Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel retro-view

Retro-view : Minggu 14 2019

Hibah Tabung Haji 1.25%, ramai yang salahkan kerajaan PH. Ramai mengharapkan TH bukan sekadar tabung tetapi menjadi badan pelaburan untuk ‘rezeki lebih’. Maka ramailah keyboard warrior bertukar menjadi pakar ekonomi, pakar perbankan, dan segala macam pakar menganalisa dan mengaitkan prestasi buruk TH dengan PH. Bergaduh, mencarut, memburukkan Ustaz dan sesiapa sahaja yang tak sealiran dengan pendapatnya. Anehnya, tak ramai yang bercakap tentang Azeez yang memimpin TH sebelum ini. Susah untuk difahami perkara tersirat disebalik ‘ Statut Rome’ . Kerajaan mahu teruskan tetapi Raja yang menaungi kerajaan itu sendiri membantah atas alasan mengganggu ketuanan. Antara yang paling lantang adalah kerabat raja Johor. Kerajaan mengambil jalan segara mengawal situasi. Tiada lagi Statut Rome. STS Hub . Marah betul TMJ bila Putrajaya merestuo KA Petra untuk membina ship-to-ship (STS) hub di perairan berdekatan Johor., sehingga menuduh Tun M berbohong kerana tak memaklumkan pada kerajaan J...