Jenama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDTFC) muncul pada tahun 2013 dan dianggap sebagai permulaan ‘renaissance’ bola sepak Malaysia. Semenjak itu, JDTFC memberi impak positif kepada Malaysia ; (1) layak ke Piala Asia 2024 secara merit, (2) mengubah persepsi umum mengenai pemain warisan dan naturalisasi mewakili Malaysia (3) bersaing secara konsisten dalam kejohanan kelab benua (ACL, AFC Cup). Objektif terbesar sebuah kelab bolasepak ialah bersaing dalam liga domestik tertinggi, dan menjuarainya. JDTFC mencapai objektif tersebut kurang dari setahun sejak penjenamaan dan mengekalkan kejuaraan sejak itu. 100% dominasi liga sejak ditubuhkan dan ini mungkin merupakan pencapaian pertama seumpamanya di dunia! Namun begitu, setelah 10 tahun mendominasi, Liga Super Malaysia (MSL) perlahan-lahan menjadi Liga Petani. Bukan semata-mata kerana dominasi JDTFC, tetapi lebih kepada nilai kompetetif dan jurang kewangan antara kelab besar dan kelab kecil. Beberapa contoh ...