Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ford

apakah GHIA?

Di Malaysia, pada kebanyakkan model lama FORD ada terdapat logo kecil GHIA. Apa itu GHIA? GHIA atau nama panjangnya Carrozzeria Ghia SpA  (Syarikat Pembuat Badan Kereta Ghia) adalah rumah rekebentuk dan pembuat badan kereta terkenal di Itali. Ditubuhkan pada 1921 oleh Giacinto Ghia dan Gariglio sebagai Carrozeria Ghia & Gariglio. Pada permulaan (1920-an) GHIA terkenal dengan pembuatan badan kereta aluminum yang ringan. Era 50-an dan 60-an menyaksikan GHIA sebagai nama paling berpengaruh dengan gaya Itali yang mempengaruhi trend rekaan global. GHIA menerima banyak tempahan dari pembuat kereta, antara yang terkenal Ford-Lincoln Futura Konsep, VW Karmann GHIA, VOLVO P1800. VOLVO P1800 Volkswagen Karmann GHIA 1970 sebahagian saham GHIA dijual pada FORD. Mulai 1973 nama GHIA menjadi jenama varian tertinggi model arus perdana FORD. Trend in bermula di Eropah kemudian diikuti di AS. Antara rekebentuk model yang menerima sentuhan GHIA ialah, Capri GHIA (1974) dan Esc...

5 fakta menarik jenama FORD

1. Henry FORD, mendapat idea untuk konsep barisan pemasangan (assembly line) daripada rumah sembelihan khinzir. Idea FORD ini digunapakai hampir keseluruhan pembuat kereta hingga kini. 2 2. FORD  adalah syarikat ‘hijau’ pertama di dunia. Sebelum tahun 1939, kilang-kilang FORD dikuasakan dari pembakaran najis manusia dan binatang. 3.  Karekter kartun popular, Peanuts diperkenalkan dikaca TV melalui iklan kenderaan FORD. 4.  Henry FORD adalah orang yang memperkenal bidalan inggris ‘an arm and a leg’ bilamana menggambarkan kepentingan duit. “Money is like an arm and a leg – use it or lose it”. 5. Model keluaran pertama FORD, Model A dijual pada harga USD850, mempunyai enjin 2 silinder, dengan kelajuan maksimum 30M/H (48KM/H). Model A tidak mencapai jualan yang bagus, sehinggalah model ikonik Model T diperkenalkan. Model T dinobat sebagai kereta paling berpengaruh abad-21 disebabkan ia menawarkan pemilikan kenderaan pada harga mampu milik bagi golongan kela...