Posting terakhir di YL ialah 1038 hari yang lepas, bersamaan 43 bulan atau 3 tahun 7 bulan. Tiada penjelasan khusus tentang ‘senyap’ yang panjang; komitmen harian, kelesuan dan kemalasan hanyalah sekadar alasan. Namun, selepas melihat pelancaran rasmi oleh PMX semalam, minat menulis muncul kembali! Proton meneruskan formula sama sejak permulaan kolobrasi Geely - menukar posisi steering dan segala yang perlu (termasuk lencana) dan penghasilan tempatan. Model asas X90, Geely Haoyue/Okavango bermula sebagai pelengkap penawaran dari Geely untuk SUV 3-baris, alternatif kepada MPV. Bagi versi Proton, model ini diposisikan sebagai model ‘Perdana’ (flagship), maka beberapa ‘upgrade’ diberikan untuk rasa premium. Perkara unik bagi X90 ialah teknologi hybrid-ringan; pertama seumpanya bagi model jenama tempatan. Perbandingan harga dengan pesaing langsung seperti Mazda CX-8, Kia Sorento dan Hyundai Santa Fe adalah sekitar RM 40-60 ribu, menjadikan X90 sebagai model yang patut disenarai pendek....