Langkau ke kandungan utama

Alfa Romeo Giulietta : Juliet yang Jelita

Teknikal| Alfa Romeo GIULIETTA 1.4|Enjin : 1368cc Turbo Multiair 16V|Kuasa / Tork (Maksimum) : 170bhp / 230 Nm|Nisbah berat:kuasa : 125bhp per tan |Transmisi : 6-kelajuan TCT Semi Auto|Kelajuan maksimum : 218km/h|Pecutan 0-100km/h : 7.7 saat | Harga : RM 178,000.00
Seksi atau hensem?| Perkara yang berasal dari Itali, selalunya sinonim dengan sifat elegen, kualiti, dan seksi. Tak terkecuali juga dengan Alfa Romeo Giulietta yang baru dilancarkan di Malaysia minggu lalu (dilancarkan di Eropah pada 2010). Model yang dibina menggantikan model 147 ini mempunyai ‘bahasa rekebentuk’ yang sama dengan barisan Alfa terkini, 8C Competizione, Brera dan MiTo. Giulietta dibawa masuk terus dari Itali, segar dari ladang Alfa Romeo dengan jaminan kualiti ‘Made in Italy’.
‘test drive’| Alhamdulillah, berpeluang untuk ‘test drive’ model ini di showroom AutoItalia di Jalan Ipoh Sabtu lepas. Disambut dengan rekebentuk luaran yang meneruskan tradisi Alfa Romeo ; garisan seksi, bahagian belakang yang maskulin, rekebentuk si jelita ini memang menarik perhatian sesiapa juga yang melihat. Walaupun merupakan kereta 4-pintu, Alfa Romeo berjaya ‘menyorokkan’ praktikaliti dengan ilusi sporty. Dari sisi, Giulietta kelihatan seperti sebuah ‘hot hatch’ (VW Scirocco, Renult Megane) terutama dengan rekebentuk pembuka pintu belakang yang disorokkan di C-pillar, sama seperti model Alfa 147. Rekebentuk dalaman sememangnya meneruskan lagi kecermerlangan keunikan dan kualiti Alfa. Mewah, ergonomik, unik dan pemilihan material yang cemerlang, segalannya tentang kereta ini tampak dan rasa hebat. Keselesaan, praktikal dan ruang tidak dipinggirkan, tapi masih lagi mengutamakan seni dan sporty Alfa. Berpeluang memandu Giulietta, rasa cinta pada mesin ini makin menebal. Terasa semuanya seakan sempurna sejak enjin dihidupkan. Cuma yang kurang ialah bunyi tradisi enjin Alfa, tapi ini mungkin juga disebabkan proses pemodenan enjin yang memberi sedikit ‘feel’ yang kurang. Sistem DNA Alfa – D(Dynamic), N(Normal) dan A (All-weather) memang memberi setting pemanduan yang berbeza terutama perbezaan dari segi pengendalian, suspensi dan respon enjin. Kereta impian yang praktikal| Secara keseluruhannya, dengan pakej dan harga yang ditawarkan, Giulietta ialah kereta impian yang mampu dimiliki, dan jika dibandingkan dengan abang-abang besarnya dari Itali; Lamborghini, Ferrari, Maserati, Juliet ini memang jauh lebih hebat dari segi praktikal untuk kegunaan seharian. Namun dengan stigma kebanyakan rakyat Malaysia dengan kereta ‘continental’ dan jumlah pusat servis dan sokongan selepas jualan yang amat terhad di Malaysia (Cuma hanya 2 pusat servis di Malaysia; KL dan Butterworth), kejayaan dan masa depan Giulietta dan Alfa Romeo di Malaysia agak malap dan membimbangkan. Sime Darba Auto Italia perlu lakukan sesuatu sebelum jenama lagenda Itali ini pupus di bumi Malaysia....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...