Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel me

XYL Auto - French Connection

Jika anda pemilik kereta buatan Perancis - Citroen, Peugeot & Renault, atau juga kereta nasional berjiwa Perancis, Proton Tiara dan Proton Savvy - dah bosan dengan 'kerenah' pusat servis rasmi atau mungkin juga mencari alternatif yang lebih ekonomi bagi membaikpulih dan memelihara kenderaan kesayangan, mereka yang tinggal di kawasan selatan, lebih khusus lagi JB, bolehlah berkunjung ke XYL Auto Services di Johor Jaya. Lokasinya mudah - Jalan Rosmerah 2/8, bersebelahan AMBank. XYL berkemahiran dan berpengetahuan bagi melayan kerenah enjin buatan Perancis. Harga caj juga tidaklah mencekik darah sebagaimana pusat servis rasmi. Mengambil contoh pusat servis Proton yang meletak harga RM1,800 hanya untuk menukar timing belt dan water pump Savvy!. Melalui pengalaman sendiri, kos menukar timing belt dan water pump di XYL hanyalah sekitar RM800-900. Masa diambil juga tidak terlalu lama, dalam 4-5 jam, tapi pastikan buat appointment 1-2 hari awal dan datang awal pagi untuk mela...

Menulis....lebih kerap

Menulis post diblog nampak mudah, tapi bukannya senang. Asasnya perlu ada idea, masa, ilmu dan kesungguhan, barulah terhasil sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat. Bukanlah mahu menulis blog secara komersil atau popular tapi sekadar berkongsi idea,minat dan cerita. Insyallah, elemen masa dan kesungguhan perlu diberi lebih fokus untuk YL..my world, my word..

2012

Selamat datang 2012 yang dah lebih 1 bulan berlalu. Permulaan menarik untuk aku sebab dah kembali semula ke KL. No more N-Park, Jerejak, Nasi Kandar, Taman Bunga dan projek yang tak tau bila tarikh akhirnya. Sedih rasenya bila meninggalkan kawan-kawan dan kehidupan di Penang tapi semua akan jadi pengalaman dan kenangan hidup yang tak akan dilupakan. Hidup perlu diteruskan dan perkara penting harus didahulukan. Bermula 2012, hidup kembali berfokus di KL. Mungkin tak semudah rutin di Penang tapi yang penting lebih dekat dengan yang tersayang dan keluarga kerana itu ialah komitmen utama. Kerja baru, rumah baru, rutin baru, itu semua permulaan untuk tahun baru 2012. Menyesuaikan dengan kerja baru, melengkapkan rumah, komitmen masa untuk melawat abah Din di HUKM memang banyak memberi pengalaman kepada kami. Untuk Abah Din, kami doakan abah cepat sembuh dan kembali aktif macam sebelum ni. Matlamat 2012? Tentunya lebih baik dari 2011 yang meriah dengan bermacam perkara yang merubah kehidupan....

Meraikan 1 bulan

Alhamdulillah, 10 Ogos lepas genap sebulan berada dalam fasa baru hidup. Perlu berfikir lebih matang, bertindak lebih bijak dan membuat keputusan dengan adil, sebagai seorang ketua. Doakan kebahagian dan kerahmatan kami sekeluarga, dunia dan akhirat. Terima kasih kepada seisi keluarga terutama mak, abah dan adik beradik, yang telah banyak bekorban selama ini, dan terlalu banyak memahami diri ini. Juga kepada saudara-mara dan sahabat handai yang sentiasa memberi sokongan dan harapan selama ini. Jasa kalaian semua tak akan dilupakan sehingga hujung nyawa. Syukur, telah memasuki peringkat seterusnya dalam hidup. Diharapkan semua cita-cita, perancangan dan matlamat akan dating mendapat keberkatan Allah. AMIN.

Urusan Nikah & Kenduri Kahwin

-Dengan segala hormatnya ingin menjemput semua pembaca YL hadir ke majlis walimatulurus tuan punya YL pada Ahad, 10 Julai 2011 -Jika ada kelapangan, sudilah hadir sama memeriahkan majlis. Insyallah, majlis yang serba sederhana ini akan lebih meriah dengan kehadiran tuan puan semua -Doakan majlis kami berjalan lancar seperti dirancangkan dengan izin Allah. Ameen.

Lagi 100 hari...!

Genap tinggal 100 hari lagi... Insyallah, jika semuanya berjalan seperti yang dirancang, hidup ini akan memasuki satu lagi fasa baru. Fasa yang tentunya menuntut lebih banyak komitmen, kesabaran dan usaha untuk mencapai nikmat hidup dan kebahagiaan dunia & akhirat. Doakan perancangan dan impian kami menjadi nyata dan terlaksana. Amin. http://hazreen-akmar.ourwedding.com/

Tahun baru, Buku baru

Salam Maal Hijrah. Selamat menyambut tahun baru hijrah 1432. Tahun baru, lembaran baru dibuka. Lebih bagus jika catatan dalam lembaran baru ini lebih elok, lebih berkualiti. Perlu ada perbahan kearah yang lebih baik. Alhamdulillah, berpeluang mengakhiri tahun 1431 dan memulai awal tahun 1432 dengan bacaan doa ringkas dengan orang tersayang buat pertama kali. Mudah-mudahan tuhan makbulkan doa kita. Bercakap tentang buku baru, azam baru perlu lebih mantap. Tapi usaha perlu lebih mantap dari azam kerana azam tanpa usaha tak membawa sebarang makna. Insyallah, tahun baru ini fasa hidup baru akan bermula. Usaha meningkatkan ilmu, amal dan takwa ini sangat penting untuk memastikan fasa hidup yang seterusnya ini akan lebih berkualiti dan diberkati Allah. Ameen.

Salam Korban, Salam Zulhijjah, Salam Adha

Malam tadi, memandang bulan penuh yang cerah, yang cantik. Malam 16 Zulhijah. Purnama mengambang, tidak mengembang. Yang pastinya semuanya mengikut ketentuan ilahi, lumrah alam dan kelazimannya.. Sudah 6 hari meninggalkan 10 Zulhijah utk tahun ini. 10Zulhijah lalu genap 1 tahun Kak Long di'operasi' ususnya. Alhamdulillah,kesihatannya semakin baik sekarang. Terkenang setahun yang lepas, dimana kami sekeluarga ber'kampung' diluar bilik bedah Hospital Putrajaya, perasaan 'tersentuh' itu datang kembali.Pengalaman yg banyak mengajar kami sekeluarga. Diharapkan cerita sakit dan sedih itu tak berulang lagi atas kak long hendaknya, Insyallah. Mengenang 10Zulhijah, rasanya ada 3 lagi hajat yang belum tercapai. Hajat melihat Mak dan Abah menerima jemputan sebagai tetamu Allah adlah paling utama. Bagi diri sendiri, hajat dan niat untuk melakukan ibadah haji dan korban itu memang ada, hanya waktu yang menentukannya dibantu dengan rezeki dari Allah dan usaha diri sendiri. Da...

Menghidupkan kembali YL

Salam semua. Untuk julung kali dalam tahun 2010, blog YL disentuh. Banyak perkara berubah, banyak hal terjadi untuk diri sendiri dan orang disekililing ; pindah habitat, mendalami hoby, lebih banyak berfikir untuk masa depan. Bertambah setahun bermakna diri perlu lebih matang, hidup perlu lebih baik dari tahun yang ditinggalkan. Objektif tahun 2009 belum semuanya dapat dicapai, mungkin perlu ditimbangkan semula, mungkin perlu difikir kembali methodnya. Usaha perlu lebih, pertimbangan perlu lebih bijak, diri perlu lebih dekat dengan tuhan, insyallah jalan akan dipermudahkan. Ameen. Selamat kembali YL…

Qurban

Kalau ada award "blogger paling tak aktif", rasanya aku boleh menang untuk bulan November ni... hampir seluruh November aku tak menaip sesuatu di YL.. terlalu sibuk?tak ada masa?...aku pun tak tau apa alasan yang boleh digunapakai.... yang penting memang tak ada kesempatan nak luangkan masa untuk YL...bukan dah hilang minat untuk jadi 'blogger', sebenarnya banyak yang nak dikongsi, tapi entah lah.. sejak berganjak umur di awal bulan, 2-3 minggu kebelakangannya memang sangat kesuntukan masa rasanya.. selain hal kerja, banyak yang lebih penting yang perlu dikejarkan... hampir tiap hari perlu ke Putrajaya menjenguk KakLong..sekurang2 jenguk aku boleh mengurangkan sakit & sepi dia, selain menunai amanah mak abah.. selepas lebih sepuluh jam operate, doa aku agar semua kesulitan ni dapat lepas dengan tenang.. Adik pun berjuang dengan SPM-nya...harapnya semuanya sukses..."kalau ada usaha & kesungguhan, insyallah, semuanya Allah mudahkan..." Aidiladha kali i...

yello!!....

yello!!...i'm back.... meng'update' blog bukanlah suatu kemestian, tapi kadang2 perkara sampingan tu akan terasa 'hilang' kalau lama ditinggalkan... sejak blk semula ke kl, kesempatan meng'update' YL makin kurang, kelapangan utk 'post' baru makin sempit... kenormalan yg dh ditinggalkan 5 bulan lalu diaktifkan semula... menjadi 'densha-otoko'....kejar tren, sesak2,rebut2,ribut2...tp jeling gadis2 ayu, amoi2 chantek & awek2 hot jgn lupa....hehe..itulah yang bestnya naik public transport...! kdg2 rasa rindu juga pada kebiasaan di Penang, tp rutin hidup skrng ni lebih menarik rasanya.... ok2, rasanya YL takkan ditinggalkan lebih lama lagi lepas ni... so, see ya!!

Weekend Trip 2 – Heritage Trail - Bukit Bendera

Trip ke-2 hujung minggu lebih adventure. Panjat Bukit Bendera, tapi bukan panjat dengan Keretapi Bukit, panjat dengan kaki,’ hiking’. Sebenarnya, plan ini hampir2 tak menjadi sebab hujan pagi tu. Alhamdulillah, lepas je breakfast ‘the best roti canai in town’ di Transfer Road, hujan pun berhenti. Our journey started from ‘Moongate’ nearby Botanical Garden or Kebun Bunga around 830 AM. Trek curam yang licin sgt berbahaya so, slow & steady. “Safety first’. Perjalanan keatas merentasi 3 hutan simpan – Hutan Simpan Highland, Hutan Simpan Bukit Kerajaan, dan Hutan Simpan Penang Hill dengan jarak lebih kurang 4~5km. 1st pit stop ialah ‘Moongate 5’ selepas 30minit berjalan. Selepas rilek, dan jantung kembali normal, sambung semula perjalanan. Selepas lebih kurang hampir 1 jam, satu lagi pit stop. Kali ini, ‘stop 84’. Dari stop 84, masuk ke ‘Maniot Road’ denai berkuda satu masa dahulu. Sambung lagi jalan, sampailah ke ‘Viaduct Road East’ dimana bertemu dengan laluan keretapi bukit. Kemudi...

Weekend Trip 1:Gateway to “peace & tranquility” -Pulau Aman

Hujung minggu kali ni dipenuhi dengan byk program yang best, explore tempat baru, makanan baru dan memandangkan masih dalam mood raya, rumah terbuka. Mula Sabtu tengahari, agenda pertama dalam program, Pulau Aman. Dari Georgetown, bergerak ke Jetty Batu Musang di Batu Kawan. Bot ke Pulau Aman, mengambil masa kurang lebih 10 minit (tambang RM6 pergi balik). Tiba disana dalam lingkungan jam 3, perut dah lapar, perkara pertama yang dicari, Mee Udang!! Memang syok, makan mee dengan udang yang fresh, dan yang paling best, harga pun tak mahal, RM5 dengan 4 ekor udang, ok le kan? … Perut dah terisi, energy dah ter’cas’ semula, masa untuk jalan2. Pulau Aman atau ‘Island of Peace’, memang aman. Tak ada motor atau kereta, yang ada cume motorbot, so sebab tu le dia aman. Bukanlah sebuah kampong nelayan yang padat, mungkin dalam 200~300 penghuni sahaja, kebanyakkan nya orang tua dan kanak-kanak ‘riang’. Tak banyak tempat nak diexplore, dan salah satu yang dikira ‘famous attraction’ disini ialah te...

syawal 1430

hari ini 6 Syawal, dan rasenye masih belum terlewat untuk mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI" untuk semua... hari ini dah mula bekerja semula, dan mungkin korang rasa pelik kenapa aku start kerja hari Jumaat...sebabnye nak mengelak kereta2 yang banyak hari Sabtu & Ahad mendatang ni...perjalanan dari Johor ke Penang, mungkin boleh ambik masa lebih 15 jam...memang rugi.. Anyway, raya tahun ni lebih best dari tahun2 lepas, sebab dapat cuti lebih panjang, dapat bagi duit raya lebih sikit, dan yang paling penting, dapat berhari-raya dengan adik-beradik yang lengkap selepas 3 tahun... "semoga ketakwaan & keimanan bulan Ramadhan diteruskan dengan keinsafan & kesederhanaan dalam menyambut Syawal"... dengan ingatan tulus ikhlas, maaf zahir batin.....

365

17 Sept '08 ~ 16 Sept '09....365 hari.... selama itulah aku berada dalam kompeni ni... waktu bergerak pantas, tapi waktu yang berlalu itu perlu diisi dan dimanfaati... objektif mesti ada, target mesti jelas... untuk 365 hari seterusnya, apa akan terjadi?

9-9-9

Untuk memperingati yang diri ini masih wujud pada 9/9/9, Flickr utk koleksi foto adalah sebagai tandanya. Kalau rase nak tengok atau nak kutuk, bolehlah meloncat ke http://www.flickr.com/photos/yellowlentil/ Seterusnya, menunggu apa yang akan terjadi pada 10/10/10 nanti…Harapnya masih lagi bernafas...

Ramadhan....datang lagi

esok 1 Ramadan... untuk 3o hari seterusnya, tiada lagi rutin sarapan pagi selepas mandi, tiada lagi hidangan tengahari, tiada lagi minum petang..., rutin perlu diubah kerana kemuliaan Ramadan itulah yang perlu direbut, dan dimanfaati.... Selamat Berpuasa dan Beribadah...Moga Ramadan kali ini adalah yang terbaik untuk kita.. Wassalam...

Farewell

Akhirnya, harini projek Flareboom kitorang bergerak keluar. Hurray!! Walaupun projek ni tak le se’mega’ mana, tapi aku rasa puas sebab involved dari tendering stage sampai sail-away. Banyak experience baru yang rasai, walaupun kena maki & marah dengan bos berkali2, tapi it’s learning curve kan. Lepas ni, FB ni akan duduk kat tengah Laut Cina Selatan tak tahu berapa sampai bila, mungkin sampai minyak kat situ habis. This weekend, akan balik semula ke KL. Menyambung semula kehidupan normal yang sudah hilang kenormalannya 3 bulan yang lepas. No more naik ferry pagi2, berpanas kat site, berkejar sana-sini, kondo Bayswater yang best…. Farewell Bayswater, farewell Jerejak, farewell Penang….see u again next project…

Midnight at 'the Alcatraz of Malaysia'....

'Alcatraz of Malaysia'???kat mana tu? Pulau Jerejak..Penang... Malam minggu yang lepas ni aku habiskan masa tengah malam aku di Alcatraz of Malaysia... kenapa? sebab yard projek aku kat sini...ofis aku kat sini...so kira aku kena kerja la tengah malam tu...sedih..sebab load-out kene buat tgh malam..apa punya sangap le load-out team ni... sebelum ni paling awal aku ke yard around 5a.m. le...tapi kali ni, stayback dari 10p.m sampai lebih kurang 2a.m...rare experience... kenapa Jerejak dapat nama 'Alcatraz of Malaysia'? tu korang kene cari sendiri le jawapannya....kat internet kat ada .....

Pening @ Penang

aduss.. pening2.... baru seminggu aku stay kat Penang, kereta aku dh kene kopak...cipan sungguh... nasib baik aku sedar kunci boot kene kopak mlm tu, kalau tak, bye2 le 335 aku... fuh...mungkin masih rezeki aku lagi... aku tau le kereta aku tu macho & berkilat...tu yg diorang target tu..huhu... nasib baik masih sempat aku sembunyikkan kat Seberang..haha.. so rasenye, terpaksa le kete aku tu blk Shah Alam dulu...buat ape yang patut... sementara nk dpt basement parking kat apartment ni... sedihnya..xdpt le aku discover Penang sesuka hati...dan yang paling sedih, kene kuar 2-3 ratus nak repair kunci kete..aduyyai....