Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2010

Katak oh Katak..

Semalam hujan. Hujan yang lebat. Hujan pagi yang lebat. Hujan pagi yang memaksa banyak kerja-kerja tertangguh, ramai pekerja-pekerja berteduh dan construction manager mengeluh. Hujan itu rahmat tuhan, tapi ramai yang anggap hujan yang nikmat itu menyusahkan, menangguhkan. Tuhan turunkan hujan, tapi dalam lagu-lagu Melayu, orang tua cakap katak yang panggil hujan? Kenapa katak panggil hujan? Rasanya semua orang tahu lagu bangau oh bangau, dan bukan lagu katak oh katak, tapi dalam lagu tu juga ada jawapan kenapa katak panggil hujan. Bila cerita tentang katak. Teringat cerita ‘the princess & the frog’. Tapi itu bukan cerita macamana katak panggil hujan atau siapa yang nak makan katak. Itu cerita tentang katak yang disumpah. Katak yang mencari tuan puteri untuk menghapuskan sumpah atas-nya. Katak akan terus berusaha nak cari perempuan yang sanggup ciumnya. Katak sanggup melompat beratus-ratus kilometer semata-mata nak mencari puterinya, walaupun dia tak tahu mana satu puteri yang sang