Kei-Kar, Kei-Car, K-Car (dalam bahasa Jepun “kei jidosha” = kenderaan ringan) adalah inovasi selepas era perang bagi membolehkan masyarakat Jepun memiliki kenderaan mampu milik dan lebih penting lagi, memacu permulaan negara Jepun membina industri automotif mereka. Bermula sejak 1949, K-Kar adalah jauh lebih kecil dari apa yang kita lihat sekarang dengan dimensi diterhadkan pada Panjang :2800mm, Lebar : 1000mm, Tinggi : 2000mm), dengan kapisiti enjin terhad pada 150cc (enjin 4-lejang) dan 100cc (enjin 2-lejang). Mungkin pada permulaannya, K-Kar cumalah lebih besar sedikit dari motosikal. Ada 3 jenis asas dibawah kategori K-Kar ini iaitu kereta penumpang, van dan trak. Kei-Car mudah untuk dikenali kerana ia mengguna plet bewarna kuning. Perturan ini kemudian ditambah baik bagi menggalakkan lebih banyak pengeluar menghasilkan K-Kar. Dimensi dan kapasiti telah ditingkatkan seiring dengan keperluan penggunaan, dan ciri keselamatan. Peraturan untuk K-Kar sekarang ini bermula p...