Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BolehLand

PRU-14 : Ramalan awal keputusan (sebelum hari penamaan calon)

Menjelang hari penamaan calon esok (28-Apr-2018), penulis menjangkakan keputusan pelik akan berlaku dalam PRU-14; 1. Barisan Nasional (BN) akan kekal menerajui kerajaan dengan majoriti tipis kerusi parlimen, tetapi undi popular merosot jauh, kurang dari 40%. 2. PAS akan mengalami kekalahan teruk sejak tahun 1999. Buat pertama kali hilang Kelantan. 3. BN akan dapat Kelantan, tetapi terlepas Johor. 4. Pakatan Harapan mungkin memenangi 3 kerajaan ; Selangor, Penang dan Kedah. 5. Barisan Nasional memenangi ; Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka dan Sarawak. 6. Warisan akan membantu PH di Sabah, memenangi keputusan luar biasa. 7. 4 negeri akan menghasilkan keputusan sengit ; Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Sabah. 8. PH akan memenangi lebih 100 kerusi Parlimen. 9. Najib akan didesak meninggalkan BN selepas keputusan teruk. 10. Akan berlaku krisis besar penolakkan rakyat jika BN masih kekal sebagai parti memerintah dengan undi populariti yang kecil.

Tengok kereta : Proton Suprima S

1.  Menerima 5-bintang ANCAP dan MYCAP dan dikatakan sebagai kereta paling berkualiti setakat ini daripada Proton. 2.  70 minggu (18 bulan atau 1 ½ tahun) untuk Proton memotong Preve sedan menjadi  Suprima S hatchback, menukar skim warna dashboard dan fabrik kerusi kepada kulit dan menampal logo TURBO dan ‘Handling by Lotus’ pada Suprima S. 3.  Biarpun dengan rekebentuk, enjin dan saiz yang hampir sama dengan Preve, Suprima S dinamakan Suprima S tanpa sebab yang logik dari Proton. 4.  Penggunaan minyak Suprima S ialah 9.1liter / 100km. Untuk perbandingan, penggunaan minyak untuk Honda Accord 2.0L (model 2013) ialah 7.7liter/100km manakala untuk Toyota Vios (model 2013) ialah 6.3liter /100km. 5. ' Rear diffuser’ Suprima S hanyalah kosmetik semata, tidak memberi kesan aerodinamik dan hanya memburukkan lagi penampilan. Cuba lagi Proton!    

Bestnya PATI di Malaysia..!

1. B oleh keluar masuk dan seludup barang ke Malaysia dengan mudah. 2.  Bebas untuk bekerja di mana-mana, tidak terkecuali sektor keselamatan. 3. H idup tenang. Boleh berniaga,jadi tokey, beli rumah, tanah, dan kereta. 4.    Boleh dapat MyKad, buka akaun bank, dapat gaji bulanan, layak mengundi dan terima BR1M, dan yang terkini dapat lesen senjata api dari KDN. 5.  M embunuh dan berperang. Kemudian keluar semula dengan selamat.  This is Bolehland. .

12 Januari 2013 : We are the BOSS!!

Salam, Jangan lupa 12 Januari 2013, kita berkumpul di KL! 1 Juta! Kita tunjuk pada Najib, pada Rosmah, pada SPR pada BN - kita tak kan di tipu! Jom KL 1 Juta!!!

Dungu : Habis Rm1.8juta untuk akaun Facebook?

-Kerajaan 1Malaysia memang mewah, boleh belanja berbillion ringgit untuk subsidi untuk rakyat, tapi selalu sangat mengungkkit,mengugut, macam tak ikhlas nampaknya -Kerajaan Malaysia juga memang kaya-raya bila boleh belanjakan rm1.8juta hanya untuk akaun Facebook Kementerian Pelancongan, CUTI-CUTI 1MALAYSIA -Ketika semua orang boleh ada akaun facebook tanpa keluarkan 1sen pun,dan sesetangah individu boleh jadi kaya raya kerana Facebook kenapa kerajaan 1Malaysia terpaksa belanja rm1.8juta? -Aku rasa Ng yen Yen kene jawab masalah ni, kalau tak bole jawab juga, kena mintak tolong Muhyiddin atau Najib bagi alasan atau jawapan dungu -Kalau akaun Facebook pun menelan belanja 1.8juta, berapa pula agaknya kerajaan Malaysia berhabis untuk laman web agensi kerajaan -Tertanya-tanya juga berapa banyak yang Najib belanjakan untuk akaun Facebook Najib 1Malaysia nya...

Pelajar + PC = Apa hasilnya?

-Besungguh betul Kerajaan 1Malaysia Najib nak melengkapkan murid sekolah dengan kemudahan laptop/notebook, hasilnya skim komputer 1Malaysia -Tak begitu pasti dengan kriteria pemilihannya, merit pencapaian atau kemampuan keluarga -Tapi, keyakinan pemilihan dari kerajaan 1Malaysia memang diragui sejak dulu lagi, sejak zaman berzaman (dulu, kini....sampai mati) -Satu soalannya, penting sangatkah laptop dalam pencapaian murid sekolah? -Tak diragui, PC dengan capaian talian internet boleh menerokai seluruh WWW – yang positif atau negative -Tapi apa guna bila kerajaan 1Malaysia sumbangkan laptop tanpa talian internet? Mak Abah juga yang perlu tanggung bayaran Broadband/Streamyx? -Itu belum kira lagi kesan gejala negative internet – laman sosial, porno, judi, ajaran sesat -Rasanya lebih baik kerajaan Najib gunakan wang laptop untuk lengkapkan sekolah dengan komputer, lebih ramai yang dapat manfaatnya bukan hanya individu tertentu, dan juga lebih mudah untuk mengawal penggunaannya -Ketika jati...

Teksi Penang

-Orang Penang sedia tahu, tambang teksi kat Penang ni memang mahal, sebab teksi Penang tak pakai meter -Tak pasti JPJ sedar tentang hal ini, tapi yag pastinya orang JPJ pun ada yang naik teksi juga -Perjalanan kurang 3km di siang hari pun boleh caj RM10, itu memang dah betul punya mahal -Kerajaan BN tubuh SPAD, tapi tak pasti SPAD ni berfungsi ke tak, jangan makan gaji buta, itu tak amanah namanya -Agensi kerajaan yang lain pun nampak macam tak bekerja, Hal Ehwal Pengguna, Perlesenan kenderaan, sume macam tak nak ambil tindakan -Langkah alternatifnya, lebih baik kita tukar kerajaan, sebab yang dah ada sekarang susah & degil nak berubah. Yang rugi nanti kita, rakyat Malaysia

Mencari kehebatan KLIMS’10

Selesai mengunjungi Kuala Lumpur International Motor Show 2010 (KLIMS2010), ada satu komen besar berlegar dalam kotak akal. Patutkah huruf ‘I’ diletakkan di KLIMS’10. Tahap sebenar KLIMS’10 bukanlah bertahap antarabangsa tetapi sekadar ‘boleh tahan’ sahaja. Bukan nak membandingkan KLIMS dengan autoshow hebat seperti di Geneva, Paris, Detroit, Tokyo, dan Beijing tetapi untuk bersaing dengan Bangkok atau Jakarta International Motorhow juga seperti bukan dalam liga yang sama dengan KLIMS10. Tiada nama besar pemain automotif eropah seperti Audi, Volkswagen, BMW, MINI, Mercedes Benz, Renault, Ford, Citreon dan Volvo. Jauh sekali untuk melihat kelibat nama besar industri seperti Porshe, Aston Martin, Jaguar, Lamborghini, Ferrari, Alfa Romeo. Mencari nama Pagani Zonda, Cadillac, Vauxhall, McLaren, dan Atom pula seolah mencari nama BigMac di restoran KFC. Jenama automotif Asia seperti Subaru, Mazda, malahan Tata dan Mahindra juga tidak kelihatan di KLIMS. Penganjur KLIMS, AAM mencanang tema ‘W...

Rakyat didahulukan atau Rakyat yang kena dulu?

4 dalam 1 Harga Petrol, Diesel, LPG, dan Gula semuanya 'dinaikkan'pada 4 Disember lalu.Syabas PM Najib. Bertepatan dengan slogan 1Malaysia "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan", memang kita sebagai rakyat telah didahulukan. Bila kerajaan terpaksa menanggung subsidi, rakyat perlu bayar. Bila kerajaan yang perlu tanggung ganti-rugi konsesi tol lebuhraya, rakyat yang kena tolong. Ketika Idris Jala memberitahu kerajaan Malaysia akan muflis, mereka cepat2 menyalahkan subsidi yang telah dikeluarkan kerajaan. Tapi kenapa bila 'rizab' antarabangsa Malaysia mencecah USD10billion, tak ada seorang pemimpin BN pun mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang telah menyumbang ke arah itu? Kerana pemimpin yang boros dan tak bijak mengurus, rakyat terpaksa tanggung akibatnya. Jika tak ada wang, sewenang-wenangnya mereka akan tekan rakyat. Naikkan tol, petrol, diesel, tarif elektrik, saman ekor dan apa saja yang boleh jadi duit untuk menampung kebocoran mereka, senang su...

Kempen dan Perang PRU ke-13 telah bermula...!!

"UNDI KITA, SUARA KITA" Sejak PM Najib menangguhkan pemilihan UMNO, dan sejak Anwar Ibrahim menjangkakan PRU-13 akan diadakan dalam masa terdekat, rakyat Malaysia kembali hangat dengan cerita politik. BN dengan diketuai Najib seolah telah secara tidak rasminya melakukan 'sepak-mula' kempen pilihanraya. Setiap majlis yang dihadiri lazimnya akan diselitkan ucapan berunsur memburukkan Pakatan Rakyat (PR) dan memuji kebijaksanaan dan kejayaan BN.Media arus perdana juga semmakin ligat mengorek cerita basi dan mereka cerita sensasi. Aku secara terbukanya mengaku aku ialah anti-BN dan UMNO sebab aku sayangkan Malaysia. Tak sanggup untuk melihat Malaysia diperintah oleh orang-orang yang syok sendiri 'berkerajaan' tanpa memikirkan rakyatnya. Bagi mereka yang belum mendaftar sebagai pemilih, daftar segera kerana undi itu suara kita. Jangan nanti hanya bising bila harga tol, barang2, minyak naik, tapi tanggungjawab memilih kerajaan kita abaikan sahaja. Sanggupkah kita se...

Ketuanan Melayu atau Tuan yang makin layu

Apa yang kita faham dengan maksud ‘Tuan’? Seseorang yang lebih berkuasa daripada kita. Jika kita tuan kepada seekor kucing, kita berhak ke atas kucing itu, boleh melakukan apa yang kita mahu atas kucing itu. Tapi apa maksud ‘ketuanan melayu’ yang heboh didebatkan ahli politik Malaysia? ‘Ketuanan Melayu’ atau ‘Malay Supremacy’. Apa yang aku faham ialah satu perkataan untuk menggambarkan ‘melayu itu tuan’. Pemimpin UMNO memang cukup pantang kalau disentuh tentang ‘ketuanan melayu’. Dengan segera mereka akan buka buku Perlembagaan Malaysia untuk bercakap tentang fasal ini, fasal itu, akta ini, akta itu....itu diorang punya pasal la... Tapi di Malaysia, Melayu itu tuan kepada siapa? Kepada bangsa lain? Kepada Cina, India, bumiputera yang lain? Apa bukti Melayu itu tuan? Apa yang Melayu ada untuk jadi ‘tuan’?Adakah semua Melayu di Malaysia ini ‘tuan’? Kalau semua ‘tuan’ siapa ‘hambanya’? Tiada siapa yang mempertikai hak Melayu itu.Tapi bagaimana pula dengan hak kaum lain? Siapa yang patut m...

mengintai KLIMS 2010

KLIMS 2010 akan bermula hujung minggu ni. Kalau semuanya berjalan seperti yang dirancang, saya, boo saya, geng bro saya akan ke sana 7 Dis nanti.....Insyallah. Intai2 kat blog favourite, Paul Tan, dah byk update pasal KLIMS'10 ni... Proton - peserta terbesar KLIMS '10 - tampil dengan kereta2 konsepnya, EV dan model terkini dan akan datang. Seperkara bercakap tentang 'Concept Car' Proton, sebelum ini ia tak lebih dari kereta yang datang dengan tambahan aksesori dan bodykit yang 'extreme'. Di KLIMS '10 kali ini, Proton datang dengan kereta konsep "pahlawan Melaka' - Tuah, Jebat, Lekiu, Lekir & Kasturi. Mungkin ingin menunjukkan semangat 'kemelayuan' Proton. 1- Proton Tuah/Persona R - Kemungkinan besar model gantian Persona untuk tahun 2012 2- Proton Lekiu - MPV/SUV/Crossover - asasnya adalah Proton Exora 3- Proton Lekir - re-badge Lotus Europa - mungkin model 'kereta sports mampu milik' Lotus untuk rakyat BolehLand. 4- Proton K...