Langkau ke kandungan utama

Manchester United – harapan dan ketakutan untuk musim 2019/20



Image result for man utd disappointment
1
1.       MU mengakhiri musim EPL dengan prestasi sebuah kelab yang tersingkir. Jika tiada perubahan dan peningkatan untuk musim baharu, tidak mustahil MU akan berada dalamm kelompok kelab bawahan atau Ole akan dipecat sebelum Krismas!

2.       Ole kerap bercakap tentang potensi pemain akademi dan inflasi harga di pasaran pemain. Ole perlu ingat bahawa ini bukan EPL era SAF. EPL adalah industri bolasepak terbesar Eropah dan duit adalah perkara terpenting.

3.       Peminat kerap menyalahkan beberpa pemain seperti Pogba, Young, Jones dan Smalling, walhal pemain lain tidak sebagus mana pun. Cuba tengok gelagat Lingard, Martial, Shaw atau Andres Pereira. Kualiti tidak konsisten setiap minggu. Kekalahan MU bukan hanya kerana dibolosi tetapi juga kegagalan menjaring gol.

4.       Ole banyak kali mengulangi - akan memberi peluang kepada pemain akademi - tetapi harus diingat kualiti EPL adalah jauh berbeza dengan liga simpanan atau bawah 19. Pemain muda adalah potensi yang perlu dipandu kearah betul. Masalah terbesar pemain muda adalah konsistensi, motivasi dan bagaimana untuk kekal sedar dengan reality.

5.       MU perlu segara mengambil personality yang betul sebagai Pengarah Teknikal atau Kepal Bolasepak kelab. Ambil seseorang yang arif dan tidak perlu menonjol kerana individu ini akan bertanggungjawab merekrut pemain utama dan pemain muda. Jadi projek ini adalah projek jangkamasa panjang. Jawatan ini tidak bole terlalu terdedah dgn kritikan dan publisiti di media sosial.

6.       Tanpa bolasepak UCL, MU akan struggle untuk mendapatkan pemain berkualiti tinggi jika bukan kerana motivasi wang. Ini adalah cabaran besar untuk Pengurus yang masih mentah seperti Ole. Dia mungkin agak naïf dan berkemungkinan membelanjakan duit pada pemain yang salah. Lebih-lebih lagi setelah diracun oleh ejen-ejen pemain.

7.       Tanpa trek rekod yang hebat, Ole dilihat sebagai individu naïf dan tidak berkemampuan untuk mengurus MU dan krisis semasanya. Dari segi ini Ole bukan setaraf dengan Pep, Klopp mahupun Pochettino dan Emery yang telah terbukti bersama pasukan lain.

8.       Dengan form dan mood semasa, adalah sukar untuk Ole mengadakan ‘summer clear out’. Berapa banyak pasukan sanggup mengambil pemain MU dengan gaji yang tinggi tapi tiada kualiti. Ole perlu mencari pemain ‘key’ yang ada kualiti leadership. Pasukan MU sekarang tiada pemimpin.

9.       Agak susah menjangkakan apa yang akan terjadi pada musim panas ini untuk MU dan Ole. Yang pasti 5 perlawanan awal liga akan menentukan mood dan hala tuju pasukan. Krisis yang dihadapi adalah sangat besar dan risiko kegagalan adalah sangat tinggi.


10.   Situasi paling ideal untuk MU buat masa sekarang adalah – jutawan Arab membeli kelab dari Glazer dan tending Woodward keluar. Mungkin perubahan drastik lebih mudah dilakukan. Woodward telah diberikan peluang sejak 2013 tetapi tiada perubahan dan peningkatan yang boleh dibanggakan. Woodward and Glazer out!  


Pemain yang perlu dijual (5 cadangan) : Sanchez, Lukaku, Fred, Martial dan Smalling

Pemain yang perlu dapatkan (5 cadangan) : Richarlison, Vardy, Tielmans, Neves dan Maguire










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...