Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2024

Porsche – Trivia

Sepuluh Fakta menarik Porsche 1. Kereta EV pertama dicipta oleh Ferdinand Porsche Porsche terlibat merekacipta kenderaan elektrik pertama didunia pada tahun 1898, ketika berkerja dengan syarikat Egger-Lohner. Nama rasmi kenderaan ini ialah Egger-Lohner C.2 Pheaton , tetapi sering disalah gelar sebagai Porsche P1. Ia berbentuk kereta kuda tanpa bumbung dandikuasakan bateri yg boleh bergerak sejauh 49 batu (79km). 2. Kereta Hybrid pertama juga dicipta oleh Ferdinand Porsche Semasa Bersama Egger-Lohner, Porsche mencipta kenderaan EV pertama dunia, dinamakan Lohner-Porsche Mixte Hybrid . Mixte bermaksud mixed atau Dua enjin petrol dari Daimler digunakan untuk menjana generator yang menghasilkan elektrik untuk menggerakkan motor disetiap roda.   3.       Porsche merekacipta VW Beetle Pada tahun 1938, Adolf Hitler meminta Porsche merekacipta kereta rakyat (Volkswagen bermaksud kereta rakyat dalam Bahasa german). Porsche bersama anaknya, Ferry menghasilkan rekaan Beetle yang kekal

Porsche – Siri 1: Sejarah

Semasa kecil, aku selalu terkeliru antara VW Beetle dan Porsche. Membesar disuasana pekan kecil, peluang untuk melihat Porsche depan mata memang sangat asing. Semakin dewasa, aku   semakin kagum dengan jenama ini. Antara perkara yang menarik ialah Porsche berterusan menghasilkan kereta sports hebat berpandukan falsafah kejuruteraan yang sama semenjak lebih 90 tahun lalu. Ferdinand Porsche pada 1931 mengasaskan ‘Dr. Ing. h.c. F. Porsche GmbH’, Syarikat yang menawarkan khidmat runding dan pembangunan projek-projek otomotif. Salah satu karya tersohor mereka adalah VW Beetle . Kenderaan pertama yang terhasil dibawah nama Porsche ialah model 356 . Model ini adalah batu asas falsafah Porsche - kereta sports berprestasi tinggi hasil ketinggian ilmu kejuruteraan. Sejak 1950-an, identiti Porsche terbentuk melalui kejayaan dilitar. Bukan sekadar prestasi, tetapi juga ketahanan. Model 550 Spyder, 718 RSK menguasai banyak perlumbaan endurance yang merupakan permulaan salasilah panjang kejayaan Po

Dominasi satu dekad JDTFC: 100% rekod dan impak pada liga

  Jenama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDTFC) muncul pada tahun 2013 dan dianggap sebagai permulaan ‘renaissance’ bola sepak Malaysia. Semenjak itu, JDTFC memberi impak positif kepada Malaysia ; (1) layak ke Piala Asia 2024 secara merit, (2) mengubah persepsi umum mengenai pemain warisan dan naturalisasi mewakili Malaysia (3) bersaing secara konsisten dalam kejohanan kelab benua (ACL, AFC Cup). Objektif terbesar sebuah kelab bolasepak ialah bersaing dalam liga domestik tertinggi, dan menjuarainya. JDTFC mencapai objektif tersebut kurang dari setahun sejak penjenamaan dan mengekalkan kejuaraan sejak itu. 100% dominasi liga sejak ditubuhkan dan ini mungkin merupakan pencapaian pertama seumpamanya di dunia! Namun begitu, setelah 10 tahun mendominasi, Liga Super Malaysia (MSL) perlahan-lahan menjadi Liga Petani.   Bukan   semata-mata kerana dominasi JDTFC, tetapi lebih kepada nilai kompetetif dan jurang kewangan antara kelab besar dan kelab kecil. Beberapa contoh dari kedudukan