Langkau ke kandungan utama

Porsche – Siri 1: Sejarah

Semasa kecil, aku selalu terkeliru antara VW Beetle dan Porsche. Membesar disuasana pekan kecil, peluang untuk melihat Porsche depan mata memang sangat asing. Semakin dewasa, aku  semakin kagum dengan jenama ini. Antara perkara yang menarik ialah Porsche berterusan menghasilkan kereta sports hebat berpandukan falsafah kejuruteraan yang sama semenjak lebih 90 tahun lalu.

Ferdinand Porsche pada 1931 mengasaskan ‘Dr. Ing. h.c. F. Porsche GmbH’, Syarikat yang menawarkan khidmat runding dan pembangunan projek-projek otomotif. Salah satu karya tersohor mereka adalah VW Beetle. Kenderaan pertama yang terhasil dibawah nama Porsche ialah model 356. Model ini adalah batu asas falsafah Porsche - kereta sports berprestasi tinggi hasil ketinggian ilmu kejuruteraan.


Sejak 1950-an, identiti Porsche terbentuk melalui kejayaan dilitar. Bukan sekadar prestasi, tetapi juga ketahanan. Model 550 Spyder, 718 RSK menguasai banyak perlumbaan endurance yang merupakan permulaan salasilah panjang kejayaan Porsche diseluruh dunia.

Model paling ikonik, 911 diperkenalkan pada 1963 dan sejak itu telah melalui banyak revolusi kejuruteraan. Sehingga kini masih mengekalkan identity kuat Porshe – profil badan, enjin dibelakang, dan kemajuan teknologi. Model-model 911 menjadi tanda aras kereta sports, peminat perlumbaan dan ketagihan para collector.

Disamping popularity 911, Porshe berkembang mengikut zaman dan keperluan mobility manusia. Kenderaan utility SUV, Sedan dan EV Porsche semuanya dibina berlandaskan falsafah asal Dr Ferdinand – inovasi dan semangat untuk mencapai kesempurnaan kejuruteraan tertinggi.

“Driving in its most beautiful form.”

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...