Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kelab wayang gambar

Inglourious Basterd

kali ini sekali lagi Quantin Tarantino menjadikan gabungan pembunuhan kejam satu filem yang menarik untuk ditonton.. walaupun terdapat Inglourious Bastard versi 1978, Tarantino menegaskan Inglourious Basterd versi 2009 nya adalah idea originalnya dan bukan kesinambungan sebelumnya... Inglourious Basterd bukanlah kisah benar perang, ianya hanyalah filem epik berdasarkan persekitaran perang dunia ke-2 dan kekejaman Nazi... mungkin nampak mcm satu filem serius, tapi pada aku Inglourious Basterd satu filem yang santai, rilek dan seronok dilayan...menarik utk diikuti dari satu plot ke satu plot kerana semuanya saling berkait.. elemen humour memang ada, dan dtg dari pelbagai watak...bukanlah komedi yang dibuat2 tetapi sesuatu yang bersahaja yang boleh mengundang ketawa.. lakonan semua watak memang best...Brad mungkin diangkat sebagai watak utama, tapi pada aku lakonan Christhoper Waltz sbg Pegawai SS Nazi, Lans Lada atau "the Jew hunter"adalah impak besar utk filem ini, dan Inglo...

PAPA-DOM

“Kehilangan isteri tersayang dengan tiba2? Apa akan jadi? ” Soal hati inilah inilah yang mencetus idea Afdlin Shauki untuk menghasilkan ‘PAPADOM’. Filem ini berkisar kepada kisah hidup Saadom, seorang towkey Nasi Kandar Penang terkenal. Begitu sibuk dengan bisnes, Saadom terlepas pandang perhatian terhadap Moon, isterinya dan anak mereka Miasara. Hinggalah satu kejadian dimana Moon meninggal dunia, Saadom mula panik…’bagaimana untuk memberi kasih sayang dan membesarkannya”…dan disinilah cerita sebenarnya bermula. Kisah simple ‘bapa-anak’ dalam Papadom ini diwarnakan dengan ayat2 dan situasi2 yang lawak, biasalah itu memang trademark Afdlin. Selain karekter Saadom-Moon-Mia, ada 1-2 lagi karekter yang member kesan dalam Papadom, seperti Shukor (Harun Salim Bachik) dan Wajib tayang (Que), tapi aku rasa, lawak spontan harun memang best! Satu lagi yang best dalam papadom ialah kemunculan watak arwah Moon dalam bentuk “imaginary-friend” kepada Saadom, dan begantung kepada situasi persekitara...

menyelamatkan nyawa dalam 10 minit

Hujung minggu Syawal yang bosan, pergi menontonlah sebagai pengisiannya dan filem Korea “Tsunami at Haeundae” jadi pilihan. Plot filem ini seakan menyamai jalan cerita “Sinking of Japan”, - bencana alam sebagai tema, dengan ditambahperisakan dengan elemen kasih sayang dan pengorbanan. Rasanya penulis cerita filem ini mengambil tragedi tsunami di Acheh sebagai inspirasinya. Aku bukanlah peminat filem Korea, jadi, semua pelakon filem ini bukanlah muka yang familiar bagi aku kecuali heroin filem ni, rasanya pernah dilihat dalam filem Korea lain sebelumnya. Sekumpulan penyelidik gempa bumi/tsunami mengesan corak gempa yang semakin menghampiri Haeundae yang mungkin boleh menyebabkan ‘mega-tsunami’ dalam waktu terdekat. Macam biasalah, mesti ada satu kumpulan yang tak percaya dengan teori ini, dan pada saat-saat akhir saja, baru nak menyesal. Kebiasaan filem Korea/Japan, elemen kasih sayang hubungan manusia itu ada, tapi tak diangkat sebagai kisah utama. Ada beberapa kisah hubungan manusia d...

The Pianist

Tak berapa lama sebelum ni, YL ada mereview filem “The Boys in The Striped Pyjamas”. Sebenarnya filem ini ada persamaannya dengan filem The Pianist ni ; kekejaman tentera Nazi terhadap golongan Yahudi. Diadaptasi dari memoir seorang seorang pe’miano’ Yahudi-Poland, Wladyslaw Szpilman, ia merupakan filem yang menyaksikan perubahan persekitaran Szpilman dalam penaklukan Poland dalam era pasca Perang Dunia Ke-2 bermula sekitar akhir 1930-an. Szpilman menyaksikan kekejaman Nazi membantutkan karier muziknya, memisahkannya dengan keluarganya serta dalam skop lebih besar, kemusnahan Warsaw dan penghapusan etnik Yahudi di Poland. Takdir Szpilman lebih baik, berjaya survive dalam era perang ini walaupun berdepan ancaman bunuh, kebuluran dan perhambaan. Filem ini tertumpu kepada watak utamanya, Szpilman. Adrien Brody berjaya membawa watak Szpilman dengan bagus sehingga melayakkannya memenangi Best Actor dalam Academy 2002. Pengolahan jalan cerita kepada Filem juga begitu sgt kemas, beremosi, ‘re...

Thick as Thieves

bosan lagi??Movie lagi... "Never Thrust a Thief" Morgan Freeman sbg Keith Ripley, seorang perompak veteran, telah merekrut Gabriel (Antonio Banderas) untuk bersama-samanya melakukan satu rompakan terakhir bagi melangsaikan hutangnya dengan seorang jutawan Russia. Apa target mereka? "Feberge Eggs" di Romanov's. Ape tu? kalau nak tu tngok movie ni la... Ok, sebenarnya cerita ni ada 'trick' ala Ocean 11, 12 & 13; merompak dengan teknik2 sofistikated & hi-tech gadjet..cuma pada fikiran aku, jalan cerita/trick cerita ni tidak selancar dan sebijak cerita siri Ocean, jauh sekali Lock, Stock & 2 Smoking Barrel dan Snatch. Kenapa? Pertama, kerana Ripley dan Gaby ni nampak terlalu power dan hebat dan juga mereka takde geng lain yang cuba mengacau plan mencuri mereka kecuali Polis. Tapi bagi menjadikan jalan ceritanya menarik, trick cerita ini bukanlah pada plan merompak telur, tapi lebih kepada Ripley menipu Gaby. Kenapa? Sebab Gaby juga adalah Polis.....

Body of Lies

apa lagi nak buat kalau bosan? Movie... Body of Lies adalah filem adaptasi novel yang mengisahkan tiga intelligent yang memerangi 'terrorist' - Ferris (LeonardoDiCaprio), Hoffman (Russel Crowe) & Hani Salaam (Mark Strong). Al-Saleem adalah kumpulan pengganas yang dijejaki oleh mereka. Ferris & Hoffman adalah CIA, manakala Hani ialah Ketua Intelligent Jordan. Dipermulaannya, Ferris menjejak Al-Saleem di Iraq. Namun setelah berlaku satu insiden, Ferris berpindah ke Jordan bagi menjejak Al-Saleem. Di Jordan Ferris bersekutu dengan Hani, tapi kerjasama mereka sedikit rapuh kerana kurang percaya masing2. Sebenarnya, filem ini hanyalah satu filem aksi yang terselit didalamnya propaganda 'keikhlasan' atau 'kehero-an' Amerika dalam memerangi pengganas. Al-Saleem adalah gambaran mereka bagi Al-Qaeda dalam dunia sebenar. Muslim masih dilebel sebagai pengganas, dan itulah hujah yang dikuatkan dalam Body of Lies ini. Ketua Al-Saleem digambarkan sebagai seorang musli...

The Boy in the Striped Pyjamas

Kali ini ‘The Boy in the Striped Pyjamas’ – filem Brit-Amerika 2008 menjadi pengisi masa santai. Ia diadaptasi dari novel nukilan John Boyne dan berlatar belakang zaman perang dunia kedua. Ianya mengenai perspektif seorang budak lelaki terhadap persahabatan, serta perspektif satu golongan yang rakus den taksub dengan ideology mereka. Bruno, budak lelaki berusia 8 tahun, ialah anak kepada Komanden Nazi, Ralf. Ralf dinaikkan pangkat dan mereka sekeluarga berpindah dari Berlin ke suatu kawasan terpencil. Bruno terasa kehilangan kawan2nya diBerlin dan memulakan hidup dirumah baru dengan penuh kebosanan. Bruno dapat mengintai dari tingkap rumah mereka satu ‘kebun’ yang terletak jauh di belakang rumah meraka. Apa yang menjadi persoalan bagi Bruno – mengapa semua orang dikebun itu memakai ‘baju tidur belang’?... Sifat ingin tahu Bruno yang tinggi membawanya ke ‘kebun’ itu secara rahsia. Disitu dia melihat satu kem yang dipagari dawai elektrik. Disitu juga dia bertemu Shmuel budak lelaki sebay...

Back to back with Brad

Nak ke yard malas, so hanya duduk2 di rumah saja hari Ahad lepas.Nak pusing2 Penang, udara berjerubu, nk shoot pun tak cantik, so, duduk rumah layan DVD je la. So, hujung minggu ni tema ‘movie marathon’ , Brad Pitt. 1. Snatch Filem jenayah komedi kedua dari Guy Ritchie ni mula release pada 2000. Selepas debut filem Guy ‘Lock, Stock & Two Smoking Barrels’ (LSTSB) – which is my all time fav movie, formula Snatch kali ini juga sama, jenayah underground teknikal Brit style plus elemen komedi. Jika dlm LSTSB, temanya, ganja, kali ni, Snatch ialah mengenai ‘berlian’ dan tinju, tapi still mengekalkan ‘gambling’ sbg core subject. LTSB menampilkan hampir 100% actor/actress British, tp kali ini, Guy menyuntik elemen Amerika dengan penampilan Brad Pitt dan Benicio Del Toro, elemen populariti barangkali. Berbanding siri Ocean 11,12 & 13 yang mana jenayah teknikalnya lebih kepada ‘head to head collision’ group yang besar, filem2 Guy ini lebih kepada sub-team yang banyak, yang saling berkai...

TRANSFORMERS:Revenge of The Fallen

Popcorn N’ Wednesday kitorang minggu ni terpaksa dicepatkan kehari Selasa disebabkan TRANSFORMERS 2 dah kuar!! Satu perkataan tentang filem ni…Marvelous!!! Tak seperti filem pertama Transformers, kali ini, dari mula sampai habis – non-stop action… Tak perlulah rasanya aku ceritakan filem ni, sebab korang mmg patut. Dengan geng2 Autobots dan Decepticon lebih variasi, terutama Decepticon, dibantu konco2 Constructicon terutama Devestators, misi mereka ialah menyelamatkan Megatron dan seterusnya memusnahkan Matahari dan Bumi. Filem Transformers kali ini lebih komplikated kerana penonton perlu mendalami sejarah Transformers, Dynasty of Primes, Sun Harvestor (didalam Pyramid), kemunculan The Fallen – ketua Decepticon. Eelemen2 kisah Sam lebih dikurangkan dan lebih tertumpu kepada usahanya untuk menyelamatkan dunia besama2 Autobots. Apa yang mendatangkan ‘rahang terbukak’ bagi aku ialah teknik CGI dalam filem ini, jalan cerita yang digabungkan dengan sejarah Mesir Purba serta kehebatan ketent...

THE HOLIDAY

DVD ke-3 yang dilayan pada hujung minggu ni, bukanlah sebuah cerita baru, tapi pada aku cerita yang tak jemu untuk aku layan. The Holiday (2006) berkisar kepada 2 watak utama Amanda(Cameron Diaz) dan Iris (Kate Winslet) disamping Jude Law sbg Graham, abang kepada Iris serta Miles (Jack Black) rakan industry Amanda. Amanda dan Iris bertukar lokasi untuk becuti dan melupakan masalah cinta mereka. Dan dari situ bermula kisah mereka dengan kedua-dua pria ini, Graham dan Miles. Tak perlu rasanya untuk menghuraikan cerita ini sebab aku rasa ramai yang dah menonton ‘the holiday’ ini. Bagi aku filem ini merupakan antara all-time favourite ‘love story’ aku, sama seperti ‘Serendipity’ yang juga berlatarkan kisah dua individu dipisahkan dengan jarak tetapi ditemukan secara kebetulan. So, kalau dah bosan tu, layan perasaan le dengan movie ni…:) Cheers!

Feast of Love

Satu lagi DVD yang dilayan hujung minggu terbaru ni….”Feats of Love” Masa untuk mencari cinta, bercinta atau ‘membuat cinta’? semuanya ada dalam movie ni. Bukanlah satu filem baru, tetapi telah mula ditayang pada 2007. Morgan Freeman sebagai Prof. Harry Stevenson, memerhatikan beberapa siri percintaan individu disekelilingnya dalam satu komuniti di Portland, Oregon. Terdapat beberapa kisah cinta yang memperlihatkan magik, misteri dan kadangkala kepedihan dalam menifestasi cinta. Dari cinta seorang pemilik cafĂ©, Bradley dengan isterinya Kathryn (Salma Blair) yang jatuh cinta kepada seorang Lesbian, Jenny, cinta Oscar pekerja dicafe Bradley dengan homeless girl, Chloe. Kisah Bradley – seorang yang kurang bernasib baik dalam cinta - dicambahkan lagi dengan adventurnya mencari cinta sejati, cinta dengan Diana, wanita yang berskandal dengan suami orang dan akhirnya menemui cinta sejati dengan seorang doktor. Harry sendiri tidak terkecuali dengan cintanya pada isteri dan anaknya. Kisah ini d...

LEATHERHEADS

Satu daripada latest DVD yang dilayan ujung minggu ni... George Clooney sebagai Producer, Director serta watak utama dalam “Leatherheads”. Sebuah filem komedi retro mengenai pemain professional “American Football” dalam tahun 1920-an. Clooney sebagai Dodge Connolly seorang kapten veteran yang cuba menyelamatkan pasukannya Duluth Bulldogs daripada bankrupt. Sesudah penaja mereka menarik diri, Duluth Bulldogs begitu nazak sehinggakan dalam satu game, diisytihar kalah kerana kehilangan bola (diorang ada 1 bola jek untuk match). Akhirnya Duluth Bulldogs terpaksa keluar dari liga. Connolly mengambil langkah berani untuk menyelamatkan Bulldog dengan mengambil Carter Rutherford, seorang pemain bintang dari kolej, yang juga seorang hero Perang Dunia. Langkah drastik itu mendatangkan hasil apabila stadium kembali penuh dan Buldog kembali menjadi pasukan yang kuat. Dalam masa yang sama, Lixie (Renee Zellwager) – wartawan dari Chicago Tribune – cuba untuk mengorek rahsia Carter menjadi hero peran...