Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2023

BERSATU: Sarang lacur politik Malaysia?

  Definisi Lacur dari kamus DBP ialah tidak jadi, malang atau sial. Terjemahan paling hampir dalam Bahasa Inggeris ialah ‘meretricious’ yang membawa definisi kelihatan menarik tetapi tiada nilai sebenar. BERSATU atau kadangkala juga disebut PPBM, terbit setelah Mahiaddin Yassin (TSMY) dan Mukhriz Mahathir dipecat dari UMNO kerana tidak selari dengan pendirian kabilah UMNO iaitu mempertahankan Najib Razak (Bossku) ketika kerahsiaan kes 1MDB baru terselak. TSMY kehilangan jawatan TPM, manakala Mukhriz jatuh dari kerusi MB Kedah. Lalu, TSMY berpakat dengan Tun M (Atok) dan seterusnya adalah seperti sejarah politik Malaysia yang kita semua tahu. Matlamat utama BERSATU ialah menyadur UMNO dan menjadi ‘default choice’ politik orang Melayu. Walaupun tidak dinyatakan secara umum, kita boleh faham bahawa prinsip utama tertubuhnya BERSATU ialah (1) membalas dendam pada Bossku dan (2) memadamkan UMNO dari arena politik Melayu. Jarak umur UMNO dan BERSATU ialah 70 tahun. Jika dilihat dari