Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Toyota

Rebiu : Toyota C-HR

Penulis tergerak menulis semula rebiu kereta selepas menonton ulasan klasik seorang kakak di YouTube Paul Tan-Bahasa Melayu. Kalau kakak yang bersuara unik dengan ulasan terjemahan terjemahan terus versi Inggeris Hafriz Shah dan skrip yang sentiasa bermula dengan “okay” tu boleh terpilih jadi pengulas saluran Paul Tan, penulis rasa dunia pengulasan kenderaan dah masuk ke wilayah tanpa sempadan yang baru.  Toyota C-HR atau nama panjangnya Coupe-High Rider adalah pemain SUV bandar terbaharu dalam pasaran Malaysia. Pesaing sekelas-nya adalah Mazda CX-3, Honda HR-V, Renault Captur dan Peugeot 3008 dan dijangkakan harga C-HR ini akan berada dalam julat yang sama, RM100K ke-atas. Mini Countryman berada dalam saiz yang sama tetapi julat harga terlalu jauh untuk diletakkan dalam satu kelas. SUV kompak makin jadi pilihan pengguna yang melihatnya sebagai aksesori gaya hidup. Selain ciri tinggi kenderaan, SUV kompak sebenarnya tidak mempunyai ciri sebenar kegunaan sebuah SUV/4WD. P...