Langkau ke kandungan utama

Rebiu : Toyota C-HR



Penulis tergerak menulis semula rebiu kereta selepas menonton ulasan klasik seorang kakak di YouTube Paul Tan-Bahasa Melayu. Kalau kakak yang bersuara unik dengan ulasan terjemahan terjemahan terus versi Inggeris Hafriz Shah dan skrip yang sentiasa bermula dengan “okay” tu boleh terpilih jadi pengulas saluran Paul Tan, penulis rasa dunia pengulasan kenderaan dah masuk ke wilayah tanpa sempadan yang baru.
 Toyota C-HR atau nama panjangnya Coupe-High Rider adalah pemain SUV bandar terbaharu dalam pasaran Malaysia. Pesaing sekelas-nya adalah Mazda CX-3, Honda HR-V, Renault Captur dan Peugeot 3008 dan dijangkakan harga C-HR ini akan berada dalam julat yang sama, RM100K ke-atas. Mini Countryman berada dalam saiz yang sama tetapi julat harga terlalu jauh untuk diletakkan dalam satu kelas. SUV kompak makin jadi pilihan pengguna yang melihatnya sebagai aksesori gaya hidup. Selain ciri tinggi kenderaan, SUV kompak sebenarnya tidak mempunyai ciri sebenar kegunaan sebuah SUV/4WD.
Penggayaan luaran C-HR sangat ekstrim dan agresif dengan garis tajam yang mementingkan gaya persembahan dan rupa gaya yang meminta perhatian. Hasilnya, muncul banyak garisan dan lengkok pelik dan kehilangan banyak ciri ergonomik ; contohnya posisi dan ketinggian pembuka pintu belakang, cermin belakang yang curam yang memakan banyak ruang but, dan bentuk tubuh keseluruhan C-HR yang nampak seperti “kepala lebih besar dari ekor”.
Ruang kabin direka lebih ringkas dan dewasa, dan di dominasi warna gelap serta menggunakan bahan kemasan yang premium seperti plastic lembut pada papan pemuka. Ciri agresif luaran C-HR member kesan terus pada bahagian kabin terutama ruangan penumpang belakang, dimana ruang cermin yang sangat kecil membuatkan ruang belakang terasa sempit dan sangat tidak selesa. Toyota terlalu berusaha menyuntik elemen Coupe pada SUV ini, sehinggakan keselesaan penumpang belakang terpaksa dikompromi.




Model yang dipertonton di bilik pameran Toyota Subang Jaya ialah model produksi Australia, tak dapat dipastikan jika spesifikasi model pasaran tempatan adalah 100% sama atau ada perubahan mekanikal dan aksesori. Model ini dikhabarkan akan berada dipasaran tempatan dalam suku terakhir tahun ini atau awal tahun hadapan. 




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...