Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2019

Manchester United – harapan dan ketakutan untuk musim 2019/20

1 1.        MU mengakhiri musim EPL dengan prestasi sebuah kelab yang tersingkir. Jika tiada perubahan dan peningkatan untuk musim baharu, tidak mustahil MU akan berada dalamm kelompok kelab bawahan atau Ole akan dipecat sebelum Krismas! 2.        Ole kerap bercakap tentang potensi pemain akademi dan inflasi harga di pasaran pemain. Ole perlu ingat bahawa ini bukan EPL era SAF. EPL adalah industri bolasepak terbesar Eropah dan duit adalah perkara terpenting. 3.        Peminat kerap menyalahkan beberpa pemain seperti Pogba, Young, Jones dan Smalling, walhal pemain lain tidak sebagus mana pun. Cuba tengok gelagat Lingard, Martial, Shaw atau Andres Pereira. Kualiti tidak konsisten setiap minggu. Kekalahan MU bukan hanya kerana dibolosi tetapi juga kegagalan menjaring gol. 4.        Ole banyak kali mengulangi - akan memberi peluang kepada pemain akademi - tetapi harus diingat kualiti EPL adalah jauh berbeza dengan liga simpanan atau bawah 19. Pemain muda adalah potensi ya

Manchester United – Rebiu musim 2018/19

1.        Bermula dengan mood yang tidak berapa bagus apabila kerap mendengar keluhan Jose akibat kegagalan kelab mendapatkan pertahanan world class. Ini adalah permulaan bencana buat MU. 2.        Skuad utama cuma menambah 3 pemain – Fred, Dalot dan Lee Grant – kesemuanya hanya penambahan pilihan pemain, bukan di ambil sebagai pemain utama. Woodward dan MU merasakan pemain utama sedia ada sudah cukup bagus selepas menamatkan liga di tempat ke-2 musim sebelumnya. 3.        Persembahan tidak konsisten hasil sabotaj beberapa pemain membuatkan kem MU jadi huru hara dan penuh drama. Akhirnya MU merasakan Jose perlu ditendang keluar. 4.        MU mengejutkan semua orang apabila mengambil Ole sebagai pengurus sementara. Pengalaman Ole hanya terhad selama setengah musim bersama Cardiff dan beberapa musim dengan FC Molde – kelab kecil di liga Norway. 5.        Kehadiran Ole membawa ‘feel good factor’ , menghasilkan kemenangan yang konsisten dan memberi harapan untuk mencab