Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Proton

SUV ke-3 Proton: X90

Posting terakhir di YL ialah 1038 hari yang lepas, bersamaan 43 bulan atau 3 tahun 7 bulan. Tiada penjelasan khusus tentang ‘senyap’ yang panjang; komitmen harian, kelesuan dan kemalasan hanyalah sekadar alasan. Namun, selepas melihat pelancaran rasmi oleh PMX semalam, minat menulis muncul kembali! Proton meneruskan formula sama sejak permulaan kolobrasi Geely - menukar posisi steering dan segala yang perlu (termasuk lencana) dan penghasilan tempatan. Model asas X90, Geely Haoyue/Okavango bermula sebagai pelengkap penawaran dari Geely untuk SUV 3-baris, alternatif kepada MPV. Bagi versi Proton, model ini diposisikan sebagai model ‘Perdana’ (flagship), maka beberapa ‘upgrade’ diberikan untuk rasa premium. Perkara unik bagi X90 ialah teknologi hybrid-ringan; pertama seumpanya bagi model jenama tempatan. Perbandingan harga dengan pesaing langsung seperti Mazda CX-8, Kia Sorento dan Hyundai Santa Fe adalah sekitar RM 40-60 ribu, menjadikan X90 sebagai model yang patut disenarai pendek....

Logo Proton baharu

Ini logo terkini Proton bermula dari 24 September 2019 dan ke hadapan. Masih bertemakan kepala harimau tetapi lebih ringkas, tiada lagi perisai sebagai ‘penjara’. Logo ini akan membuat kemunculan kali pertama pada Proton X70 versi CKD. Geely sebagai pemilik sebahagian Proton merasakan perlu untuk memperkenalkan logo baharu sekarang selepas 2 tahun memiliki Proton. Kemungkinan untuk lari dari imej Proton dibawah DRB-Hicom dimana prestasi dan hala tuju sangat tidak menyakinkan. Kepala harimau ini lebih dinamik, kelihatan bergerak ke hadapan dgn lebih yakin. Buat masa sekarang mungkin kelihatan pelik kerana kita sudah terbiasa dengan logo sedia ada. Diharapkan Proton terus maju pada masa akan datang. Logo baharu mungkin satu perubahan kecil daripada semua perubahan yang telah dan akan berlaku untuk Proton.

Perlukah kita optimistik dengan PROTON?

Sejak DRB-Hicom dan GEELY berkongsi PROTON, banyak pandangan berbeza tentang halatuju dan keaslian PROTON sebagai jenama Malaysia. Penulis merasakan ada beberapa sebab kita perlu optimis dengan masa depan PROTON. PROTON sudah melalui era paling teruk dalam sejarah penubuhannya, dan tak mampu lagi untuk jatuh lebih teruk melainkan jika Malaysia merasakan sudah sampai masanya PROTON perlu dikuburkan. Inisiatif DRB mencari rakan kongsi juga patut dihargai, memandangkan agak mustahil untuk kekal relevan dengan kekangan modal, teknologi & kepakaran dan pasaran yang terhad. PROTON kini dibarisi pasukan pengurusan yang dipilih oleh DRB dan GEELY. Pertama kali mempunyai ‘orang luar’ sebagai CEO, Dr. Li Chunrong dilihat memiliki komptensi dan  berpengalaman luas bagi membantu PROTON dan dalam masa yang sama menjaga kepentingan pelaburan GEELY dalam PROTO, 2-dalam-1. Gabungan pengurusan terbaharu diyakini boleh membuat keputusan yang betul bagi PROTON. Melihat hasil pelaburan ...

Preve dan Suprima S facelift - apa yang Proton patut buat?

Preve dan Suprima S kekal tanpa sebarang perubahan sejak 2012. Untuk segmen C, Proton tiada pilihan lain selain menyegarkan model Preve and Suprima S yang sedia ada. Mengambil kira Proton yang masih dalam pelan pumilihan, kekangan modal, dan pasaran Proton yang terhad pada dalam negara sahaja, apa yang terbaik bagi Proton ialah mengutamakan pada kelemahan ketara model-model ini. Beberapa cadangan bagi menambah baik Preve dan Suprima S, dari pengalaman dan pemerhatian penulis. 1.        Nama Menghasilkan dua model yang 90% hampir sama dengan nama yang berbeza agak kurang logic mengambilkira saiz pasaran Proton. Proton patut meletakkan Suprima S dibawah varian Preve. Nama yang boleh diguna pakai mungkin Preve S, Preve Sports atau Preve Fastback. Sekurang-kurangnya kedua model ini boleh berkongsi kekuatan untuk menembusi target yang berbeza. 2.        Enjin/Transmisi Enjin CFE/Turbo perlu dikekalkan, tapi penghalu...

Pelan pemulihan Proton akhir 2018?

Menurut DRB-HICOM, pemulihan bisnes Proton bersama Geely hanya akan siap akhir 2018. Mengambil kira pembelihan syer oleh Geely telah berlaku pada Jun tahun ini, maksudnya lebih 1 tahun setengah diperlukan bagi meletakkan semua plan ditempatnya. Industri mengatakan ia adalah tempoh biasa yang akan diambil oleh pemain industri. Dirasakan DRB-HICOM wajar meletakkan plan jangka pendek untuk Proton sementara menunggu semua plan direalisasikan bersama Geely. Jangan terlepas pandang asas bisnes Proton iaitu menghasilkan dan menjual kereta. Tanpa jualan, kewujudan Proton adalah tidak relevan. Secara jujurnya, Prestasi Proton pra-DRB adalah lebih baik. Sejak dibawah payung DRB, Proton sekadar biasa-biasa sahaja, tanpa visi khusus untuk menjadi pesaing otomotif lebih besar. Kebanggaan jenama dan rekod jualan makin merosot ditelan pasaran yang semakin agresif. Membandingkan rekod jualan 2015 dan 2016, Proton penurunan jualan hampir 30% (hampir 30,000 unit). Statistik jualan separuh tahun ...