Langkau ke kandungan utama

Arsenal : Kelab atau Akedemi Bolasepak?





Ramai peminat EPL terutama Arsenal pasti terfikir...apakan nasib Arsenal selepas ini?

Terkini selepas Cesc Febregas angkat kaki ke Barcelona, dan dijangkan Samir Nasri akan menurut jejak langkah seterusnya, masa depan Arsenal masih kabur. Ramai mempersoalkan polisi Arsene Wenger di Arsenal, kelab bolasepak yang mahukan kejuaraan atau pusat latihan untuk bakat muda?

Yang jelas, bintang Arsenal melangkah keluar dengan sebab yang hampir serupa, Arsenal gagal menyediakan peluang untuk mereka memenangi sesuatu. Diakui Arsenal merupakan antara kelab Inggeris yang mempunyai corak permainan dan taktikal yang sangat baik jika semuanya berjalan lancar. Boleh juga dikatakan Arsenal sebagai 'Barcelona Inggeris'. Tapi dalam bolasepak, bermain cantik sahaja tidak cukup. Pasukan juara perlu pertahanan mantap, jeneral tengah yang kreatif dan penyerang yang boleh menjaringkan gol secara konsisten.Sebuah pasukan yang konsisten dan stabil perlu untuk bergelar juara.

Apa seterusnya untuk Arsenal?
Mereka mempunyai ramai bakat hebat. Jack Wilshere, Aaron Remsey dikatakan boleh menggantikan Cesc dan Nasri. Tapi konsistensi mereka diragui. Begitu juga bahagian pertahanan mereka yang mudah bocor tanpa tonggak pertahanan berkelas dunia. Jentera serangan pula terlalu mengharapkan Van Persie.

Perpindahan Arsenal dari Highbury ke Emirates jelas mempengaruhi nasib mereka kini. Kemampuan untuk membeli pemain ternama sangat terhad. Wenger terpaksa mengubah sasarannya kepada pemain muda berbakat yang mampu dibeli atau 'dicuri' dengan harga yang murah dari kelab lain dan membangunkan potensi mereka. Kemunculan Chelsea dan Man City dengan pemilik jutawan mereka menyebabkan kuasa wang Arsenal terlalu kecil untuk dibandingkan menyebabkan Arsenal tercicir semakin jauh.

Ternyata, polisi Arsenal perlu diubah. Nama besar perlu dipancing bagi memastikan survival Arsenal sebagi TOP 4 dalam EPL dapat dipertahankan.

Apa nasib Wenger dan Arsenal dalam EPL musim 2011/2012 akan datang?
Kita tunggu dan lihat.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...