Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

XYL Auto - French Connection

Jika anda pemilik kereta buatan Perancis - Citroen, Peugeot & Renault, atau juga kereta nasional berjiwa Perancis, Proton Tiara dan Proton Savvy - dah bosan dengan 'kerenah' pusat servis rasmi atau mungkin juga mencari alternatif yang lebih ekonomi bagi membaikpulih dan memelihara kenderaan kesayangan, mereka yang tinggal di kawasan selatan, lebih khusus lagi JB, bolehlah berkunjung ke XYL Auto Services di Johor Jaya. Lokasinya mudah - Jalan Rosmerah 2/8, bersebelahan AMBank. XYL berkemahiran dan berpengetahuan bagi melayan kerenah enjin buatan Perancis. Harga caj juga tidaklah mencekik darah sebagaimana pusat servis rasmi. Mengambil contoh pusat servis Proton yang meletak harga RM1,800 hanya untuk menukar timing belt dan water pump Savvy!. Melalui pengalaman sendiri, kos menukar timing belt dan water pump di XYL hanyalah sekitar RM800-900. Masa diambil juga tidak terlalu lama, dalam 4-5 jam, tapi pastikan buat appointment 1-2 hari awal dan datang awal pagi untuk mela