Langkau ke kandungan utama

sejarah ALFA ROMEO

ALFA ROMEO. Jenama hebat dari Itali, penuh dengan tradisi, sejarah , seni, ego dan romantik. Kalau pun ia bukan jenama paling hebat, ia mungkin salah satu dari jenama terhebat dalam sejarah dunia otomotif.


  • Nama asal Alfa Romeo ialah SAID, ringkasan dari Societa Anonima Italiana Darracq (Syarikat Italy Darrarq). Alexandre Darrarq adalaha nama ahli perniagaan dari Perancis, dan SAID merupakan cabang perniagaan otomobilnya di Itali. SAID sempat menghasilkan 2 model kenderaan, namun perusahaan ini tidak berjaya dan ditutup pada tahun 1909.
    Iklan kereta jenama Darracq
  • Dalam tahun 1909, fasiliti pengeluaran SAID bepindah ke Milan diwilayah Lombardy dan kekal menghasilkan kenderaan dibawah kelolaan Ugo Stella. Bagi menandakan perubahan pemilikan, syarikat ini diberi nama baharu, Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A (Kilang Kereta Lombarda). Logo ALFA ROMEO yg masyhur juga diciptakan selepas berpindah ke kilang ini.
  • ALFA memulakan aktiviti lumba kereta pada 1911, hampir serentak dengan penukaran nama baharu. ALFA dianggap salah satu jenama yang paling berjaya dalam sejarah sukan bermotor. Penampilan pertama tim ALFA adalah dengan model perlumbaan yang antara termaju – mencecah kelajuaan 100km/h. Model lumba seterusnya diperkenal sebagai ALFA Corsa. Kejayaan awal ini membina asas kukuh untuk ALFA menempa kejayaan seterusnya, termasuk dalam F1, Indy, Touring dan rally. 
  • Namun disebalik kejayaan dicipta, kemajuan ALFA tersekat dek Perang Dunia Pertama. ALFA diselamatkan ahli perniagaan terkenal dari Naples, Nicola Romeo. Romeo membeli ALFA dan mula menghasilkan enjin kapalterbang dan perkakasan ketenteraan. Perubahan ini meyelamatkan ALFA. Nama Romeo ditambah pada jenama ini, menjadi ALFA ROMEO. ALFA ROMEO menyambung kembali pengeluaran kereta pada tahun 1919.  
    Nicola Romeo bersama pelumba tim Alfa Romeo
  • Pada 1929, divisyen lumba baharu ALFA ROMEO ditubuhkan dengan nama Scuderia Ferrari (Kandang Kuda Ferrari). Tim ini diketuai pelumba lagenda, Enzo Ferrari.
    Alfa Romeo P2 1500
  • Tim ALFA ROMEO memenangi edisi pertama kejuaraan Formula 1 pada tahun 1950. Dalam tahun 1950-an juga, ALFA ROMEO memulakan pengeluaran sistematik (assembly line)
  • Barisan model mewah ALFA ROMEO sangat popular dalam era 50an-60an terutama selebriti. Dikatakan Pope juga memiliki ALFA ROMEO 2600, dan JF Kennedy memiliki ALFA ROMEO Giulietta Spider.
  • Sehingga 1980-an, kesemua model hasil ALFA ROMEO adalah pacuan roda belakang, kecuali model Alfasud.
  • 80-an adalah era kemerosotan ALFA. ALFA sedikit diselamatkan oleh model ALFA ROMEO Arna (dihasilkan bersama Nissan) tapi model ini masih gagal selamatkan kewangan syarikat. Hasilnya, ALFA ROMEO menjadi sebahagian dari milik gergasi otomobil Itali, FIAT. ALFA ROMEO masih dibiarkan kekal dengan tradisi dan teknologi uniknya yang terkenal.
  • Dengan bantuan wang FIAT, ALFA ROMEO mengembalikan kegemilangannya dan menghasilkan banyak model Berjaya, antaranya 156, 147,156 GTA,156 Sportwagon GTA dan 159. Model Brera dianggap sebagai ‘kereta paling cantik didunia”.
  • Sepanjang sejarahnya, ALFA ROMEO sering menukar slogan bagi kekal relevan dengan kehendak pasaran, tapi sentiasa mengekalkan originality dan sifat sporti/kesukanan jenama ini. Contohnya ; ‘The family car that wins races’ (Kereta keluara yang menjuarai perlumbaan), ‘Racing since 1911’ (Berlumba sejak 1911), ‘The car you drive to work is a champion’ (Kereta yang anda pandu ke pejabat adalah juara), ‘Mediocrity is a sin’ (biasa-biasa adalah satu kesalahan), ‘Driven by Passion’ (Didorong semangat), ‘Without heart we would be mere machines’ (Tanpa jiwa, kami adalah mesin semata-mata).
  • Menurut lagenda otomobil, pengasas dan ahli industry hebat Amerika, Henry Ford adalah peminat besar jenama ALFA ROMEO. Ford akan membuka topi setiap kali melihat kereta ALFA ROMEO dijalanan, sebagai tanda hormat kepada jenama ini.
  • ALFA ROMEO adalaha antara beberapa jenama klasik yang masih kekal selepas usia 100 tahun, jenama lagenda yang masih lagi aktif mengeluarkan kenderaan lagenda. Mungkin sekiranya Henry Ford masih hidup, beliau masih lagi menanggalkan topi nya setiap kali melihat kereta ALFA ROMEO dijalanan. Ini lah istimewanya ALFA ROMEO.
Sumber ; mydriftfun.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

Kenapa siaran langsung F1 tiada di stesen TV percuma di Malaysia?

Tahun 2010, Malaysia mendakwa sudah ada 3 pasukan ‘Malaysia’. Petronas menaja pasukan Mercedes GP, dan Proton melalui anak syarikatnya Lotur Cars UK menaja pasukan Renult F1 yang kini namanya menjadi Lotus-Renult F1. Entreprenuer ternama negara Tony Fernandes pula membangunkan Team Lotus dengan meupayaan kewangannya sendiri. Hebat bukan? Negara yang kecil seperi Malaysia, yang tiada seorangpun pemandu F1 melainkan AlexYoong beberapa tahun lalu mempunyai kaitan dengan 3 team F1. Membanggakan? Aku tak kisah, berapa banyak lagi GLC Malaysia yang nak menaja F1. Yang aku kisah sekarang, kenapa siaran langsung F1 tak ada lagi di stesen TV percuma Malaysia. RTM dengan TV1, TV2 atau Media Prima dengan TV3, NTV7, 8TV atau TV9, tak mampukah mereka menayangkan siaran langsung F1 percuma? Kenapa perlu langgan ASTRO untuk menonton F1, walaupun F1 tu berlangsung dibumi Malaysia sendiri? Bila Najib cakap Rakyat didahulukan, aku cuma nampak ‘rakyat yang selalu kena dulu’. Petronas boleh membelanjakan...