Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel My Team Lotus

Team Lotus @ Shanghai

Jumlah pusingan perlumbaan : 56 Keputusan ; Heikki Kovalainen : Petak mula ke-20, Perlumbaan ke- 16 J Trulli : Petak mula ke-21, Perlumbaan ke-19 Shanghai. Trek terakhir F1 bagi 3 dalam jelajah awal ke timur jauh. Selepas Australia, Malaysia dan China, rombongan besar F1 akan kembali ke Eropah. Perlumbaan F1 akan bermula kembali 3 minggu lagi dengan majoriti perlumbaan akan diadakan di sekitar Eropah, bermula dengan GP Turki. Kali ini di Shanghai, Hamilton (McLaren) berjaya menghalang Vettel (RedBull) dari mencapai kejayaan hatrik. Trek pantas Shanghai akhirnya mendedahkan kelemahan jentera RedBull yang masih lagi belum sepurna sistem KERS-nya. Bagi Team Lotus, GP China kali ini berjaya merakamkan antara perlumbaan yang terbaik bagi mereka. Kali ini, mereka berjaya menewaskan 2 pelumba dari pasukan ‘midfield’ – Perez (Sauber) dan Maldonado (Williams). Isu ketahanan juga seolah sudah dapat diatasi dengan kedua-dua jentera berjaya melepasi garisan penamat. Bagi Team Lotus, mereka kini s...

Team Lotus @ Sepang

Team Lotus kembali ke ‘rumah’ nya, Litar F1 Sepang, Malaysia. Setelah berentap di Albert Park, rombongan sarkis F1 berkampung di Sepang. Sepang terkenal kerana menjanjikan keadaan cuaca yang sukar dijangka. Boleh jadi sangat panas diawal perlumbaan, dan kemungkinan hujan lebat di pertengahan saingan.Tahap kecergasan yang tinggi amat penting bagi pemandu bagi mengelak dihidrasi kesan dari suhu tinggi. Jentera pula perlukan ‘kekuatan’ maksima untuk bertahan dalam iklim tropika dan kelembapan dan suhu yang tinggi. Saingan tahun ini menarik kerana dilangsungkan dengan cuaca panas dan cerah tanpa hujan. Vettel memulakan sainagn dari petak pertama dan mengekalkannya hingga tamat didepan Button dan Heidfeld. Untuk Team Lotus, Heikki berjaya menamatkan saingan di kedudukan ke-15 tapi malang untuk Trulli bila berhadapan dengan masalah sensor klac yag memaksanya menamatkan perlumbaan didalam garaj. Apa yang menariknya tentang Team Lotus di Sepang tahun ini ialah bila Tony dengan positifnya meng...