Langkau ke kandungan utama

Rakyat didahulukan atau Rakyat yang kena dulu?



4 dalam 1
Harga Petrol, Diesel, LPG, dan Gula semuanya 'dinaikkan'pada 4 Disember lalu.Syabas PM Najib.
Bertepatan dengan slogan 1Malaysia "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan", memang kita sebagai rakyat telah didahulukan. Bila kerajaan terpaksa menanggung subsidi, rakyat perlu bayar. Bila kerajaan yang perlu tanggung ganti-rugi konsesi tol lebuhraya, rakyat yang kena tolong.

Ketika Idris Jala memberitahu kerajaan Malaysia akan muflis, mereka cepat2 menyalahkan subsidi yang telah dikeluarkan kerajaan. Tapi kenapa bila 'rizab' antarabangsa Malaysia mencecah USD10billion, tak ada seorang pemimpin BN pun mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang telah menyumbang ke arah itu?

Kerana pemimpin yang boros dan tak bijak mengurus, rakyat terpaksa tanggung akibatnya. Jika tak ada wang, sewenang-wenangnya mereka akan tekan rakyat. Naikkan tol, petrol, diesel, tarif elektrik, saman ekor dan apa saja yang boleh jadi duit untuk menampung kebocoran mereka, senang sungguh jadi pemimpin.

Tapi kebanyakkan kita selalu lupa. Bila tiba saja musim pilihanraya, semua cerita ini jadi senyap, rakyat jadi lupa. Projek bernilai jutaaan billion dilulus, janji kosong ditabur...masa itu mata dah jadi kabur, dah tak nampak siapa yang salah siapa yang betul....

Jangan jadi pelupa, buka mata..jangan menyesal perkara yang sama lagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...