Langkau ke kandungan utama

Anak Tupai...


Lagu 'Anak Tupai" - OST Budak Kelantan....baik korang tengok cite ni....sedap deh...

Ado sekor…anok tupai… Atas jula mokte… kudung ekor..perut lapar… jale cari make….(2x) (2x)

kejadie Tuhe..dipanggil namo tupai.. asalnyo dale hute… sejenis mamalia… (2x)

kalu pasal jakit kot dehe… diolah yang paling panda… jatuh jaghe-jaghe kerano dio tok sobar…

panda-panda tupai melopat jatuh tanoh jugok… nok wi kabar..oghe jahat… jange terlajak manggak…

ooo…oghe zaman dulu… pakat hambat tupai… bimbang ko woh kayu … takut tok de besar… (2X)

nyo durian duku… kalu de nyo kerit tupai… pendek tahun tuh…nyo durian tok de nok jual….

ooo…sekat bedil ado… tupai habih mati…. hok ni lah sayo raso… kito sgt rugi… (2x)

kito manusia…tinggi mano pon kito ngaji… nok wak tupai sekor tentu skali nyo tok jadi

oooo…raso siye sunggoh…. tgk sekor anok tupai.. krano terlajok kuruh… sapa tokleh niti pagar… (2x)

bulu-bulu pon habis luruh… air mato bera-bera… maghi dale baruh bokali keno racun bakar.

Korang faham tak lirik lagu nih?? Kalo mu dok pahe...baco terjemahee ni..baguh maksud dio barangkali...

ada seekor...anak tupai atas pucuk rambutan kudung ekor..perut lapar… berjalan cari makan….(2x) (2x)

kejadian Tuhan..dipanggil nama tupai.. asalnya di dalam hutan… sejenis mamalia… (2x)

Kalau pasal melompat dahan ke dahan… dialah yang paling pandai… jatuhnya jarang-jarang kerana dia tak sabar…

sepandai-pandai tupai melompat jatuh ke tanah juga… nak beritahu..orang jahat… jangan terlebih sombong…

ooo…orang zaman dulu… pakat-pakat kejar tupai… bimbangkan buah-buahan … takut tak sempat masak… (2X)

durian duku… kalau dah ditebuk tupai… pendek kata tahun tu… durian tak sempat dijual….

ooo…sejak ada senapang… tupai habis mati…. yang ni lah saya rasa… kita sangat rugi… (2x)

kita manusia…setinggi mana pun kita belajar… nak buat tupai seekor tentu skali tak menjadi

oooo…rasa kesian sungguh…. tengok seekor anak tupai.. kerana terlalu kurus… sampai tak boleh meniti atas pagar… (2x)

bulu-bulu pun habis luruh… air mata bercucuran… datang dari dalam baruh barangkali dah kena racun bakar (paraquat)...

Ulasan

  1. Awe..sejak biler minat anok tupa ni??

    BalasPadam
  2. lul da tgk cite dak kelate..blehla..kan kan

    BalasPadam
  3. kek jepun pun ado cito dak kelate??
    hebat.....amerikaa demo...haha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perincian emblem ALFA ROMEO

Jenama ALFA ROMEO mungkin mempunyai emblem paling kuno dan bersejarah dikalangan jenama-jenama otomotif lain. Ia dihasilkan pada 1910, beberapa bulan selepas Anonima Lombarda Fabbrica Automobili atau A.L.F.A ditubuhkan pada 24 June 1910. Secara ringkas, logo dibahagi kepada dua separa utama – kiri dan kanan. Separuh kiri ialah Salib merah diatas warna putih adalah symbol Bandar Milan. Diseparuh kanan, maksud Imej manusia dan ular adalah kurang diketahui. Sebenarnya ini ialah symbol keluarga terpenting dalam sejarah kota Milan, keluarga Visconti. Simbol ini ialah gambaran manusia keluar dari mulut seekor ular. Antara lagenda asal usul manusia dan ular ini ialah peristiwa ketika Perang Salib. Otone Visconti, seorang ksatria berperang dengan tentera Sarakin (Saracen – golongan nomad dari gurun di Syria yang bersempadan dengan empayar Rom). Sarakin adalah gelaran untuk Muslim Arab kerana ketika itu perkataan muslim atau islam tidak diguna pakai. Otone telah menumpaskan t...

hujung minggu yang sibuk...

- KL - Penang - KL - Johor - Terengganu - Johor - KL - itulah 'route' perjalanan aku hujung minggu ni...penat tak usah sebut le....hampir 3suku semenanjung tanah melayu aku redah dalam masa 5 hari terakhir ni... - mula2 ke Penang jadi budak despatch 'FedEx', lepas tu balik Johor - 'family day', dan kemudian, ke Kuala Terengganu - 'family outing' cuti-cuti Malaysia....- lepas tu balik semula ke KL la...'la la la kerja..' - kepada pihak 'penaja', terima kasihlah bebanyak- moga rezki semakin murah, amin....banyak 'experience' baru dan banyak 'karekter' baru aku aku lalui dan temui - Mani & Lee diPenang, amoi dlm flight & akak tertinggal shades "CHANEL' ori.. (rugi aku tak kebas).hahaha...cendol & rojak Seromban, gerombolan JPJ Tampin, MB Terengganu, akak amik order kat pantai Marang, dan sekawan tebuan eksiden dengan kereta kitorng di LEKAS... - today - back at work..... "Perjalanan adalah bukan berk...

PERAK FIASCO....Sultan atau Mahkamah?

1. 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi telah isytihar yang YB DS Ir. Nizar adalah Menteri Besar Perak yg sah, dan terbukti YB Dr. Zambry adalah Ketua Kerajaan Perak yang haram selama lebih 2 bulan. Tahniah kepada DS Ir. Nizar...! 2. Sebelum itu, pada 7 Mei, negara telah dihidangkan dengan sarkis kurang berakal YB2 PR dan BN dalam sidang DUN Perak. Tindakan kurang bijak YB2 BN untuk menyingkirkan Speaker Sivakumar, adalah satu tindakan yg lebih teruk dari budak sekolah. Mereka tanpa segan silu naik atas meja, menjerit, mencarut, bertekak malah hampir bertumbuk. YL rasa, budak sekolah pun tak sampai macam tu kalau nak lantik ketua darjah atau ketua pengawas sekolah mereka...entahlah... 3. Apa yang dapat YL katakan tentang keputusan ini adalah mungkin satu tanda mengenai kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Bukan mahu menyokong mana2 pihak, cuma teruja melihat kebenaran dapat dibuktikan, walaupun sebelum ini ramai pemerhati, pro-BN khususnya melihat keputusan Sultan adalah mutlak. Memetik kat...