Langkau ke kandungan utama

SUV ke-3 Proton: X90


Posting terakhir di YL ialah 1038 hari yang lepas, bersamaan 43 bulan atau 3 tahun 7 bulan. Tiada penjelasan khusus tentang ‘senyap’ yang panjang; komitmen harian, kelesuan dan kemalasan hanyalah sekadar alasan. Namun, selepas melihat pelancaran rasmi oleh PMX semalam, minat menulis muncul kembali!

Proton meneruskan formula sama sejak permulaan kolobrasi Geely - menukar posisi steering dan segala yang perlu (termasuk lencana) dan penghasilan tempatan. Model asas X90, Geely Haoyue/Okavango bermula sebagai pelengkap penawaran dari Geely untuk SUV 3-baris, alternatif kepada MPV. Bagi versi Proton, model ini diposisikan sebagai model ‘Perdana’ (flagship), maka beberapa ‘upgrade’ diberikan untuk rasa premium. Perkara unik bagi X90 ialah teknologi hybrid-ringan; pertama seumpanya bagi model jenama tempatan.

Perbandingan harga dengan pesaing langsung seperti Mazda CX-8, Kia Sorento dan Hyundai Santa Fe adalah sekitar RM 40-60 ribu, menjadikan X90 sebagai model yang patut disenarai pendek. Jurang lebih RM50 ribu nampak besar, tetapi mengambil kira, saiz engine, kualiti binaan, persepsi jenama dan asal usul – jurang harga bukanlah ‘masalah’ bagi golongan pembeli sasaran yang semestinya arif dengan kemampuan ekonomi mereka.

X90 bukanlah model yang akan melonjakkan angka jualan Proton, mahupun mengubah persepsi kemajuan ilmu kejuruteraan Proton. Ia hanya meneruskan formula asas kolobrasi bersama Geely iaitu kejuruteraan lencana (rebadging) sambal mengambil kesempatan dari trend kegilaan pada fashion SUV. Dari perspektif Proton, project X90 adalah pembuktian potensi fasiliti produksi lokal bagi teknologi elektrifikasi dan kemampuan memenuhi standard kualiti Geely/Volvo.  

Jika Proton masih ingin menjadi antara pemain otomotif utama ASEAN, penulis berpendapat X90 bukan pemangkinnya. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Logo Proton baharu

Ini logo terkini Proton bermula dari 24 September 2019 dan ke hadapan. Masih bertemakan kepala harimau tetapi lebih ringkas, tiada lagi perisai sebagai ‘penjara’. Logo ini akan membuat kemunculan kali pertama pada Proton X70 versi CKD. Geely sebagai pemilik sebahagian Proton merasakan perlu untuk memperkenalkan logo baharu sekarang selepas 2 tahun memiliki Proton. Kemungkinan untuk lari dari imej Proton dibawah DRB-Hicom dimana prestasi dan hala tuju sangat tidak menyakinkan. Kepala harimau ini lebih dinamik, kelihatan bergerak ke hadapan dgn lebih yakin. Buat masa sekarang mungkin kelihatan pelik kerana kita sudah terbiasa dengan logo sedia ada. Diharapkan Proton terus maju pada masa akan datang. Logo baharu mungkin satu perubahan kecil daripada semua perubahan yang telah dan akan berlaku untuk Proton.

Anak Tupai...

Lagu 'Anak Tupai" - OST Budak Kelantan....baik korang tengok cite ni....sedap deh... Ado sekor…anok tupai… Atas jula mokte… kudung ekor..perut lapar… jale cari make….(2x) (2x) kejadie Tuhe..dipanggil namo tupai.. asalnyo dale hute… sejenis mamalia… (2x) kalu pasal jakit kot dehe… diolah yang paling panda… jatuh jaghe-jaghe kerano dio tok sobar… panda-panda tupai melopat jatuh tanoh jugok… nok wi kabar..oghe jahat… jange terlajak manggak… ooo…oghe zaman dulu… pakat hambat tupai… bimbang ko woh kayu … takut tok de besar… (2X) nyo durian duku… kalu de nyo kerit tupai… pendek tahun tuh…nyo durian tok de nok jual…. ooo…sekat bedil ado… tupai habih mati…. hok ni lah sayo raso… kito sgt rugi… (2x) kito manusia…tinggi mano pon kito ngaji… nok wak tupai sekor tentu skali nyo tok jadi oooo…raso siye sunggoh…. tgk sekor anok tupai.. krano terlajok kuruh… sapa tokleh niti pagar… (2x) bulu-bulu pon habis luruh… air mato bera-bera… maghi dale baruh bokali keno racun bakar. Korang faham tak ...

EPL 2024/25 : Ramalan

  Keputusan akhir Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2023/24 P1 – Man City (91) P2 – Arsenal (89) P3 – Liverpool (82) P4 – Aston Villa (68) P5 – Tottenham (66) P6 – Chelsea (63) P7 – Newcastle (60) P8 – Man United (60)   Ramalan keputusan akhir EPL musim 2024/25 P1 – Arsenal P2 – Man City P3 – Man Utd P4 – Liverpool P5 – Tottenham P6 – Newcastle P7 – Aston Villa P8 – West Ham   P1 – Arsenal: Selepas tempat ke-2 dalam 2 musim   berturut-turut, Arteta sepatutnya cukup pengalaman untuk menjadi juara musim ni. Juara EPL adalah pilihan wajib buat Arteta dan skuadnya.   P2 – Man City: Ada 3 sebab kenapa aku ramal Man City akan gagal jadi juara musim ini. (1) Selepas treble (2022/23) dan double (2023/24), majoriti pemain teras Pep sudah berusia dan mula berfikir untuk permulaan baru; KDB, Ederson, Kyle Walker, Bernardo Silva semuanya dikaitkan dengan transfer out sejak musim lepas. (2) Alvarez berpindah keluar untuk keluar...