Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MU

EPL 2024/25 : Ramalan

  Keputusan akhir Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2023/24 P1 – Man City (91) P2 – Arsenal (89) P3 – Liverpool (82) P4 – Aston Villa (68) P5 – Tottenham (66) P6 – Chelsea (63) P7 – Newcastle (60) P8 – Man United (60)   Ramalan keputusan akhir EPL musim 2024/25 P1 – Arsenal P2 – Man City P3 – Man Utd P4 – Liverpool P5 – Tottenham P6 – Newcastle P7 – Aston Villa P8 – West Ham   P1 – Arsenal: Selepas tempat ke-2 dalam 2 musim   berturut-turut, Arteta sepatutnya cukup pengalaman untuk menjadi juara musim ni. Juara EPL adalah pilihan wajib buat Arteta dan skuadnya.   P2 – Man City: Ada 3 sebab kenapa aku ramal Man City akan gagal jadi juara musim ini. (1) Selepas treble (2022/23) dan double (2023/24), majoriti pemain teras Pep sudah berusia dan mula berfikir untuk permulaan baru; KDB, Ederson, Kyle Walker, Bernardo Silva semuanya dikaitkan dengan transfer out sejak musim lepas. (2) Alvarez berpindah keluar untuk keluar...

Dilema David De Gea

  DDG menang anugerah Golden Glove pada musim 2017/18 dengan rekod 18 clean sheet. Pada musim 2022/23, DDG menang Golden Glove kali ke-2, dengan rekod 17 clean sheet. Rekod 17 boleh mungkin boleh menjadi 18 atau 19 bergantung kepada keputusan baki dua perlawanan. Ironinya, dalam musim ini DDG beberapa kali melakukan beberapa kesilapan berprofil tinggi (4) yang mengakibatkan Man United masih kelam dengan prospek UCL musim hadapan. Ramai ‘pakar’ mengatakan DDG adalah liabiliti kepada sistem ETH yang memerlukan bukan sekadar sebagai shot stopper, malah penjaga gol yang boleh ‘bermain’ bola aka sweeper-keeper. Maka, DDG perlu digantikan dengan profil yang lebih secocok. Dalam kesamaran status pemilikan kelab dan jumlah tabung perpindahan, langkah paling selamat ialah mengekalkan DDG. Soalan seterusnya, apakah ETH masih mempunyai masa untuk kekal dengan DDG?