Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Alfa Romeo

Clover kelopak empat & ALFA ROMEO

Lambang daun Clover kelompak empat berkait rapat dengan tradisi dan roh perlumbaan ALFA ROMEO. Disebaliknya ada kisah persahabatan dan tragis yang terus jadi memori dan sentimental peminat jenama ini. 1919, ketika Enzo Ferrari mula bersahabat dengan Ugo Sivocci, Ferrari dalam keadaan daif – tanpa pekerjaan, jatuh miskin – hingga hampir membunuh diri.  Sivocci ketika itu bekerja dengan CMN (pengeluar kereta kecil).  Sivocci segara menawarkan Ferrari peluang bekerja sebaik mengetahui bukaan kerja di CMN. Inilah peristiwa kecil yang menjadi sebahagian dari permulaan sejarah gemilang dunia permotoran Itali. Sivocci lah orang yang bertanggungjawab menjadikan Ferrari seorang pelumba kereta. Apabila Ferrari menyertai  ALFA ROMEO, dia membalas jasa Sivocci dan kedua-duanya membentuk pasukan lumba pertama ALFA ROMEO bersama dua lagi pelumba.  Dari keempat-empat mereka, Sivocci adalah yang terpantas, namun sering gagal mencipta kemenangan, memberinya reputasi seb...

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

sejarah ALFA ROMEO

ALFA ROMEO. Jenama hebat dari Itali, penuh dengan tradisi, sejarah , seni, ego dan romantik. Kalau pun ia bukan jenama paling hebat, ia mungkin salah satu dari jenama terhebat dalam sejarah dunia otomotif. Nama asal Alfa Romeo ialah SAID, ringkasan dari Societa Anonima Italiana Darracq (Syarikat Italy Darrarq). Alexandre Darrarq adalaha nama ahli perniagaan dari Perancis, dan SAID merupakan cabang perniagaan otomobilnya di Itali. SAID sempat menghasilkan 2 model kenderaan, namun perusahaan ini tidak berjaya dan ditutup pada tahun 1909. Iklan kereta jenama Darracq Dalam tahun 1909, fasiliti pengeluaran SAID bepindah ke Milan diwilayah Lombardy dan kekal menghasilkan kenderaan dibawah kelolaan Ugo Stella. Bagi menandakan perubahan pemilikan, syarikat ini diberi nama baharu, Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A (Kilang Kereta Lombarda). Logo ALFA ROMEO yg masyhur juga diciptakan selepas berpindah ke kilang ini. ALFA memulakan aktiviti lumba kereta pada 1911, ha...

Alfa Romeo Giulietta : Juliet yang Jelita

Teknikal| Alfa Romeo GIULIETTA 1.4|Enjin : 1368cc Turbo Multiair 16V|Kuasa / Tork (Maksimum) : 170bhp / 230 Nm|Nisbah berat:kuasa : 125bhp per tan |Transmisi : 6-kelajuan TCT Semi Auto|Kelajuan maksimum : 218km/h|Pecutan 0-100km/h : 7.7 saat | Harga : RM 178,000.00 Seksi atau hensem?| Perkara yang berasal dari Itali, selalunya sinonim dengan sifat elegen, kualiti, dan seksi. Tak terkecuali juga dengan Alfa Romeo Giulietta yang baru dilancarkan di Malaysia minggu lalu (dilancarkan di Eropah pada 2010). Model yang dibina menggantikan model 147 ini mempunyai ‘bahasa rekebentuk’ yang sama dengan barisan Alfa terkini, 8C Competizione, Brera dan MiTo. Giulietta dibawa masuk terus dari Itali, segar dari ladang Alfa Romeo dengan jaminan kualiti ‘Made in Italy’. ‘test drive’| Alhamdulillah, berpeluang untuk ‘test drive’ model ini di showroom AutoItalia di Jalan Ipoh Sabtu lepas. Disambut dengan rekebentuk luaran yang meneruskan tradisi Alfa Romeo ; garisan seksi, bahagian belakan...