Langkau ke kandungan utama

Clover kelopak empat & ALFA ROMEO


Lambang daun Clover kelompak empat berkait rapat dengan tradisi dan roh perlumbaan ALFA ROMEO. Disebaliknya ada kisah persahabatan dan tragis yang terus jadi memori dan sentimental peminat jenama ini.

  1. 1919, ketika Enzo Ferrari mula bersahabat dengan Ugo Sivocci, Ferrari dalam keadaan daif – tanpa pekerjaan, jatuh miskin – hingga hampir membunuh diri.  Sivocci ketika itu bekerja dengan CMN (pengeluar kereta kecil).  Sivocci segara menawarkan Ferrari peluang bekerja sebaik mengetahui bukaan kerja di CMN. Inilah peristiwa kecil yang menjadi sebahagian dari permulaan sejarah gemilang dunia permotoran Itali. Sivocci lah orang yang bertanggungjawab menjadikan Ferrari seorang pelumba kereta.
  2. Apabila Ferrari menyertai  ALFA ROMEO, dia membalas jasa Sivocci dan kedua-duanya membentuk pasukan lumba pertama ALFA ROMEO bersama dua lagi pelumba.  Dari keempat-empat mereka, Sivocci adalah yang terpantas, namun sering gagal mencipta kemenangan, memberinya reputasi sebagai pelumba yang sering tak bernasib baik.
  3. 1923, pada perlumbaan Targa Florio, Sivocci semakin putus asa dengan nasib yang sering tak menyebelahi. Sivocci menambah lambang nasib bagus pada kereta lumbanya – Daun Clover kelopak empat (Cloverleaf) atau Quadrifoglio dalam bahasa Itali. Sivocci berjaya memenangi perlumbaan tersebut. Tidak menafikan bakat hebat Sivocci, ini adalah permulaan tanggapan logo Quadrifoglio membawa nasib bagus bagi Sivocci.
  4. ‘Quadrifoglio’ gagal menyelamatkan Sivocci yang menemui ajal ketika latihan Grand Prix Itali di Monza. Secara kebetulan simbol Quadrifoglio tidak sempat lagi dicat pada jentera Sivocci pada sesi latihan.
  5. Kematian Sivocci membawa perubahan pada simbol Quadrifoglio. Sebelum ini Quadrifoglio terletak dalam bentuk permata 4 penjuru – melambangkan setiap pelumba pasukan ALFA ROMEO – Sivocci, Ferrari, Giuseppe Campari dan Alberto Ascari. Selepas kematian Sivocci, satu penjuru dihilangkan dan Quadrifoglio kekal terletak dalam bentuk segitiga sehingga kini.
  6. Quadrifoglio yang mambawa nasib baik Sivocci mungkin membawa kepercayaan tahyul dan mistik bagi sesetengah pendapat - mungkin bagi Sivocci, ia memberi aura tambahan dan semangat luar biasa. Ada pakar sejarah berpendapat Quadrifoglio mungkin adalah cara penonton perlumbaan, pengguna jalanraya dan pesaing Sivocci untuk mengenali jentera Sivocci dengan lebih mudah, memandangkan perlumbaan kereta pada masa itu berlangsung di jalan yang tak berturap dan berhabuk.
  7. Quadrifolglia masih kekal digunakan sebagai simbolik tradisi sejarah semangat perlumbaan ALFA ROMEO dan dikhususkan pada varian yang lebih sporti dan berprestasi tinggi.


Tapi seperkara yang lebih penting untuk diingati mengenai Quadrifoglio ini ialah kenangan kekal cerita persahabatan Enzo Ferrari dan Ugo Sivocci yang mengubah kehidupan mereka untuk selamanya. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...