Langkau ke kandungan utama

Perlukah kita optimistik dengan PROTON?

Sejak DRB-Hicom dan GEELY berkongsi PROTON, banyak pandangan berbeza tentang halatuju dan keaslian PROTON sebagai jenama Malaysia. Penulis merasakan ada beberapa sebab kita perlu optimis dengan masa depan PROTON.

  1. PROTON sudah melalui era paling teruk dalam sejarah penubuhannya, dan tak mampu lagi untuk jatuh lebih teruk melainkan jika Malaysia merasakan sudah sampai masanya PROTON perlu dikuburkan. Inisiatif DRB mencari rakan kongsi juga patut dihargai, memandangkan agak mustahil untuk kekal relevan dengan kekangan modal, teknologi & kepakaran dan pasaran yang terhad.
  2. PROTON kini dibarisi pasukan pengurusan yang dipilih oleh DRB dan GEELY. Pertama kali mempunyai ‘orang luar’ sebagai CEO, Dr. Li Chunrong dilihat memiliki komptensi dan  berpengalaman luas bagi membantu PROTON dan dalam masa yang sama menjaga kepentingan pelaburan GEELY dalam PROTO, 2-dalam-1. Gabungan pengurusan terbaharu diyakini boleh membuat keputusan yang betul bagi PROTON.
  3. Melihat hasil pelaburan GEELY dalam VOLVO, LYNK & CO dan London Taxi Company, kita boleh mengharapkan PROTON akan membuat perkara yang sama. Jika kekuatan wang GEELY mampu dimanfaat sepenuhnya oleh PROTON, tak mustahil perkara bagus akan terhasil. GEELY melihat potensi PROTON dan LOTUS dan berani memiliki kedua-duanya serentak. Cash is King.
  4. GEELY memiliki teknologi yang setaraf pemain industri lain (walaupun ramai masih skeptikal dengan teknologi China). Berbanding PROTON yang gagal menterjemahkan R&D kepada produk akhir kerana kekurangan modal dan pasaran, GEELY memiliki akses kepada perkongsian teknologi VOLVO. GEELY telah merancang model baharu setiap tahun bermula 2018 dan ini memang sangat diperlukan PROTON.
  5. Penulis mengandaikan kumpulan GEELY sudah hampir lengkap dalam barisan jenama keretanya ; VOLVO untuk kategori mewah global, LYNK & CO untuk pasaran moden lifestyle menjurus kepada pasaran AS dan negara maju lain, GEELY untuk pasaran domestik China, LOTUS untuk kategori prestasi tinggi global, PROTON untuk pasaran ASEAN dan negara membangun, LONDON TAXI COMPANY bagi pengangkutan awam elektrik (EV). Jangan lupa, GEELY juga sudah memiliki TERRAFUGIA yang giat membangunkan teknologi kereta terbang! Diatas kertas, GEELY sudah memilik sinergi untuk menjadi kumpulan automotif yang mampu bersaing dengan gergasi seperti Volkswagon, Toyota dan Kia-Hyundai.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...