Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 5 perkara

5 perkara penting- GENESIS MOTORS

GENESIS MOTORS – cabang barisan mewah jenama HYUNDAI, seperti LEXUS untuk Toyota, ACURA untuk Honda, INFINITY untuk Nissan dan EXEED untuk jenama Chery. Penulis jangka jenama ini akan bersaing dengan agresif dalam masa terdekat, mengambil kira kemampuan kewangan dan cita-cita besar Hyundai. Ini lima perkara penting yang perlu kita tahu mengenai GENESIS. 1.        GENESIS bermula dari sebuah model konsep Hyundai pada tahun 2007 yang menggambarkan “terjemahan berterusan sebuah sedan sports moden, dengan pacuan roda belakang”. Pada 2015, Hyundai secara rasmi mengumumkan GENESIS sebagai jenama yang berdiri sendiri. 2.        Generasi pertama Hyundai Genesis meletakkan BMW Siri-5 sebagai tanda aras. Hyundai memasarkan generasi pertama sebagai “prestasi BMW Siri-5, dengan kemasan dalaman Siri-7, pada harga Siri-3”. 3.        GENESIS melancarkan model pertama dan perdana-nya G90 di Korea p...

Tengok kereta : Proton Suprima S

1.  Menerima 5-bintang ANCAP dan MYCAP dan dikatakan sebagai kereta paling berkualiti setakat ini daripada Proton. 2.  70 minggu (18 bulan atau 1 ½ tahun) untuk Proton memotong Preve sedan menjadi  Suprima S hatchback, menukar skim warna dashboard dan fabrik kerusi kepada kulit dan menampal logo TURBO dan ‘Handling by Lotus’ pada Suprima S. 3.  Biarpun dengan rekebentuk, enjin dan saiz yang hampir sama dengan Preve, Suprima S dinamakan Suprima S tanpa sebab yang logik dari Proton. 4.  Penggunaan minyak Suprima S ialah 9.1liter / 100km. Untuk perbandingan, penggunaan minyak untuk Honda Accord 2.0L (model 2013) ialah 7.7liter/100km manakala untuk Toyota Vios (model 2013) ialah 6.3liter /100km. 5. ' Rear diffuser’ Suprima S hanyalah kosmetik semata, tidak memberi kesan aerodinamik dan hanya memburukkan lagi penampilan. Cuba lagi Proton!    

Bestnya PATI di Malaysia..!

1. B oleh keluar masuk dan seludup barang ke Malaysia dengan mudah. 2.  Bebas untuk bekerja di mana-mana, tidak terkecuali sektor keselamatan. 3. H idup tenang. Boleh berniaga,jadi tokey, beli rumah, tanah, dan kereta. 4.    Boleh dapat MyKad, buka akaun bank, dapat gaji bulanan, layak mengundi dan terima BR1M, dan yang terkini dapat lesen senjata api dari KDN. 5.  M embunuh dan berperang. Kemudian keluar semula dengan selamat.  This is Bolehland. .