Langkau ke kandungan utama

Katak oh Katak..

Semalam hujan. Hujan yang lebat. Hujan pagi yang lebat. Hujan pagi yang memaksa banyak kerja-kerja tertangguh, ramai pekerja-pekerja berteduh dan construction manager mengeluh.

Hujan itu rahmat tuhan, tapi ramai yang anggap hujan yang nikmat itu menyusahkan, menangguhkan. Tuhan turunkan hujan, tapi dalam lagu-lagu Melayu, orang tua cakap katak yang panggil hujan? Kenapa katak panggil hujan? Rasanya semua orang tahu lagu bangau oh bangau, dan bukan lagu katak oh katak, tapi dalam lagu tu juga ada jawapan kenapa katak panggil hujan.

Bila cerita tentang katak. Teringat cerita ‘the princess & the frog’. Tapi itu bukan cerita macamana katak panggil hujan atau siapa yang nak makan katak. Itu cerita tentang katak yang disumpah. Katak yang mencari tuan puteri untuk menghapuskan sumpah atas-nya. Katak akan terus berusaha nak cari perempuan yang sanggup ciumnya.
Katak sanggup melompat beratus-ratus kilometer semata-mata nak mencari puterinya, walaupun dia tak tahu mana satu puteri yang sanggup mencium-nya. Kalau katak yang kecik, sanggup melompat beribu-ribu kali, berates-ratus kilometer sebab nak mencari cintanya, sbagai manusia, sanggup ke kita berjalan beratus2 kilometer untuk bertemu orang yang kita sayang, orang yg kita rindu? Boleh, kalau ada usaha dan ada kesungguhan - sebab manusia dijadikan dengan akal dan lebih sempurna dari katak.

Hari ini tak hujan…mana katak??

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...