Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

Mencari 'Nur'

“dengan nama Allah, zat yang maha genius, menjadikan manusia jadi makhluk yang genius” Monyet tak perlu kerja untuk makan, tapi manusia susah nak dapat makanan kalau tak kerja. Sepertimana kebiasaan, sebelum monyet-monyet hutan dibelakang opis celik mata, manusia yang bergelar pekerja ini dah melangkah ke tapak kerja.Kerja,itulah antara beza manusia dengan makhluk tuhan yang lain. Satu lagi perkara yangnyata membezakan manusia ialah iman. Iman kepada Allah. Hari Jumaat lazimnya dikaitkan dengan rahmat dan berkat. Rahmat tuhan datang dengan pelbagai perkara dan cara ada yang kita boleh nampak, ada yang tidak. Pagi Jumaat ini, salah satu dari caranya terlihat. Berbual ringkas dengan seorang insan yang aku sapa sebagai ‘Nan’. Ramadan ini member ‘Nur’ kepada Nan. Alhamdulillah, dunia baru Nan sebagai Muslim bermula dibulan Ramadan ini. Nan secara ikhlasnya setuju, hidupnya byk berubah sejak 2 bulan terakhir ini. Ketenangan hati, kebahagiaan hidup datang tanpa dipaksa, rezeki datang menamb