Langkau ke kandungan utama

Pelan pemulihan Proton akhir 2018?

Menurut DRB-HICOM, pemulihan bisnes Proton bersama Geely hanya akan siap akhir 2018. Mengambil kira pembelihan syer oleh Geely telah berlaku pada Jun tahun ini, maksudnya lebih 1 tahun setengah diperlukan bagi meletakkan semua plan ditempatnya. Industri mengatakan ia adalah tempoh biasa yang akan diambil oleh pemain industri.
Dirasakan DRB-HICOM wajar meletakkan plan jangka pendek untuk Proton sementara menunggu semua plan direalisasikan bersama Geely. Jangan terlepas pandang asas bisnes Proton iaitu menghasilkan dan menjual kereta. Tanpa jualan, kewujudan Proton adalah tidak relevan. Secara jujurnya, Prestasi Proton pra-DRB adalah lebih baik. Sejak dibawah payung DRB, Proton sekadar biasa-biasa sahaja, tanpa visi khusus untuk menjadi pesaing otomotif lebih besar. Kebanggaan jenama dan rekod jualan makin merosot ditelan pasaran yang semakin agresif.

Membandingkan rekod jualan 2015 dan 2016, Proton penurunan jualan hampir 30% (hampir 30,000 unit). Statistik jualan separuh tahun pertama 2017 (H1 2017), ada sedikit peningkatan jika dibanding separuh tahun pertama 2016 (H1 2016), sebanyak 3,636 unit (10.26%). Mungkin faktor model-model baru yang dilancar dalam 2016 mula mencipta momentum, ditambah dengan mood pembeli yang gemar melihat respon pasaran. Namun, jika dilihat momentum yang dibina mungkin akan kembali perlahan bila mana kebanyakkan perayaan besar Malaysia dah selesai dalam H1 2017. Boleh dijangka kan, rekod jualan Proton untuk tahun 2017 mungkin hampir sama dengan 2016 iaitu sekitar 70 ribu unit sahaja. Jualan 2018 mungkin lebih parah jika Proton ambil  pendekatan, tunggu dan lihat, dan tunggu Geely apa nak buat.

Bagaimana Proton boleh kekal dan tingkatkan momentum jualan sementara menunggu pelan peralihan disiapkan, termasuk SUV Boyue yang dicanang akan mula dipasarkan akhir 2018 atau awal 2019? Di sini Proton perlukan perancangan jangka pendek yang efektif tanpa memerlukan pelaburan yang terlalu mahal. Jika penulis penasihat Proton, ini perkara yang penulis akan pertimbangkan ;
1.       Sebarang aktiviti promosi akhir tahun akan bermula seawall bulan September, berakhir pada Februari tahan depan. Cawangan Proton Edar patut lebih agresif buat roadshow untuk beri lebih ‘awareness’ pada orang ramai mengenai model dan tawaran. Jengah lah pada kilang-kilang besar, pejabat kerajaan dan shooping mall untuk lebih rapat dengan bakal pembeli.
2.       Sedarkan orang ramai dengan model facelift terbaharu Proton – walaupun Iriz dan Exora telah diperhalusi, masih kurang kelihatan di jalan dan kurang diketahui (tiada iklan dan promosi).
3.       Lancarkan model facelift halus Preve dan Suprima secepat mungkin kerana pasaran segmen-C masih lagi punya permintaan. Tingkatkan kualiti, kekalkan harga dan promosi yang agresif sangat perlu.
4.       Tanpa perlu menunggu peralihan kuasa siap 100 peratus, Proton patut boleh mulakan plan exsport ke nagara Asean, dengan produk sedia ada. Saga, Persona, Iriz (Segment A, B) antara model yang boleh dipasar di negara Asean – Thailand, Indonesia, dan mungkin pasaran panduan kiri – Filipina dan Vietnam.

Secara peribadi, penulis rasa ramai orang Malaysia tidak ambil pusing bila Proton akan mula di’Geely’ kan, tapi demi kelangsungan jenama, Proton wajib berbuat sesuatu. Pilihan sudah semakin banyak dipasaran, terpulang pada Proton untuk terus bersaing, atau hanya duduk menunggu nasihat kawan baru dari tanah besar China.  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...