Langkau ke kandungan utama

8.9 + radiasi



Jepun bergegar. Tokyo tenggelam.
Dah tertulis takdir tuhan, sebahagian Jepun akan digegar dan ditengelamkan.
Gempa bawah laut berskala 8.9 jadi puncanya, ombak setinggi 10meter jadi pemusnahnya.
Tak dapat dibayang hiruk pikuk, panik takut keadaan masa itu.

Tarikh yang sama, tahun lalu semua ahli keluarga terdekat ada di sana.
Walaupun jarak Kagoshima dan Sendai tu ratusan batu, tapi hati siapa yang tak kecut bila mendengar berita buruk sebegitu. Tapi alhamdullilah, semua tu hanya berlaku tahun ini bukan tahun-tahun sebelumnya.

Tak cukup dengan bencana tsunami yang menenggelamkan bandar, mengheret kapal besar ke daratan, meruntuhkan bangunan dan melenyapkan ribuan orang, ancaman radiasi menambah kesulitan sedia ada.

Sesungguhnya, peristiwa tsunami Jepun 2011 ini perlu diambil hikmah bersama untuk kita yang berfikir. Bagaimana negara canggih dan super-moden seperti Jepun tidak terkecuali dari bencana alam, Cuma bezanya impak kemusnahan dapat diminimakan, dan banyak nyawa dapat diselamatkan.
Bagi manusia2 tertentu, terutama orang yagn merasakan dirinya ‘berkuasa’ patut cepat sedar sebelum terlambat. Banyak peristiwa perlu dijadikan pedoman, peristiwa di Mesir, Libya, dan terkini Jepun jelas menunjukkan walau bagaimana besar sekalipun kita rasa kuasa yang kita ada, jangan lupa semua itu datang dari Allah. Kuasa dan empayar yang dibina bertahun mampu lenyap sekelip mata. Baca, lihat dan ambil iktibar. Fikirlah.

y/l : harap2 pemimpin dan pemerintah kat Malaysia ni ambil iktibar apa yg berlaku pada Hosni dan Gaddafi di Mesir & Libya, juga bencana di Jepun. Selalu beringat, kuasa mereka hanya pinjaman dan amanah dari tuhan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...