Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel malaysiana

Bestnya PATI di Malaysia..!

1. B oleh keluar masuk dan seludup barang ke Malaysia dengan mudah. 2.  Bebas untuk bekerja di mana-mana, tidak terkecuali sektor keselamatan. 3. H idup tenang. Boleh berniaga,jadi tokey, beli rumah, tanah, dan kereta. 4.    Boleh dapat MyKad, buka akaun bank, dapat gaji bulanan, layak mengundi dan terima BR1M, dan yang terkini dapat lesen senjata api dari KDN. 5.  M embunuh dan berperang. Kemudian keluar semula dengan selamat.  This is Bolehland. .

XYL Auto - French Connection

Jika anda pemilik kereta buatan Perancis - Citroen, Peugeot & Renault, atau juga kereta nasional berjiwa Perancis, Proton Tiara dan Proton Savvy - dah bosan dengan 'kerenah' pusat servis rasmi atau mungkin juga mencari alternatif yang lebih ekonomi bagi membaikpulih dan memelihara kenderaan kesayangan, mereka yang tinggal di kawasan selatan, lebih khusus lagi JB, bolehlah berkunjung ke XYL Auto Services di Johor Jaya. Lokasinya mudah - Jalan Rosmerah 2/8, bersebelahan AMBank. XYL berkemahiran dan berpengetahuan bagi melayan kerenah enjin buatan Perancis. Harga caj juga tidaklah mencekik darah sebagaimana pusat servis rasmi. Mengambil contoh pusat servis Proton yang meletak harga RM1,800 hanya untuk menukar timing belt dan water pump Savvy!. Melalui pengalaman sendiri, kos menukar timing belt dan water pump di XYL hanyalah sekitar RM800-900. Masa diambil juga tidak terlalu lama, dalam 4-5 jam, tapi pastikan buat appointment 1-2 hari awal dan datang awal pagi untuk mela...

12 Januari 2013 : We are the BOSS!!

Salam, Jangan lupa 12 Januari 2013, kita berkumpul di KL! 1 Juta! Kita tunjuk pada Najib, pada Rosmah, pada SPR pada BN - kita tak kan di tipu! Jom KL 1 Juta!!!

Tanah Melayu punya Keretapi.

Minggu lepas, aku naik public transport di KL setelah lebih setahun. Waktu bermastautin sementara di Penang, public transport yang aku naik cumalah bas ekspress. Sejak Najib jadi PM yang diwaris dari Pak Lah, berbagai perancangan yang dijanjikan untuk public transport, terutama di KL. Pudu Sentral, TBS, MRT, LRT extension line adalah antaranya. Asas Rapid KL dan Rapid Penang oleh Pak Lah dilihat lebih stabil berbanding INTRAKOTA beberapa tahun dulu adalah bagus, tapi banyak lagi perlu dinaik taraf. Rapid KL LRT (aka STAR & PUTRA) pun ada perubahan, contohnya system tiket yang lebih efektif – kad prepaid dan paperless one-way coin. Frekuansi tren juga sudah ok, so xde lah bersesak-sardin lagi. Monorel pula kurang ‘rapid’ perubahannya, koc tetap sama pendek, slow n daif. Tapi ada satu yang tak berubah, atau kekal tak mahu berubah, KTM Komuter. Memulakan servis sebagai pengangkutan awam rel pertama Lembah Klang, tak banyak kisah hebatnya yang boleh dibanggakan. Jumlah tren yang makin ...

Jangan kurang 24

“Kerajaan Malaysia telah menetapkan 24 darjah celcius sebagai suhu minimum hawa dingin di semua premisnya. Arahan ini disebut akan dikuatkuasakan dalam masa terdekat dengan perancangan untuk penguatkuasaan di premis syarikat swasta dan persendirian dijangka bermula pada tahun 2013. Menurut Peter Chin, Menteri Kementerian Tenaga, Air & Teknologi Hijau, penurunan satu darjah suhu hawa dingin akan menyebabkan peningkatan perbelanjaan utiliti sebanyak 4 hingga 7 peratus....” Satu langkah yang bijak dan ‘eco-friendly’ dari kerajaan yang boleh memberi impak besar untuk alam sekitar dan kantung kerajaan. Jika sebelum ini, kita lihat tiada sebarang arahan rasmi tentang hal ini, kawalan suhu di pejabat-pejabat di Malaysia dibuat sesedap rasa atau ‘mengikut keselesaan bos’ saja. Sebab itu kita boleh lihat ramai staff dipejabat ‘terpaksa’ memakai baju sejuk, memakai berlapis baju untuk menyesuaikan diri dengan ‘iklim ’ mereka. Sesuatu yang tidak perlu jika kawalan suhu dibuat secara ...

PRU DUN SARAWAK 2011 - UNDI UNTUK PERUBAHAN

Insyallah, esok 16 April, akan berlangsung Pilihanraya Umum bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak kali ke-10. Sarawak, kubu kuat atau ‘fixed deposit’ bagi BN, adalah negeri terbesar di Malaysia yang kaya dengan hasil minyak dan balak. Bila sebut pasal Sarawak, pasti tak lepas dari dikaitkan dengan Taib Mahmud, Ketua Negeri yang telah menjawat jawatan lebih 30 tahun. Kali ini, BN mendapat tentangan hebat dari pembangkang, SNAP dan PR. Najib sendiri mengakui tentangan kali ini adalah antara yang terhebat dalam sejarah pilihanraya Sarawak. Generasi baru sekarang sudah lebih terdedah, dan tak hanya tertumpu kepada media perdana yang byk memutar belit dan menbesar-besarkan cerita kehebatan kerajaan BN dan mereka cerita buruk untuk menjatuhkan pembangkang. Rasanya, generasi baru Sarawak lebih bersedia untuk berubah. Mungkin sudah bosan melihat wajah ‘lelaki tua berambut putih’ yang beraja dimata mereka, yanng sudah banyak membaham hasil bumi dan hak mereka, lebih ganas dari buaya Bujang Senang....

Hebatkan kerja anda!!

Minggu lepas waktu balik dari kerja, dengar satu topik yg dibincang Prem & Zher dalam FlyFM – “Glamorize your work”. Ubah nama kerjaya anda untuk bunyi yang lebih glamour, dengar macam hebat. Beberapa hari sebelum tu, Abg Sham kat ofis baru je sebut, dulu2 (10-15 tahun lepas) kalau mak bapak girlfriend dgr kita kerja ‘juruteknik’, diorang mcm kurang nak pandang, tapi kalau sebut ‘technician’ baru rasa nk bukak mata nak tengok. Mcm tu jugak agaknya kalau orang dengar boyfren anak dia lawyer, doktor, pilot…engineer?? Hmmm…. Apa jadi kalau beberapa nama kerja kita diubah kepada lebih glamour? DJ jadi ‘speech engineer’, Insurance salesperson/consultant jadi ‘Life Saving Specialist Specialist’..wow! Byk lagi nama kerja yg dengar mcm hebat..indah kabar dari rupa mcm Guest Reletionship Officer (GRO)…wow…. Tapi yang lebih hebat bila ‘pump attendent’ stesen minyak jadi “Fuel Transfer Agent for Multinational Oil & Gas Company”..! Dahsyatkan? Dengar nama kerja kita yg hebat mmg lah boleh...

Sumpah, Sesumpah, Menyumpah…..Menyampah

UMNO berhimpun kembali untuk kali kedua tahun ini. Apa seronoknya bila UMNO berkumpul?? Masa inilah kita dapat lihat, pemolitik-pemolitik Melayu bertegang urat leher berucap, berkobar2 menyokong..kononnya membela nasib nusa bangsa….betul ke? Macam2 usul di usul, sampai tersasul…Macam2 program ditubuh, terkini Skuad Penyayang..siapa yang sayang menyayang? Ahli UMNO, 1 Malaysia atau najib dan Rosmah?;) Terkini yang aku baca, saudara Khairy, berucap sebagai Ketua Pemuda buat julung kali..aku tak pasti dia kena booo ke tidak kali ini, tapi yang pasti siapalah KJ dimata Najib…KJ cakap “ Pemuda UMNO berikrar nak pastikan Anwar Ibrahim takkan bentuk kerajaan…” Tapi kenapa? UMNO dan BN dah nak rasa kalah untuk PRU akan datang ke? Ikrar atau sumpah tak banyak beza…nampak gaya UMNO memang parti melayu…kalau lihat mitos dulu2, Melayu memang tak boleh rengang dengan sumpah…Mahsuri, kelembai, Mak Pekan..semuanya dikatakan mujarab sumpahnya..Boleh percaya ke?? KJ juga dh mula bersumpah…kalau dulu, S...

Formula-Satu-Malaysia

TERHARU dan BIRU. Sebagai rakyat Malaysia, itulah perasaan pabila PM terchenta ‘menghadiahkan’ sebuah pasukan F1 beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Dengan muka bangga, PM Najib dan taiko2 bisnes Malaysia mengumumkan “ Pasukan F1 1Malaysia akan menjadi pasukan F1 ke-13 dalam siri F1 Grand Prix bermula tahun 2010…” Apakah rasionalnya pengumuman itu ketika ekonomi dunia sedang bergoncang, dan lebih khusus lagi, ketika beberapa pasukan F1 mula menarik diri bagi menyelamatkan diri dari muflis lebih teruk? Pada fikiran aku yang naïf berpolitik dan ber’bisnes’, pro-nya adalah lebih sedikit berbanding kontra-nya yang makin membukit. Positifnya dilihat oleh ramai sebagai medan bagi mencari publisiti/penjenamaan bagi syarikat2 gergasi Malaysia, contohnya Proton, Air Asia, NAZA dan beberapa lagi kompeni lain. Dan juga bagi menyediakan medan bagi rakyat Malaysia membuktikan kemampuan mereka dalam bidang berkaitan F1 – engineering, business dan marketing. Tapisatu soalannya, adakah kompeni...

Kartika, Arak & Rotan

Kartika Sari Dewi Shukarno – wanita muslim pertama di Malaysia yang akan menjalani hukuman sebat akibat kesalahan meminum arak. Adakah ini bermakna beliau juga ialah wanita muslim pertama minum arak di Malaysia?? Bukanlah mahu menuduh, tapi melihatkan situasi persekitaran, rasanya lebih ramai wanita muslim yang minum arak diluar sana selain Kartika. Kartika dijadualkan akan menjalani hukuman itu dalam minggu ini, tetapi JAIP telah menunda hukuman itu atas alasan bagi menghormati Ramadan. Kehairanan yang timbul ialah, ketika Kartika dan keluarganya telah redha dan bersedia bagi menjalani hukuman sebatan itu, ramai pula yang bersuara agar Kartika merayu atas hukumannya itu. Ini termasuklah PM Najib Razak, Shahrizat Jalil dan beberapa NGO menyuarakan pendapat ini . Kenapa? Kenapa Najib & Sharizat perlu takut?? Takut isteri atau diri sendiri disebat sama?? Atau lebih ramai wanita ‘sosial’, artis atau anak2 kenalan mereka bercalar badan kerana disebat?? Itu belum lagi jika Hudud dilaksa...

Kebijakkan atau Kebodohan

Hak pengundi berdaftar ialah keluar mengundi dan memilih wakil mereka. Hari ini di N11, Permatang Pauh, Penang, wakil mereka di DUN akan dipilih. Rohaizat, calon BN, seorang bekas Peguam akan menentang , En Salleh Man, P/Jaya Pas Penang yang juga seorang usahawan dengan kelayakan Sarjana Muda. Kredibiliti wakil rakyat amat penting, tapi mengapa BN begitu tersinggung jika PAS dan PR menyerang peribadi Rohaizat, bukankah rakyat berhak memilih wakil yang bersih, cekap dan amanah? Banyak cerita panas tentang Rohaizat yang kita dengar. Isu pecah amanah, dilucutkan kelayakan Peguam serta kisah rumahtangganya, semuanya mewarnai kempen. Tidak pula kita dengar BN memainkan isu peribadi calon PAS, mungkin kekeringan idea, atau tiada apa untuk digossipkan. TPM, Muhyiddin Yassin, dengan lantang menggesa pengundi ‘bijak’ memilih wakil rakyat. Adakah tafsiran ‘bijak’ itu ialah mengundi BN, dan maksudnya pengundi di lima negeri dalam PRU tahun lepas semuanya ‘bodoh’ kerana memilih PR? Tapi BN lebih g...

Liqayatali

Sebelum ni, aku ada cerita pasal satu kedai nasi kandaq yang start bisnes pukul 10 malam sampai pagi. So, awal pagi Ahad yang lepas, lepas balik kerja, kitorang pun mencuba nasib le. Nama kedai tu, ‘Restoran Liqayatali’ ataupun nama famousnya ‘Nasi Kandar Beratur’. Bersebelahan dengan Masjid Kapitan Keling..masjid klasik. Tak tau la aku apa specialnya nasi kandaq kat kedai tu…aku tengok dan rasa sama je dengan nasi & lauk kat kedai lain…nasi letak kari…lauk panadai2 pilh…ada 2-3 famili gak makan pukul 3 pagi tu..couple amoi & abeng baru balik clubbing pun ada gak…aku pun tak tau le…mungkin dah kena kas2 kari. ataupun family tu tengah rehearsal nak sahur Ramadan akan dating…barangkali… So, kalau nak toray makan nasik kandaq yang kena beratur, datanglah ke Liqayatali ni..tapi jangan pulak panas hati kena beratur, sebab banyak lagi kedai nasi kandaq yang tak kena beratur kat Georgetown ni… Tak salah mencuba….

Jalan-jalan, Makan-makan...

Jalan2 dan makan2 adalah dua perkara berbeza. Untuk jalan2, harus ada transport, untuk makan2 harus ada makanan. Walaupun dah lebih dua bulan aku kat Penang ni, tp 2 aktiviti ni aku baru mula dalam 3 minggu terbelakang ni…Kenapa? Entah.. Memang tipu lah kalau orang cakap susah cari makan kat Penang ni. Aku rasa hamper setiap jalan kat Penang ni ade kedai makan. Kecuali le Penang Bridge tu, takda kedai makan, tapi kalau ikut idea design Pak Lah, 2nd Bridge ni pun akan ade tempat rehat2 makan2 kat tengah-tengah laut. Kita tengok je la nanti. Mungkin lifestyle org Penang ni suka makan luar, mungkin sbb dah sibuk cari duit siang hari. So, malam2 diorang pun beserakkan la keluar makan, sampai le tengah pagi. Sampai ada satu kedai nasi lemak tu, diorang stat berniaga pukul 2 pagi. Tak ke gile makan namanye tu?MAkan nasi lemak pagi2, macam nak sahur. Padang Kota, Padang Brown, Jalan Chulia, Free School, Jalan Penang, Gurney drive tu sume nama2 famous foodcourt kat Penang yang aku tau dan aku ...

Manik Mengurai

Manik Urai bukanlah sebuah metropolitan ataupun ibu negeri Kelantan, tapi sejak 2-3 minggu kebelakangan ini, aku fikir graf popularitinya sudah menyamai KL atau Kg Buah Pala kat Penang…haha…Semua berpusu-pusu ke Manik Urai ; PM, TPM, Menteri, YB2, tokoh2 korporat, kompeni2 kroni,geng2 parti lawan, wartawan dan juga tukang sorak dan tukang sibok. Tapi semua tu takkan ada lagi minggu depan kerana pabila tamat sahaja sesi mengundi Pilihanraya Kecil DUN petang ini, semua gerombolan2 ini akan berduyun2 pulang. Lambat atau cepat, semuanya bergantung kepada keputusan malam ini.Kalau menang, sampailah pagilah kokoknya, kalau ada bayangan kekalahan, cepat2 angkat kai sebelum kene maki…. Macam2 janji, macam2 kontroversi ada…Konflik dalaman parti lah, Janji2 kalau menang lah, isu royalty minyak, nak bikin jambatan baru, PPSMI dimansuh, janji2 100hari jadi PM…semuanya mewarnakan kempen….itu belum kira yang datang tolong cat rumah, tar jalan, bagi sumbangan rakyat miskin atau melawat orang2 tua uzu...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...

2-1

Alhamdulillah, kemenangan untuk 2 PRK berpihak kepada PR. PR berjaya mengekalkan kerusi yang dimenangi dlm PRU sebelum ini, walaupun diasak hebat oleh BN. Memang benar, ia tidak membawa apa2 berubahan pada negara, dan kedudukan DS Najib sebagai PM M'sia serta BN sebagai parti pemerintah. Tetapi, ia menunjukkan isyarat jelas dari rakyat - tidak kira siapa pun yang menjadi PM dikalangan pmimpin BN/UMNO, kelemahan/penipuan BN sudah tidak dapat diterima. Janji2 untuk perubahan, hanyalah tiket untuk kekal berkuasa. Rakyat sedar, walau siapa pun yang dilantik sebagai PM baru, nota perjalanannya tetap sama selagi BN terus berkuasa. BN jelas panik untuk menghadapi 3 PRK ini....semuanya dilakukan secara terpaksa. Bermula dari peralihan kuasa dari Pak Lah kpd Najib, Pembebasan tahanan ISA, 'pembebasan semula' Harakah & Suara Keadilan dan juga kemasukan semula Tun M kedalam UMNO - serta mempergunakan Tun M sebagai jentera pilihanraya BN. Semuanya dilakukan untuk memancing undi dan...

TOL-LOL

T 10cent hi-way? in your dream... harga tol nak naik lagi.... memang le aku takde kete..tp kalau semua 'peng-kereta2' ni sibuk2 nak naik tren ke bas ke sbb tol mahal, siapa yg susah?? aku jugak...sebab terpaksa naik tren mcm sardin..sardin pun kira ok...tin kecik 2ekor je duduk..kalo tin besar boleh gak dok ramai2... ekonomi turun...rate interest bank naik......minyak turun....tol naik.... so mcmana aku nak beli kereta...?gaji pun tak naik2... tu belum kira belanja nak kawin..nanti dula la.... dah le tax kereta kat malaysia ni 150%-200% , Honda Jazz yang ciput tu pun dh RM100K....fuhh... kenaikan tol ni termasuk dlm pakej rangsangan ekonomi Najib? aku tak rase terangsang pun... tapi tak tau lah geng2 diorang.... tokey2 besar aku rase hari2 terangsang.... orang biasa??.....gersang...kais pagi makan petang....

Anak Tupai...

Lagu 'Anak Tupai" - OST Budak Kelantan....baik korang tengok cite ni....sedap deh... Ado sekor…anok tupai… Atas jula mokte… kudung ekor..perut lapar… jale cari make….(2x) (2x) kejadie Tuhe..dipanggil namo tupai.. asalnyo dale hute… sejenis mamalia… (2x) kalu pasal jakit kot dehe… diolah yang paling panda… jatuh jaghe-jaghe kerano dio tok sobar… panda-panda tupai melopat jatuh tanoh jugok… nok wi kabar..oghe jahat… jange terlajak manggak… ooo…oghe zaman dulu… pakat hambat tupai… bimbang ko woh kayu … takut tok de besar… (2X) nyo durian duku… kalu de nyo kerit tupai… pendek tahun tuh…nyo durian tok de nok jual…. ooo…sekat bedil ado… tupai habih mati…. hok ni lah sayo raso… kito sgt rugi… (2x) kito manusia…tinggi mano pon kito ngaji… nok wak tupai sekor tentu skali nyo tok jadi oooo…raso siye sunggoh…. tgk sekor anok tupai.. krano terlajok kuruh… sapa tokleh niti pagar… (2x) bulu-bulu pon habis luruh… air mato bera-bera… maghi dale baruh bokali keno racun bakar. Korang faham tak ...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

Pasca PRK Parlimen K.Terengganu

Tahniah kepada calon PAS, Hj. Mohd Abd. Wahid, kerana telah dipilih oleh penduduk K.Terengganu untuk menjadi wakil baru mereka di Parlimen. Kepada calon BN, Datuk Wan Farid & calon bebas, En. Azharuddin, terima dan hormatilah suara majoriti penduduk K.T. Pengundi K.T telah menunjukkan kepada kita bahawa, calon yang bereputasi tinggi, bekas Timbalan Menteri yang datang dari keluarga ‘elit’ dengan disokong dengan bapak2 menteri dengan reputasi dan populariti yg tinggi dari Putrajaya dan janji2 kebendaan yang tiada hadnya tidak menjanjikan kemenngan. PAS dan PR hadir dengan reputasi ‘underdog’ dan ini memaksa mereka berusaha dengan lebih keras untuk kemenangan. Walaupun tanpa bantuan media terutamanya TV3 dan RTM, kita yg berada diluar K.T merasakan bahawa tentulah calon BN yang akan menang mudah. Pelbagai program dengan masyarakat ditonjolkan, dan memperlihatkan seolah2 calon PAS langsung tidak mampu menarik perhatian pengundi. Kepada PR, berusahalah dengan lebih keras untuk memenuhi...