Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Spinning Rock

8.9 + radiasi

Jepun bergegar. Tokyo tenggelam. Dah tertulis takdir tuhan, sebahagian Jepun akan digegar dan ditengelamkan. Gempa bawah laut berskala 8.9 jadi puncanya, ombak setinggi 10meter jadi pemusnahnya. Tak dapat dibayang hiruk pikuk, panik takut keadaan masa itu. Tarikh yang sama, tahun lalu semua ahli keluarga terdekat ada di sana. Walaupun jarak Kagoshima dan Sendai tu ratusan batu, tapi hati siapa yang tak kecut bila mendengar berita buruk sebegitu. Tapi alhamdullilah, semua tu hanya berlaku tahun ini bukan tahun-tahun sebelumnya. Tak cukup dengan bencana tsunami yang menenggelamkan bandar, mengheret kapal besar ke daratan, meruntuhkan bangunan dan melenyapkan ribuan orang, ancaman radiasi menambah kesulitan sedia ada. Sesungguhnya, peristiwa tsunami Jepun 2011 ini perlu diambil hikmah bersama untuk kita yang berfikir. Bagaimana negara canggih dan super-moden seperti Jepun tidak terkecuali dari bencana alam, Cuma bezanya impak kemusnahan dapat diminimakan, dan banyak nyawa dapat diselamatk...

Mesir baru telah bermula

Mesir kembali tenang... Mesir masyhur dengan tamadun dan sungainya. Raja Zalim yang disebut didalam Al-Quran berasal dari Mesir. Sungai terpanjang didunia berakhir di Mesir. Binaan ajaib dunia, Piramid juga terletak di Mesir. Allah menyebut didalam Al-Quran, dengan maksudnya "Dan kami tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka yang mengubah nasib mereka sendiri..." Rakyat Mesir mahu berubah, mereka rasa perlu untuk mereka berubah, dan gerakkan untuk melakukan perubahan itu perlu bermula dari mereka sendiri. Ada sebab untuk berubah, dan semestinya perubahan itu adalah ke arah yang lebih baik. Manusia bernama Hosni Mubarak perlu dijatuhkan bagi membawa perubahan untuk diri, masyarakat dan tamadun mereka. Yang pastinya, demokrasi bukan lagi boleh mengubah nasib mereka. Cara lain perlu dilakukan... Hasilnya,Hosni lari entah kemana, dan insyallah Mesir baru akan bermula dengan lebih baik. Rakyat yang semalamnya berdemonstarsi dijalanan, hari ini akan menjadi generasi...

Remembering Micheal

Entah berapa lama aku tak menulis sesuatu di YL ini. Entah 2 minggu entah lebih. Entah kenapa…Tiada perkara menarik untuk dititipkan? Bukan. Terlalu sibuk dengan kerja? Mungkin… Blog terakhir sebelum ini ialah pada 24 June. Tapi sepanjang masa itu sehingga sekarang, banyak proses yang berlaku, banyak perkara yang terjadi. Paling utama pada 25 June, bilamana dunia dikejuti dengan kematian Superstar Micheal Jackson. Aku bersedih dengan kematiannya? Tak perlu..Aku terasa kehilangannya? Mungkin juga.. Aku bukanlah fanatik pada MJ ataupun pengumpul memorabiliany..namun aku rasa dunia telah kehilangan sesuatu yang istimewa dalam MJ. Lupakan dulu pada kontroversinya atau evolusi hitam-putihnya..aku rasa MJ lebih dikenang kerana versatalitinya. Penyanyi, composer, dancer, kareografer, pelakon, businessman, pencetus kontroversi – itulah MJ. Komitmennya perlu dicontohi. Aku baca dari satu column tulisan dari TIME, menyatakan Jacko sangat komited dalam sesuatu. Sbg contoh, dalam satu konsert meng...

me & Mr. President

pagi tadi bangkit lambat dari tilam, sekarang terasa sangat mengantuk di meja kerja....untuk meringankan beban mata yang mahukan rehat, aku pun mencari idea satu topik untuk diulas.. puncanya tidur lewat kerana menyaksikan majlis Amerika menerima Presidennya yg ke 44.. Mr. B.H. Obama...aku tak bersedia untuk terlepas peristiwa bersejarah seperti ini... betul, seperti mereka yg lain, aku bukan rakyat Amerika, kita semua tidak terkesan secara langsung atas apa yg berlaku di Amerika...Tapi kita boleh lihat kesannya setahun dari sekarang.... Bila mendengar ucapan pertamanya sbg Presiden malam tadi, kita akan sedar mengapa rakyat Amerika memilihnya sebagai Presiden mereka. Dia meletakkannya dirinya sbg sebahagian dari rakyat yang ingin bersama-sama mengubah negara mereka. Mempelajari sesuatu dari sejarah, menganalisis situasi semasa, dan meletakkan harapan untuk masa depan..itulah kekuatan Obama. menjadi Presiden Amerika Syarikat disimbolkan sebagai menjadi org paling berkuasa didunia...ak...

Gaza & Umat Islam

1. tersentuh hati ketika mendengar khutbah jumaat hari ini. Mimbar Masjid Jame' K.L hari ini berkhutbah mengenai "Palastine & Israel Laknatullah". 2. terfikir mengenai kebenaran hujah dari mimbar...dimana kuasa2 dunia yang sebelum ini begitu lantang mempersoalkan "HAK ASASI MANUSIA & DEMOKRASI"!?....Bukankah ketika ini hak2 penduduk Palestin untuk hidup dgn aman dicabul? Rakyat mereka telah memilih HAMAS sbg pemimpin mereka, apa hak ISRAEL LAKNATULLAH untuk mengambil hak & kebebasan mereka? 3. Begitu juga dengan negara2 jiran mereka yang kaya raya dengan hasil minyak dari TUHAN. Perlukah mengambil masa yang lama untuk membantu saudara seislam di Palestin? Nampaknya mereka lebih mementingkan duit Amerika daripada UKHWAH ISLAMIYAH itu sendiri.... 4. Mimbar menyatakan lagi, apa peranan kita sebagai saudara seislam dan hamba ALLAH dalam membantu saudara kita disana?Benar, kita tiada kuasa seperti Obama, Gordon Brown atau Bush, tapi jika seluruh umat isla...