Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Gila Bola

tahun 2017, peminat bola Malaysia masih lagi perlu buang masa

Lazim dalam lanskap persepakbolaan Malaysia; ‘fans’ cuma datang bila pasukan mereka mula menampakkan potensi besar untuk menang (aka glamour). Tak terkecuali dengan team bola Sukan SEA kali ini. Stadium mula diserbu hanya selepas pasukan melepasi peringkat kumpulan. Stadium gamat, pemain bersemangat – resepi terbaik untuk mencipta kejayaan ditempat sendiri. Semangat itu diteruskan ke perlawanan Akhir, tetapi malangnya semangat penonton tak disertai dengan usaha penganjur sukan SEA itu sendiri. Puluhan ribu dipaksa beratur untuk membeli tiket. Bekorban masa, beratur, bersesak, berkelahi, bergaduh, hinggakan FRU terpaksa dipanggil demi tiket untuk tempat duduk di stadium. Ini betul-betul passion 'football mad nation'. Alasan KBS (melalui YB KJ), jualan tiket online tidak dibuka kerana dibimbangi operator jualan tak mampu mentadbir aliran trafik pembeli online, lantas cara tradisional diguna pakai. Perkara ini selalu terjadi dalam drama bola Malaysia - kebanyakkan nya per...

Rebiu buku : Muslimeen United

Rebiu buku Muslimeen United (Nama Nami) di Grandstand_Kuning

Bola di GRANDSTAND_KUNING!

Bersempena 5 tahun Yellow Libretto, dan bagi memberikan satu sub-blog khusus untuk analisis dan rebiu bola tempatan dan dunia, maka grandstand_kuning terhasil... Jom ke grandstand_kuning !

Menjadi peminat QPR

Hari ini, 'tycoon' Malaysia, Tony Fernandes (TF) telah berjaya menjadi pemilik saham terbesar pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Queens Park Rangers FC (QPR).QPR merupakan antara tiga pasukan baru yang baru 'dipromosi'kan ke EPL selepas menjuarai 'Championship' musim 2010/11. Perlawanan sulung EPL musim ini bermula hambar dengan kekalahn kepada Bolton Wanderers 0-4. Sebelum ini, TF yang telah memiliki Air Asia, telah menghidupkan kembali pasukan legenda F1, Team Lotus. Dah lama meminati karisma dan semangat TF selama ini sebagai tokoh bisnes Malaysia berkelas dunia. TF sangat terkenal dengan azamnya menggilap bakat dan potensi seseorang atau sesuatu pasukan. Jika sebelum ini minat pada Team Lotus telah mula berputik, tak mustahil seorang peminat tegar Manchester United boleh menjadi peminat QPR selepas ini. YL akan mnegenali QPR lebih lanjut selepas ini, sebab tak kenal maka tak cinta. Go, go QPR!

Arsenal : Kelab atau Akedemi Bolasepak?

Ramai peminat EPL terutama Arsenal pasti terfikir...apakan nasib Arsenal selepas ini? Terkini selepas Cesc Febregas angkat kaki ke Barcelona, dan dijangkan Samir Nasri akan menurut jejak langkah seterusnya, masa depan Arsenal masih kabur. Ramai mempersoalkan polisi Arsene Wenger di Arsenal, kelab bolasepak yang mahukan kejuaraan atau pusat latihan untuk bakat muda? Yang jelas, bintang Arsenal melangkah keluar dengan sebab yang hampir serupa, Arsenal gagal menyediakan peluang untuk mereka memenangi sesuatu. Diakui Arsenal merupakan antara kelab Inggeris yang mempunyai corak permainan dan taktikal yang sangat baik jika semuanya berjalan lancar. Boleh juga dikatakan Arsenal sebagai 'Barcelona Inggeris'. Tapi dalam bolasepak, bermain cantik sahaja tidak cukup. Pasukan juara perlu pertahanan mantap, jeneral tengah yang kreatif dan penyerang yang boleh menjaringkan gol secara konsisten.Sebuah pasukan yang konsisten dan stabil perlu untuk bergelar juara. Apa seterusny...