..entah... blog YL ni akan menjadi sedikit pasif le sbb aku dpt bayangkan betapa susahnya untuk aku meluangkan masa berinternet... ape2 pun aku rase besh gak, sbb dpt explore satu lagi tempat baru...dan yg pasti, mengasah skill2 'menangkap imej cantik' kat sane....bro eppy, wa akan blk ngan gambar2 bukak rahang punye..haha... ape2 pun kat sume kwn2...i'll be missing u all... jgn lupa, plan 13/14 Jun..harap2 aku dpt escape le haritu...haha Penang.....Veni, Vedi , Vinci.....! chiow....

just a point away....

EPL Championship hattrick...just a point away.... aku hanya sempat layan 1st half jek pagi td..mengantuk gile & tension tgk 'fancy game' diorng yg tak menjadi...tapi aku still percaya Man U still boleh makan Wigan punya... pagi2 bukak TV, yes...final result 1-2... thanks to goal from Carlos & late strike from Carrick... Sabtu ni, home game lawan Arsenal, and hopefully MAN U will be EPL Champion again at the end of the day, but i expect another tough fight from the Gunners back to back Champion for 2 football most prestigous trophy again? Why not?....because our home is THE THEATER OF DREAMS....

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat