Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kereta

Pelan pemulihan Proton akhir 2018?

Menurut DRB-HICOM, pemulihan bisnes Proton bersama Geely hanya akan siap akhir 2018. Mengambil kira pembelihan syer oleh Geely telah berlaku pada Jun tahun ini, maksudnya lebih 1 tahun setengah diperlukan bagi meletakkan semua plan ditempatnya. Industri mengatakan ia adalah tempoh biasa yang akan diambil oleh pemain industri. Dirasakan DRB-HICOM wajar meletakkan plan jangka pendek untuk Proton sementara menunggu semua plan direalisasikan bersama Geely. Jangan terlepas pandang asas bisnes Proton iaitu menghasilkan dan menjual kereta. Tanpa jualan, kewujudan Proton adalah tidak relevan. Secara jujurnya, Prestasi Proton pra-DRB adalah lebih baik. Sejak dibawah payung DRB, Proton sekadar biasa-biasa sahaja, tanpa visi khusus untuk menjadi pesaing otomotif lebih besar. Kebanggaan jenama dan rekod jualan makin merosot ditelan pasaran yang semakin agresif. Membandingkan rekod jualan 2015 dan 2016, Proton penurunan jualan hampir 30% (hampir 30,000 unit). Statistik jualan separuh tahun ...

Dilema plat kereta Malaysia

Di Malaysia, pemilik kereta boleh memilih apa sahaja jenis tulisan dan saiz untuk dipamerkan sebagai ‘nombor pendaftaran’. Perkara ini tidak menjadi kesalahan, sehinggalah ditahan dan disaman JPJ atau Polis Trafik. Malaysia adalah negara dalam ASEAN tunggal yang masih tiada standard ketetapan nombor plat kenderaan. Ya, memang ada dalam pekeliling dan peraturan JPJ, tapi pelaksanaan dan penguatkuasaan nya tiada. Situasi ini agak aneh mengambil kira kemajuan industri otomotif negara, dan status pemodenan Malaysia secara amnya. Isu ni mungkin nampak remeh, tapi isu remeh dan kecil lah yang selalunya menentukan hal-hal yang lebih besar dan penting. Hal standard plat kereta patut diberi fokus khas untuk mengawal beberapa benda penting antaranya ; kategori kenderaan (komersil, persendirian, sewaan), nombor pendaftaran palsu, kereta dan motor curi, penguatkuasaan undang-undang, identifikasi sesebuah kenderaan jika berlaku kecemasan, kesalahan dan kecurian, dan imej keseragaman. JPJ...