Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Porsche

Porsche – Siri 2: Overview

  Mari imbas rekod terkini Porsche setakat tahun 2023. 1.       Berdasarkan senarai “Best Global Brands 2023” dari Interbrand, jenama Porsche berada dikedudukan 47, meningkat dari kedudukan ke 53 di tahun 2022. 2.       Porsche menjual 320,221 kenderaaan sepanjang tahun 2023. Pada tahun 2022, jumlah keseluruhan jualan ialah 309,884. Pecahan jualan mengikut model Cayenne: 87,553 Macan: 87,355 911: 50,146 Taycan : 40,629 Panamera: 34,020 718 Boxster & 718 Cayman: 20,518 3.       Volkswagen Group adalah Syarikat pemilik jenama Porsche. VW dan Porsche bergabung pada 2012. VW juga adalah pemilik beberapa jenama mewah lain termasuk luding Audi, Bentley, Bugatti, and Lamborghini. 4.       Oliver Blume ialah CEO Porsche. Oliver juga adalah CEO untuk Volkswagen Group. Beberapa fakta menarik mengenai Oliver Blume; -        ...

Porsche – Trivia

Sepuluh Fakta menarik Porsche 1. Kereta EV pertama dicipta oleh Ferdinand Porsche Porsche terlibat merekacipta kenderaan elektrik pertama didunia pada tahun 1898, ketika berkerja dengan syarikat Egger-Lohner. Nama rasmi kenderaan ini ialah Egger-Lohner C.2 Pheaton , tetapi sering disalah gelar sebagai Porsche P1. Ia berbentuk kereta kuda tanpa bumbung dandikuasakan bateri yg boleh bergerak sejauh 49 batu (79km). 2. Kereta Hybrid pertama juga dicipta oleh Ferdinand Porsche Semasa Bersama Egger-Lohner, Porsche mencipta kenderaan EV pertama dunia, dinamakan Lohner-Porsche Mixte Hybrid . Mixte bermaksud mixed atau Dua enjin petrol dari Daimler digunakan untuk menjana generator yang menghasilkan elektrik untuk menggerakkan motor disetiap roda.   3.       Porsche merekacipta VW Beetle Pada tahun 1938, Adolf Hitler meminta Porsche merekacipta kereta rakyat (Volkswagen bermaksud kereta rakyat dalam Bahasa german). Porsche bersama anaknya, Ferry menghasilk...

Porsche – Siri 1: Sejarah

Semasa kecil, aku selalu terkeliru antara VW Beetle dan Porsche. Membesar disuasana pekan kecil, peluang untuk melihat Porsche depan mata memang sangat asing. Semakin dewasa, aku   semakin kagum dengan jenama ini. Antara perkara yang menarik ialah Porsche berterusan menghasilkan kereta sports hebat berpandukan falsafah kejuruteraan yang sama semenjak lebih 90 tahun lalu. Ferdinand Porsche pada 1931 mengasaskan ‘Dr. Ing. h.c. F. Porsche GmbH’, Syarikat yang menawarkan khidmat runding dan pembangunan projek-projek otomotif. Salah satu karya tersohor mereka adalah VW Beetle . Kenderaan pertama yang terhasil dibawah nama Porsche ialah model 356 . Model ini adalah batu asas falsafah Porsche - kereta sports berprestasi tinggi hasil ketinggian ilmu kejuruteraan. Sejak 1950-an, identiti Porsche terbentuk melalui kejayaan dilitar. Bukan sekadar prestasi, tetapi juga ketahanan. Model 550 Spyder, 718 RSK menguasai banyak perlumbaan endurance yang merupakan permulaan salasilah panjang kejayaa...