Langkau ke kandungan utama

Porsche – Trivia

Sepuluh Fakta menarik Porsche

1. Kereta EV pertama dicipta oleh Ferdinand Porsche

Porsche terlibat merekacipta kenderaan elektrik pertama didunia pada tahun 1898, ketika berkerja dengan syarikat Egger-Lohner. Nama rasmi kenderaan ini ialah Egger-Lohner C.2 Pheaton, tetapi sering disalah gelar sebagai Porsche P1. Ia berbentuk kereta kuda tanpa bumbung dandikuasakan bateri yg boleh bergerak sejauh 49 batu (79km).

2. Kereta Hybrid pertama juga dicipta oleh Ferdinand Porsche

Semasa Bersama Egger-Lohner, Porsche mencipta kenderaan EV pertama dunia, dinamakan Lohner-Porsche Mixte Hybrid. Mixte bermaksud mixed atau Dua enjin petrol dari Daimler digunakan untuk menjana generator yang menghasilkan elektrik untuk menggerakkan motor disetiap roda.

 3.      Porsche merekacipta VW Beetle

Pada tahun 1938, Adolf Hitler meminta Porsche merekacipta kereta rakyat (Volkswagen bermaksud kereta rakyat dalam Bahasa german).

Porsche bersama anaknya, Ferry menghasilkan rekaan Beetle yang kekal ikonik sehingga kini.

 4.      Porsche 911 pada asalnya dinamakan Porsche 901

Ketika mula dibangunkan pada tahun 1968, nama asalnya ialah 901 tetapi ditukarkan kepada 911 disebabkan Peugeot mendakwa model dengan digit ‘0’ ditengah adalah hak milik perniagaan mereka. 


5.     Porsche 911 hampir tidak wujud

Sekitar hujung 1970-an, CEO Porsche ketika itu merasakan mereka tidak boleh lagi berinovasi dengan rekaan 911. Mereka menumpukan pada Porsche 928 yang dilancarkan pada 1978. Porsche 928 ialah model front-engine dan tidak disambut baik oleh purist Porsche.

 6.      Porsche membina traktor.

Porsche menghasilkan sekitar 125,000 traktor antara tahun 1950-60-an – dinamakan Porsche 111. Dalam era ini, mereka terlibat dalam rekabentuk kokpit kapalterbang dan forklift. 


7. Porsche 365 adalah kereta sport popular sebelum 911 dihasilkan

Model 365 sangat laris pada era 60-an. Ini memberikan imej bagus kepada Porsche; kereta berperestasi tinggi dan berkualiti dengan pengendalian yang sangat baik.  Model ini sangat laris di Eropah dan USA dan direkodkan terjual lebih 76 ribu unit.

 8.      Panel badan Porsche 365 dibina oleh Recaro

Nama asal Recaro ialah Reutter Carrosserie Werke yang merupaka pakar pembuat badan kereta dan bahagian dalaman. Porsche telah memberi kontrak kepada Syarikat ini untuk menghasilkan badan Porsche 365. Pada 1960-an apabila Porsche membeli keseluruhan bahagian pembuatan badan Syarikat ini. Bahagian pembuatan dalaman kemudian dituarkan nama kepada Recaro.

 9.      Mereke berkongsi ‘Kuda’ yang sama dengan Ferrari

Kuda pada jata Porsche diambil dari jata negeri Stuttgart, tempat lahir Porsche. Prancing horse pada jata Ferrari diambil dari juruterbang itali yang menembak jatuh pesawat musuh di Stuttgart ketika perang dunia ke-2.


 10. Kumpulan 25 kereta pertama Model 917 juga digelar kereta ‘setiausaha’

Ketika membina 25 unit Model 917 untuk homologasi FIA menjelang musim perlumbaan tahun 1969, Porshe mempunyai semua part/bahagian dan alatan untuk kesemua 25 unit, tetapi hanya 6 unit dipasang. Porshe menganggap mempunyai bahagian untuk 25 unit cukup untuk syarat homlogasi tetapi FIA dalam arahan lewat kepada Porsche mengesahkan kesemua 25 unit wajib dipasang dan boleh dipandu. Untuk menepati tarikh akhir, Porshe mengerahkan kesemua staf mereka terlibat dalam pemasangan , termasuk akauntan, pekerja baru, messenger boy, dan pekerja ofis termasuk setiausaha. Akhirnya kesemua 25 unit berjaya dipasang dan melepasi ujian FIA dengan cemerlang!




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...