Di Malaysia, pemilik kereta boleh memilih apa sahaja jenis tulisan dan saiz untuk dipamerkan sebagai ‘nombor pendaftaran’. Perkara ini tidak menjadi kesalahan, sehinggalah ditahan dan disaman JPJ atau Polis Trafik. Malaysia adalah negara dalam ASEAN tunggal yang masih tiada standard ketetapan nombor plat kenderaan. Ya, memang ada dalam pekeliling dan peraturan JPJ, tapi pelaksanaan dan penguatkuasaan nya tiada. Situasi ini agak aneh mengambil kira kemajuan industri otomotif negara, dan status pemodenan Malaysia secara amnya. Isu ni mungkin nampak remeh, tapi isu remeh dan kecil lah yang selalunya menentukan hal-hal yang lebih besar dan penting. Hal standard plat kereta patut diberi fokus khas untuk mengawal beberapa benda penting antaranya ; kategori kenderaan (komersil, persendirian, sewaan), nombor pendaftaran palsu, kereta dan motor curi, penguatkuasaan undang-undang, identifikasi sesebuah kenderaan jika berlaku kecemasan, kesalahan dan kecurian, dan imej keseragaman. JPJ...