Langkau ke kandungan utama

Manchester United – Rebiu musim 2018/19

Image result for ole gunnar solskjaer


1.       Bermula dengan mood yang tidak berapa bagus apabila kerap mendengar keluhan Jose akibat kegagalan kelab mendapatkan pertahanan world class. Ini adalah permulaan bencana buat MU.

2.       Skuad utama cuma menambah 3 pemain – Fred, Dalot dan Lee Grant – kesemuanya hanya penambahan pilihan pemain, bukan di ambil sebagai pemain utama. Woodward dan MU merasakan pemain utama sedia ada sudah cukup bagus selepas menamatkan liga di tempat ke-2 musim sebelumnya.

3.       Persembahan tidak konsisten hasil sabotaj beberapa pemain membuatkan kem MU jadi huru hara dan penuh drama. Akhirnya MU merasakan Jose perlu ditendang keluar.

4.       MU mengejutkan semua orang apabila mengambil Ole sebagai pengurus sementara. Pengalaman Ole hanya terhad selama setengah musim bersama Cardiff dan beberapa musim dengan FC Molde – kelab kecil di liga Norway.

5.       Kehadiran Ole membawa ‘feel good factor’ , menghasilkan kemenangan yang konsisten dan memberi harapan untuk mencabar semula kedudukan top 4. Ole at the Wheel, katanya!

6.       Selepas ‘comeback’ bersejarah ke atas PSG dalam saingan UCL, MU merasakan Ole adalah calon tepat yang perlu diangkat sebagai pengurus tetap.

7.       Tanpa disangka prestasi MU kembali ke era Jose selepas Ole diumum sebagai Pengurus baru. Kekalahan besar dengan Barcelona, dan hanya mampu mencatat 2 mata daripada 5 perlawanan liga. Lebih memburukkan hanya mampu menjaringkan 1 gol ketika menentang 2 pasukan tercorot liga, Huddersfield dan Cardiff.

8.       Apa masalah sebenar MU?
i)                    Ketidak tentuan hala tuju walaupun selepas Ole menjadi pengurus. Majoriti pemain mungkin merasakan Ole bukan pengurus yang tepat untuk MU. Maka hasilnya, pemain tidak bersama Ole lagi.
ii)                   Ada sebahagian pemain yang masih bersama Ole tetapi mempunyai kualiti yang tidak cukup bagus untuk skuad utama MU.
iii)                 Woodward dan keluarga Glazer masih ‘menunggang’ nama MU dari legasi Ferguson. Tiada strategi untuk melupakan era SAF dan move on dengan falsafah baru. Buktinya dengan mengambil Ole sebagai Pengurus, mengangkat bekas jurulatih era SAF, Mike Phelan sebagai pembantu Ole, dan mempertimbangkan Rio Ferdinand dan Darren Feltcher untuk jawatan teknikal tertinggi dalam kelab, walaupun tanpa sebarang pengalaman sebelumnya.
iv)                 MU sebagai kelab terlalu mementingkan profit dan balance sheet. Tiada arah tuju dari segi bolasepak.
v)                  Sentimen legasi dan duit terlalu kuat. Board of Director mengandaikan sesiapa yang datang dari era SAF akan mendatangkan kejayaan untuk MU, dan pemain yang datang dengan harga dan gaji mahal akan bermain dengan bagus untuk kelab.

vi)                 Ole terlalu pekat dengan sentien SAF. Terlalu memandang jauh kebelakang untuk memberi inspirasi dan motivasi. Taktikal permainan dan fungsi pemain tidak banyak meningkat dibawah Ole. Namun Ole tidak patut dipersalah 100% kerana pemain-pemain yang ada ialah warisan dari 4 pengurus sebelumnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...