Langkau ke kandungan utama

Catatan

Porsche – Trivia

Sepuluh Fakta menarik Porsche 1. Kereta EV pertama dicipta oleh Ferdinand Porsche Porsche terlibat merekacipta kenderaan elektrik pertama didunia pada tahun 1898, ketika berkerja dengan syarikat Egger-Lohner. Nama rasmi kenderaan ini ialah Egger-Lohner C.2 Pheaton , tetapi sering disalah gelar sebagai Porsche P1. Ia berbentuk kereta kuda tanpa bumbung dandikuasakan bateri yg boleh bergerak sejauh 49 batu (79km). 2. Kereta Hybrid pertama juga dicipta oleh Ferdinand Porsche Semasa Bersama Egger-Lohner, Porsche mencipta kenderaan EV pertama dunia, dinamakan Lohner-Porsche Mixte Hybrid . Mixte bermaksud mixed atau Dua enjin petrol dari Daimler digunakan untuk menjana generator yang menghasilkan elektrik untuk menggerakkan motor disetiap roda.   3.       Porsche merekacipta VW Beetle Pada tahun 1938, Adolf Hitler meminta Porsche merekacipta kereta rakyat (Volkswagen bermaksud kereta rakyat dalam Bahasa german). Porsche bersama anaknya, Ferry menghasilkan rekaan Beetle yang kekal
Catatan terbaharu

Porsche – Siri 1: Sejarah

Semasa kecil, aku selalu terkeliru antara VW Beetle dan Porsche. Membesar disuasana pekan kecil, peluang untuk melihat Porsche depan mata memang sangat asing. Semakin dewasa, aku   semakin kagum dengan jenama ini. Antara perkara yang menarik ialah Porsche berterusan menghasilkan kereta sports hebat berpandukan falsafah kejuruteraan yang sama semenjak lebih 90 tahun lalu. Ferdinand Porsche pada 1931 mengasaskan ‘Dr. Ing. h.c. F. Porsche GmbH’, Syarikat yang menawarkan khidmat runding dan pembangunan projek-projek otomotif. Salah satu karya tersohor mereka adalah VW Beetle . Kenderaan pertama yang terhasil dibawah nama Porsche ialah model 356 . Model ini adalah batu asas falsafah Porsche - kereta sports berprestasi tinggi hasil ketinggian ilmu kejuruteraan. Sejak 1950-an, identiti Porsche terbentuk melalui kejayaan dilitar. Bukan sekadar prestasi, tetapi juga ketahanan. Model 550 Spyder, 718 RSK menguasai banyak perlumbaan endurance yang merupakan permulaan salasilah panjang kejayaan Po

Dominasi satu dekad JDTFC: 100% rekod dan impak pada liga

  Jenama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDTFC) muncul pada tahun 2013 dan dianggap sebagai permulaan ‘renaissance’ bola sepak Malaysia. Semenjak itu, JDTFC memberi impak positif kepada Malaysia ; (1) layak ke Piala Asia 2024 secara merit, (2) mengubah persepsi umum mengenai pemain warisan dan naturalisasi mewakili Malaysia (3) bersaing secara konsisten dalam kejohanan kelab benua (ACL, AFC Cup). Objektif terbesar sebuah kelab bolasepak ialah bersaing dalam liga domestik tertinggi, dan menjuarainya. JDTFC mencapai objektif tersebut kurang dari setahun sejak penjenamaan dan mengekalkan kejuaraan sejak itu. 100% dominasi liga sejak ditubuhkan dan ini mungkin merupakan pencapaian pertama seumpamanya di dunia! Namun begitu, setelah 10 tahun mendominasi, Liga Super Malaysia (MSL) perlahan-lahan menjadi Liga Petani.   Bukan   semata-mata kerana dominasi JDTFC, tetapi lebih kepada nilai kompetetif dan jurang kewangan antara kelab besar dan kelab kecil. Beberapa contoh dari kedudukan

AFC Piala Asia: Malaysia ke Asia Bossku!

  Berjaya ke Piala Asia 2024 secara merit adalah antara sejarah besar sukan Malaysia tahun 2023. Pemain dan Coach Kim berjaya mencapai sesuatu yang tidak pernah dicapai coach-coach sebelumnya. Jom kita tengok apa cabaran yang menunggu Malaysia di Qatar. Ranking Malaysia setakat 30 Nov 2023: FIFA 130/AFC 23 Matchday 1: Malaysia X Jordan (16-Jan-24, 1.30am) Matchday 2: Bahrain X Malaysia (20-Jan-24, 10.30pm) Matchday 3: South Korea X Malaysia (25-Jan-24, 7.30pm) Jordan (FIFA 87/AFC 13) Rekod pertemuan Malaysia dan Jordan ialah 3 menang, 2 kalah dan 3 seri. Dalam kelayakan Piala Asia 2019, Malaysia menewaskan Jordan 4-1. Paling mutakhir, Malaysia dan Jordan seri 1-1 dalam friendly match. Jordan adalah antara yang konsisten layak ke Piala Asia. Antara key players Jordan ialah Musa Al-Tamari (Montpellier-FRA) dan Baha’ Abdel-Rahman (Al-Faisaly-JOR). Cabaran besar Malaysia ialah menyaingi kekuatan fizikal Jordan dan menyesuaikan persekitaran dan cuaca Qatar. Jika Malaysia ber

Trend pemilikan EV di Malaysia – sisi negatif.

  Selepas SUV, antara trend mobiliti terkini Malaysia ialah kereta elektrik (EV). Untuk tahun 2023 sahaja, 9000 EV telah didaftarkan sehingga bulan November. Sasaran Malaysia ialah 20 peratus EV dari jumlah jualan tahunan menjelang 2030. Angka ini diunjurkan akan meningkat ke 50% pada 2040 dan 80% menjelang 2050. Semakin banyak model baru EV dibawa masuk ke Malaysia. Jenama terkemuka EV, TESLA memasuki pasaran Malaysia dan memberi impak positif segera sebagai disrupter harga dan trend-setter EV Malaysia. Ramai golongan atasan yang beratur dan berhajat menyertai EV ‘bandwagon’, untuk menjadi golongan ‘terawal’ dan persepsi fear-of-missing-out (FOMO). Segala ciptaan dalam dunia ini ada baik dan buruk. Untuk permulaan, kita lihat dulu sisi negatif pemilikan EV; 1.        Kos permulaan yang tinggi. Walaupun dengan pelbagai insentif kerajaan termasuk pengecualian cukai dan subsidi, kos permulaan EV masih tinggi. Sebagai perbandingan, harga jualan BYD Dolphin adalah RM 40k lebih da

BERSATU: Sarang lacur politik Malaysia?

  Definisi Lacur dari kamus DBP ialah tidak jadi, malang atau sial. Terjemahan paling hampir dalam Bahasa Inggeris ialah ‘meretricious’ yang membawa definisi kelihatan menarik tetapi tiada nilai sebenar. BERSATU atau kadangkala juga disebut PPBM, terbit setelah Mahiaddin Yassin (TSMY) dan Mukhriz Mahathir dipecat dari UMNO kerana tidak selari dengan pendirian kabilah UMNO iaitu mempertahankan Najib Razak (Bossku) ketika kerahsiaan kes 1MDB baru terselak. TSMY kehilangan jawatan TPM, manakala Mukhriz jatuh dari kerusi MB Kedah. Lalu, TSMY berpakat dengan Tun M (Atok) dan seterusnya adalah seperti sejarah politik Malaysia yang kita semua tahu. Matlamat utama BERSATU ialah menyadur UMNO dan menjadi ‘default choice’ politik orang Melayu. Walaupun tidak dinyatakan secara umum, kita boleh faham bahawa prinsip utama tertubuhnya BERSATU ialah (1) membalas dendam pada Bossku dan (2) memadamkan UMNO dari arena politik Melayu. Jarak umur UMNO dan BERSATU ialah 70 tahun. Jika dilihat dari

PRN 2023 Kelantan: Siri 1 - Analisa awal

  Tak banyak boleh diperkatakan pasal politik Kelantan, memandangkan majoriti rakyat memilih kekal bersama PAS sejak 33 tahun lepas. Kesedaran rakyat mungkin satu-satunya faktor yang boleh menggugat penguasaan PAS. Dari segi kepimpinan politik, BN mempunyai grass-root lebih kat berbanding PH. Bagi kebanyakkan Kelantanese, PAS adalah sebahagian DNA maka kualiti kemimpinan dan perancangan Kerajaan bukanlah perkara yang patut dipentingkan. Ramalan awal: PAS kekal sebagai kerajaan negeri.