Langkau ke kandungan utama

Jangan kurang 24



“Kerajaan Malaysia telah menetapkan 24 darjah celcius sebagai suhu minimum hawa dingin di semua premisnya. Arahan ini disebut akan dikuatkuasakan dalam masa terdekat dengan perancangan untuk penguatkuasaan di premis syarikat swasta dan persendirian dijangka bermula pada tahun 2013. Menurut Peter Chin, Menteri Kementerian Tenaga, Air & Teknologi Hijau, penurunan satu darjah suhu hawa dingin akan menyebabkan peningkatan perbelanjaan utiliti sebanyak 4 hingga 7 peratus....”

Satu langkah yang bijak dan ‘eco-friendly’ dari kerajaan yang boleh memberi impak besar untuk alam sekitar dan kantung kerajaan. Jika sebelum ini, kita lihat tiada sebarang arahan rasmi tentang hal ini, kawalan suhu di pejabat-pejabat di Malaysia dibuat sesedap rasa atau ‘mengikut keselesaan bos’ saja. Sebab itu kita boleh lihat ramai staff dipejabat ‘terpaksa’ memakai baju sejuk, memakai berlapis baju untuk menyesuaikan diri dengan ‘iklim ’ mereka. Sesuatu yang tidak perlu jika kawalan suhu dibuat secara bijak oleh pasukan selenggara bangunan.

Diharapkan selepas ini, iklim dipejabat akan lebih masuk akal. Tak perlu lagi makcik-makcik memakai baju kurung dengan ‘sweater’, kita bukannya negara iklim sejuk!. Lebih penting lagi , juga wang yang dapat dijimatkan dapat disalur ke projek yang lebih masuk akal dan berguna.

Y/L ; Jangan bila suhu opis dah naik jadi 24darjah C, orang-orang gomen plak jadi cepat naik panas nanti.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

sejarah ALFA ROMEO

ALFA ROMEO. Jenama hebat dari Itali, penuh dengan tradisi, sejarah , seni, ego dan romantik. Kalau pun ia bukan jenama paling hebat, ia mungkin salah satu dari jenama terhebat dalam sejarah dunia otomotif. Nama asal Alfa Romeo ialah SAID, ringkasan dari Societa Anonima Italiana Darracq (Syarikat Italy Darrarq). Alexandre Darrarq adalaha nama ahli perniagaan dari Perancis, dan SAID merupakan cabang perniagaan otomobilnya di Itali. SAID sempat menghasilkan 2 model kenderaan, namun perusahaan ini tidak berjaya dan ditutup pada tahun 1909. Iklan kereta jenama Darracq Dalam tahun 1909, fasiliti pengeluaran SAID bepindah ke Milan diwilayah Lombardy dan kekal menghasilkan kenderaan dibawah kelolaan Ugo Stella. Bagi menandakan perubahan pemilikan, syarikat ini diberi nama baharu, Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A (Kilang Kereta Lombarda). Logo ALFA ROMEO yg masyhur juga diciptakan selepas berpindah ke kilang ini. ALFA memulakan aktiviti lumba kereta pada 1911, ha...

Rebiu Buku – WTF? 23 Hartanah Sebelum Berumur 30

Buku ini bukanlah ‘kitab ulung’ ilmu hartanah, tetapi tulisan Faizul Ridzuan ini boleh memberikan pengetahuan asas memiliki hartanah. Merangkumi perkara asas pemilikan rumah, hinggalah sampel analisa sesebuah ‘properti’, Faizul berkongsi pengetahuannya dengan pembaca. Diterjemahkan oleh blogger Ariff Shah dari versi WTF? Bahasa Inggeris, buku ini amat popular dikalangan ‘investor’ muda untuk berkenalan dengan ilmu dan prosedur penting sebelum, ketika dan menjual hartanah. Disampaikan dengan bahasa yang mudah difahami dan santai, jutawan muda Faizul menjadikan pengalamannya sebagai contoh mudah bagi menyampaikan mesej. Faizul berjaya memahamkan pembaca mengenai terma-terma pembelian rumah, dan langkah awal persediaan memiliki rumah dalam persekitaran Malaysia. Siri buku Wa Tak Faham yang bagus  dan ‘kesederhanaan’ Faizul sangat wajar dicontohi.

Kenapa siaran langsung F1 tiada di stesen TV percuma di Malaysia?

Tahun 2010, Malaysia mendakwa sudah ada 3 pasukan ‘Malaysia’. Petronas menaja pasukan Mercedes GP, dan Proton melalui anak syarikatnya Lotur Cars UK menaja pasukan Renult F1 yang kini namanya menjadi Lotus-Renult F1. Entreprenuer ternama negara Tony Fernandes pula membangunkan Team Lotus dengan meupayaan kewangannya sendiri. Hebat bukan? Negara yang kecil seperi Malaysia, yang tiada seorangpun pemandu F1 melainkan AlexYoong beberapa tahun lalu mempunyai kaitan dengan 3 team F1. Membanggakan? Aku tak kisah, berapa banyak lagi GLC Malaysia yang nak menaja F1. Yang aku kisah sekarang, kenapa siaran langsung F1 tak ada lagi di stesen TV percuma Malaysia. RTM dengan TV1, TV2 atau Media Prima dengan TV3, NTV7, 8TV atau TV9, tak mampukah mereka menayangkan siaran langsung F1 percuma? Kenapa perlu langgan ASTRO untuk menonton F1, walaupun F1 tu berlangsung dibumi Malaysia sendiri? Bila Najib cakap Rakyat didahulukan, aku cuma nampak ‘rakyat yang selalu kena dulu’. Petronas boleh membelanjakan...