Langkau ke kandungan utama

Trend pemilikan EV di Malaysia – sisi negatif.

 



Selepas SUV, antara trend mobiliti terkini Malaysia ialah kereta elektrik (EV). Untuk tahun 2023 sahaja, 9000 EV telah didaftarkan sehingga bulan November. Sasaran Malaysia ialah 20 peratus EV dari jumlah jualan tahunan menjelang 2030. Angka ini diunjurkan akan meningkat ke 50% pada 2040 dan 80% menjelang 2050.

Semakin banyak model baru EV dibawa masuk ke Malaysia. Jenama terkemuka EV, TESLA memasuki pasaran Malaysia dan memberi impak positif segera sebagai disrupter harga dan trend-setter EV Malaysia.

Ramai golongan atasan yang beratur dan berhajat menyertai EV ‘bandwagon’, untuk menjadi golongan ‘terawal’ dan persepsi fear-of-missing-out (FOMO).

Segala ciptaan dalam dunia ini ada baik dan buruk. Untuk permulaan, kita lihat dulu sisi negatif pemilikan EV;

1.       Kos permulaan yang tinggi.

Walaupun dengan pelbagai insentif kerajaan termasuk pengecualian cukai dan subsidi, kos permulaan EV masih tinggi. Sebagai perbandingan, harga jualan BYD Dolphin adalah RM 40k lebih dari Perodua MyVi AV yang berharga RM 60k.

Ditambah lagi, kos pemasangan wall box charger adalah sekitar RM 3k-5k. Kos awal pemilikan awal EV dijangka mengambil kos sekitar RM 18K-20K.

 

2.       Faciliti pengecasan yang terhad

Walaupun banyak peningkatan, lokasi stesen caj masih terhad terutama di kawasan luar Lembah Klang. Pemanduan jarak jauh mungkin sedikit leceh dan memerlukan perancangan yang rapi. Perubahan destinasi saat akhir sebaiknya perlu dielakkan.

 

3.       Tempoh isian semula lebih panjang

Memenuhkan tangki 36 liter Perodua Myvi mungkin mengambil masa kurang dari 5minit, tetapi sebuah BYD Dolphin memerlukan 30-60 minit untuk isian semula caj elektrik.

Perjalanan dari KL ke Johor Bahru dengan EV mungkin memerlukan 1-2 jam lebih masa, mengambil kira waktu mengecas.

 

4.       Jarak pemanduan terhad

Secara teori, kita oleh pandu sejauh 550km dengan setangki penuh Perodua Myvi. Manakala dengan 100% kapasiti bateri penuh, sebuah BYK Dolphin Standard Range dijangka boleh mencapai jarak 340km. Beza 200km adalah agak besar dan memberi impak tabiat dan perancangan pemanduan jarak jauh.

 

5.       Kebimbangan bateri

Bateri mempunyai jangkahayat yang bergantung kepada banyak faktor seperti suhu, kekerapan caj, kualiti bateri dan penggunaan. Walaupun pembuat memberi jaminan bateri untuk beberapa tahun awal, maklumat pemilikan yang agak terhad masih memberikan ketidaktentuan apa yang bakal berlaku pada EV using. Bateri rosak memerlukan penggantian dan kos pastinya agak besar.

Disamping itu, proses menghasilkan bateri juga ada kesan besar pada persekitaran, walaupun EV itu sendiri tidak menghasilkan CO2 seperti kenderaan ICE.

 

6.       Susut nilai

Pemilikan EV di Malaysia masih baru dan trend susut nilai masih tidak dapat diketahui dengan jelas. Kebimbangan tentang bateri dan kepantasan teknologi boleh memberikan persepsi negatif  EV. Konsumer akan lebih memilih EV baru berbanding model terpakai. Teknologi EV tahun ini jauh ketinggalan dalam 5 tahun akan datang.

Jika mengambil contoh nilai jualan semula kenderaan hybrid, penyusutan nilai memang agak ketara jika dibandingkan dengan kereta ICE.

 

7.       Melupuskan EV

Kelaziman, semua barangan ada tarikh luput dan perlu dilukpskan dengan selamat. Bergantung kepada teknologi dan ilmu pada waktu itu, melupuskan EV adalah berlainan dari kereta ICE. Focus utama ialah pada pelupusan dan guna semula bateri EV. Jika kos melupus tinggi, ini akan memberi kesan kepada nilai jual semula EV.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...