Afrika memerlukan kenderaan yang memenuhi kehendak Afrika. Joel Jackson, seorang jurutera komputer hadir ke pendalaman Kenya kerana terlibat sebagai jururunding dalam industri perkayuan. Pengalaman dan pemerhatian kepada kesulitan sistem pengangukatan dipedalaman Afrika, Jackson berpendapat Afrika memerlukan kereta yang dicipta khusus untuk mereka ; murah dan lasak. Cetusan idea Jackson membawa kepada penubuhan Mobius Motors pada tahun 2009. Strategi Mobius Motors adalah menghasilkan kenderaan lasak yang murah. Caranya adalah dengan menggunakan komponen sedia ada dari rak (off-the-shelf) yang digabungkan dengan rangka ringkas yang kukuh. Strategi ini cuba mengeksplotasi struktur cukai Kenya yang tidak mengenakan duti import pada komponen kenderaan (Kenya mengenakan cukai sangat tinggi untuk setiap kenderaan yang dibawa masuk). Komponen penting seperti enjin ,transmisi, dan brek diimport dari pengilang dari Eropah. Tetapi cabaran sebenar adalah menyatukan semua komponen itu...