Langkau ke kandungan utama

Feast of Love


Satu lagi DVD yang dilayan hujung minggu terbaru ni….”Feats of Love”

Masa untuk mencari cinta, bercinta atau ‘membuat cinta’? semuanya ada dalam movie ni. Bukanlah satu filem baru, tetapi telah mula ditayang pada 2007.

Morgan Freeman sebagai Prof. Harry Stevenson, memerhatikan beberapa siri percintaan individu disekelilingnya dalam satu komuniti di Portland, Oregon. Terdapat beberapa kisah cinta yang memperlihatkan magik, misteri dan kadangkala kepedihan dalam menifestasi cinta. Dari cinta seorang pemilik café, Bradley dengan isterinya Kathryn (Salma Blair) yang jatuh cinta kepada seorang Lesbian, Jenny, cinta Oscar pekerja dicafe Bradley dengan homeless girl, Chloe. Kisah Bradley – seorang yang kurang bernasib baik dalam cinta - dicambahkan lagi dengan adventurnya mencari cinta sejati, cinta dengan Diana, wanita yang berskandal dengan suami orang dan akhirnya menemui cinta sejati dengan seorang doktor. Harry sendiri tidak terkecuali dengan cintanya pada isteri dan anaknya.

Kisah ini diadaptasi dari buku dengan judul yang sama. Bukanlah satu filem cinta leleh, tapi merupakan satu kisah hubungan antara cinta dan kehidupan dan kisah suka duka disebaliknya.
Ada seksi, kelakar, romantic dan sedih, ‘Feast of Love’ terlepas menontonnya adalah sesuatu yang merugikan. Walaupun mungkin ada sedikit persamaan dengan filem Cinta, tapi jalan ceritanya lebih kreatif, beremosi dan hubungan antara kisah2 percintaan lebih
tersusun.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...