Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Geely

Perlukah kita optimistik dengan PROTON?

Sejak DRB-Hicom dan GEELY berkongsi PROTON, banyak pandangan berbeza tentang halatuju dan keaslian PROTON sebagai jenama Malaysia. Penulis merasakan ada beberapa sebab kita perlu optimis dengan masa depan PROTON. PROTON sudah melalui era paling teruk dalam sejarah penubuhannya, dan tak mampu lagi untuk jatuh lebih teruk melainkan jika Malaysia merasakan sudah sampai masanya PROTON perlu dikuburkan. Inisiatif DRB mencari rakan kongsi juga patut dihargai, memandangkan agak mustahil untuk kekal relevan dengan kekangan modal, teknologi & kepakaran dan pasaran yang terhad. PROTON kini dibarisi pasukan pengurusan yang dipilih oleh DRB dan GEELY. Pertama kali mempunyai ‘orang luar’ sebagai CEO, Dr. Li Chunrong dilihat memiliki komptensi dan  berpengalaman luas bagi membantu PROTON dan dalam masa yang sama menjaga kepentingan pelaburan GEELY dalam PROTO, 2-dalam-1. Gabungan pengurusan terbaharu diyakini boleh membuat keputusan yang betul bagi PROTON. Melihat hasil pelaburan ...

Pelan pemulihan Proton akhir 2018?

Menurut DRB-HICOM, pemulihan bisnes Proton bersama Geely hanya akan siap akhir 2018. Mengambil kira pembelihan syer oleh Geely telah berlaku pada Jun tahun ini, maksudnya lebih 1 tahun setengah diperlukan bagi meletakkan semua plan ditempatnya. Industri mengatakan ia adalah tempoh biasa yang akan diambil oleh pemain industri. Dirasakan DRB-HICOM wajar meletakkan plan jangka pendek untuk Proton sementara menunggu semua plan direalisasikan bersama Geely. Jangan terlepas pandang asas bisnes Proton iaitu menghasilkan dan menjual kereta. Tanpa jualan, kewujudan Proton adalah tidak relevan. Secara jujurnya, Prestasi Proton pra-DRB adalah lebih baik. Sejak dibawah payung DRB, Proton sekadar biasa-biasa sahaja, tanpa visi khusus untuk menjadi pesaing otomotif lebih besar. Kebanggaan jenama dan rekod jualan makin merosot ditelan pasaran yang semakin agresif. Membandingkan rekod jualan 2015 dan 2016, Proton penurunan jualan hampir 30% (hampir 30,000 unit). Statistik jualan separuh tahun ...