Langkau ke kandungan utama

BERSATU: Sarang lacur politik Malaysia?

 



Definisi Lacur dari kamus DBP ialah tidak jadi, malang atau sial.

Terjemahan paling hampir dalam Bahasa Inggeris ialah ‘meretricious’ yang membawa definisi kelihatan menarik tetapi tiada nilai sebenar.

BERSATU atau kadangkala juga disebut PPBM, terbit setelah Mahiaddin Yassin (TSMY) dan Mukhriz Mahathir dipecat dari UMNO kerana tidak selari dengan pendirian kabilah UMNO iaitu mempertahankan Najib Razak (Bossku) ketika kerahsiaan kes 1MDB baru terselak. TSMY kehilangan jawatan TPM, manakala Mukhriz jatuh dari kerusi MB Kedah. Lalu, TSMY berpakat dengan Tun M (Atok) dan seterusnya adalah seperti sejarah politik Malaysia yang kita semua tahu.

Matlamat utama BERSATU ialah menyadur UMNO dan menjadi ‘default choice’ politik orang Melayu. Walaupun tidak dinyatakan secara umum, kita boleh faham bahawa prinsip utama tertubuhnya BERSATU ialah (1) membalas dendam pada Bossku dan (2) memadamkan UMNO dari arena politik Melayu.

Jarak umur UMNO dan BERSATU ialah 70 tahun. Jika dilihat dari konteks umur ahli politik, UMNO ialah Tun M (lahir 1925), manakala Syed Saddiq (lahir 1992) ialah BERSATU. Mengambil logik mudah adalah susah untuk BERSATU menggantikan UMNO dari minda politik majoriti Melayu dalam masa singkat. BERSATU memerlukan trek pantas, dan disinilah drama persundalan bermula.

Apa saja yang tidak dilakukan BERSATU? Bergabung dengan seteru lama (Tun M vs Anwar), bertanding dibawah bendera parti lain (symbol PKR), mengkhianati kawan (Langkah Sheraton), dan bergabung dengan seteru (UMNO) demi kuasa. Tidak cukup itu, BERSATU menghasut PAS mencabul perjanjian (baca: Muafakat Nasional) dan membentuk Perikatan Nasional (PN) dengan tujuan memasuki PRU-15 dengan lebih Bersih dan Stabil PN-BEST). Hakikatnya, BERSATU menunggang sentiment islam dan kabilah melalui PAS untuk meluaskan kuasa. BERSATU juga secara terbuka menolak cadangan Raja-Raja Melayu untuk berkongsi kuasa dengan PH membentuk kerajaan pasca PRU-15.

Jika melihat corak kesundalan BERSATU, PAS menunggu saat sesuai menjadi mangsa seterusnya. BERSATU bukan sahaja menunggang sentiment agama, malah menunggang kesetiaaan (serta kejahilan) kebanyakkan walaun. Keengganan PAS melantik BERSATU dalam line-up EXCO Kedah, pertelingkahan lantikan EXCO Perlis jelas adalah contoh pengaruh BERSATU hanya sekadar pelengkap korum sahaja. Disebalik lompatan empat ahli Parlimen BERSATU, TSMY baru2 ini mengatakan BERSATU adalah penyebab PAS kembali segar dalam peta politik Malaysia kerana sebelumnya PAS sudah tepu. Tidak difahami maksud tepu yang cuba disampaikan TSMY, mungkinkah BERSATU memberikan idea jahat kepada PAS agar tidak lagi tepu?

Jika ditakdirkan umur kita panjang, mari kita sama-sama lihat langkah BERSATU seterusnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...